Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kaedah Pengajaran Imam Malik dan Imam Syafie serta Kepentingan RPH,…
Kaedah Pengajaran Imam Malik dan Imam Syafie serta Kepentingan RPH
Imam Malik
Kaedah Menyelesaikan Masalah
Kaedah ini digunakan oleh Imam Malik khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan hukum.
Setiap masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh murid-muridnya akan dirujuk kepada Imam Malik.
Masalah yang dikemukakan kepada beliau bukan sahaja datang daripada penduduk sekitar Madinah, malahan daripada wilayah-wilayah yang jauh.
Kaedah Syarahan
Kaedah yang paling banyak digunakan Imam Malik dalam menyampaikan pengajaran.
Kaedah Ulangan
Menggunakan pengajaran secara ulangan atau tikrar untuk mengukuhkan kefahaman murid-muridnya
Kaedah Perbincangan
Menggunakan kaedah perbincangan dalam menyampaikan pengajaran beliau kepada pemerintah. Beliau juga sentiasa berbincang tentang masalah yang dikemukakan oleh murid
Kaedah Pergaulan
Cara ini digunakan khususnya untuk mendekati pemimpin bagi menyampaikan pengajaran
Beliau sering bergaul dengan
murid-muridnya
Contoh: Imam malik pernah menjemput anak muridnya ke rumah. Dengan pergaulan ini, secara tidak langsung Imam Malik dapat menerapkan banyak perkara yang baik sebagai panduan untuk mereka.
Imam Asy-Syafie
Kaedah Imlak
Diamalkan sewaktu beliau menyusun kitab Al-Umm
Beliau pernah mengimlakkan kepada murid-muridnya dan sebahagian lagi ditulis oleh beliau sendiri
Kadangkala dirombak pula oleh murid-muridnya apa yang ditulis oleh beliau, kemudian dibacakan semula apa yang telah dirombak kepada beliau
Kaedah Perbincangan
Menggalakkan murid mengadakan perbincangan dalam menyelesaikan masalah yang berlaku kerana beliau tidak menggemari sikap taklid buta
Kaedah Halaqah
Pengajaran beliau dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada para ulama', cerdik pandai dan para pegawai kerajaan
Sebelum kedatangan beliau di Baghdad , terdapat 20 halaqah di majlis tersebut namun setelah kedatangannya, halaqah digabungkan menjadi 3 halaqah sahaja dan halaqah lain bergabung ke dalam halaqah Imam Syafie
Menggunakan kaedah halaqah semasa di Baghdad
Kaedah Membaca
Beliau membacakan kitab karangannya kepada khalayak ramai
Menurut Ahmad Muhammad Shakir, Asy-Syafie telah mengarang beberapa buah kitab, sebahagiannya beliau menulisnya sendiri manakala sebahagiannya pula beliau merencanakannya sahaja (kepada para sahabatnya)
Memberi kesan baik kepada para pelajarnya yang kemudiannya menjadi ulama dan pemuda Islam seperti Imam Abu Tsaur, Al-Muzani dan sebagainya
Kaedah Kuliah
Menetap di Mekah selama 9 tahun, pemusatan pengajaran Imam Syafie berlangsung di Masjidil Haram.
Beliau mengajar dengan dengan duduk di atas kerusi dan dikelilingi oleh murid-muridnya.
Merupakan saat paling subur dalam keilmuan beliau - menumpukan pemikiran dalam kuliahnya dan bersama-sama muridnya mencari jalan pengeluaran hukum yang ganjil dan membandingkan antarasumber perundangan yang pelbagai
Di Mesir, beliau juga mengajar di Masjid Amru bin Ash. Kuliahnya bermula setiap hari dari pagi hingga tengah hari (setelah selesai solat Subuh hingga waktu Zohor).
Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan.
Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran yang bersesuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
Mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajarkan.
Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem.
Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar.
Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.
Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun. Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.
Menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.
Membantu guru mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.
Kepentingan RPH