Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca - Coggle Diagram
Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca
Kaedah Pandang Sebut
pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa diguna oleh murid dalam kehidupan seharian
Contoh: Saya, makan, lari, main, emak, bapa :
Kaedah abjad
bunyi-bunyi huruf diperkenalkan kepada murid agar mereka mengetahui bunyi-bunyi huruf tersebut.
• Memperkenalkan huruf : a - z
• Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
• Menggabungkan huruf konsonan dan vokal : ba, be, bi, bo, bu
• Membentuk perkataan daripada suku kata : ba + tu = batu
• Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.
Kaedah Fonik
mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf
pengenalan bunyi huruf-huruf vokal dan konsonan.
Bunyi-bunyi tersebut kemudian digabungkan untuk membentuk suku kata, dan seterusnya kepada pembentukan perkataan yang bermakna.
menggunakan gambar-gambar ilustrasi untuk menarik minat murid-murid sebagai sokongan.
Kaedah Bunyi Kata
pembelajaran kemahiran membaca murid berlaku secara berperingkat bermula dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf dan bentuk huruf
• Guru menunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Murid menyebut nama huruf tersebut.
• Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.
• Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf.
• Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf.
• Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil menyebutnya (terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid menulis huruf-huruf.
• Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu membunyikan huruf (terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar).
• Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf itu
Kaedah Cerakinan
pendekatan pengajaran ini mendahulukan unsur yang besar, kemudian unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentuk struktur yang besar tersebut.
pengajaran bacaan ini dimulakan dengan memperkenalkan ayat kepada murid – murid kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan-perkataan, daripada perkataan dipecahkan kepada suku kata seterusnya huruf-huruf.
Kaedah Binaan
dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu kemudian diikuti dengan unsur yang lebih besar.
murid-murid akan diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu kemudian diikuti dengan suku kata, perkataan, rangkai kata, ayat dan cerita.