Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENTAKSIRAN DI KELAS PRASEKOLAH, TIDAK, YA - Coggle Diagram
PENTAKSIRAN DI KELAS PRASEKOLAH
Kepentingan Pentaksiran
Guru
Mengesan keberkesanan pengajaran
Memberi maklum balas yang sesuai dan tepat kepada murid
Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur
Merancang tindakan susulan untuk tujuan pemulihan dan pengayaan
Mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dikuasai murid
Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid
Mengenalpasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa
Mengenalpasti pelbagai kecerdasan, kemahiran dan potensi murid yang boleh diperkukuhkan
Murid
Mendapat maklum balas dan respons yang berguna daripada guru bagi melakukan refleksi kendiri
Maklum balas yang diberikan dalam bentuk maklumat yang memberi makna (bukan dalam gred semata-mata) boleh membantu murid lebih memahami tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka
Memotivasikan kanak-kanak untuk meningkatkan prestasi mereka pada masa akan datang.
Maklum balas yang segera, konstruktif dan tidak menggerunkan juga membuat mereka lebih teruja untuk dinilai semula
Pelaksanaan
Pentaksiran Autentik
Sebuah penilaian di mana murid ditaksir semasa menjalankan tugasan aktiviti pembelajaran harian di dalam dan di luar kelas
Mengambil kira aspek minat, budaya, latar belakang sosioekonomi, pengalaman seharian, persekitaran, kekuatan, ketidakupayaan dan kebolehlaksanaan.
Pendekatan Formatif
Pentaksiran formatif ialah penilaian yang berlaku secara berterusan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
Suatu bentuk ujian yang tidak formal
Matlamat: meningkatkan motivasi dan pembelajaran murid
Membantu guru mengesan penguasaan, kemajuan dan merancang pengajaran atau strategi seterusnya
Pihak yang terlibat
Rakan sebaya, pembantu guru, ahli keluarga dan komuniti di mana bersesuaian
Pengumpulan maklumat daripada pelbagai sumber dan aktiviti akan menghasilkan dapatan yang boleh dipercayai serta membantu guru membuat keputusan yang lebih jelas dan tanpa ragu-ragu
Proses Pentaksiran
MERANCANG
Menentukan konstruk dan kaedah penilaian
MEMBINA INSTRUMEN
Membina instrumen dan menentukan Standard Prestasi
MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN
Pemerhatian tingkah laku, interaksi/lisan/hasil kerja murid
MEREKOD
MENGANALISIS DATA YANG DIKUMPUL DAN MELAPOR
Sudahkah murid menguasai
Tindakan susulan / Aktiviti pengayaan
Kemahiran/hasil pembelajaran baru/ke tahun satu sekolah rendah
Tindakan susulan / Aktiviti Bimbingan
Perkara yang ditaksir
Kandungan di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
Merangkumi domain pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang ingin dikembangkan dalam diri murid dikategorikan mengikut 6 tunjang:-
Tunjang Komunikasi
Tunjang Sains dan Teknologi (Awal Sains & Awal Matematik)
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai (Pendidikan Islam & Pendidikan Moral)
Tunjang Fizikal dan Estetika (Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan & Perkembangan Kreativiti)
Tunjang Kemanusiaan
Tunjang Ketrampilan Diri
TIDAK
YA