Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGENALAN FONOLOGI - Coggle Diagram
PENGENALAN FONOLOGI
DEFINISI FONOLOGI
Dalam Kamus Linguistik, fonologi ialah cabang linguistik yg mgkaji bunyi bahasa (fonem) dan fungsinya dlm sistem bahasa tersebut. Fonologi menganalisis bagaimana bunyi2 dalam bahasa disusun dan digabungkan mjadi unit-unit yg lebih besar seperti kata dan frasa, dan bagaimana bunyi-bunyi tersebut mempengaruhi makna kata. Fonologi juga mempelajari aturan-aturan yg membezakan satu bunyi dari bunyi yg lainnya dan bagaimana bunyi2 tersebut diproses & diterima oleh sistem pendengaran & pemprosesan bhs dlm otak.
Menurut Dalbor pula menyatakan bahawa fonologi ialah kajian fungsi & pencorakan dlm bunyi yg bermakna yg diucapkan oleh manusia.
Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham dalam mentakrifkan fonologi ialah bidang fonologi yg mengkaji sistem bunyi2 bahasa yg tertentu dlm pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa.
Fonolgi merupakan cabang linguistik yg menghuraikan bunyi2 bhs yg distrukturkan. Dgn kata lain, fonologi memfokus pada fungsi, perlakuan & pengorganisasian bunyi dalam bahasa. In bererti fonologi dlm linguistik ialah yg berhubungan dgn sintak, morfologi sehingga semantik.
Ringkasnya, ilmu fonologi membahas tentang bunyi2 & strukturnya (sistem dan fungsinya) bagi bahasa tertentu.
KONSEP SEGMENTASI UJARAN
-
-
-
Setiap ujaran boleh direpresentasikan sebagai satu unit yang terpisah. Ujaran boleh disegmentasikan atau dipenggal-penggalkan.
-
Segmentasi / penggalan merupakan proses memisahkan segmen daripada suatu kontinum. Segmen boleh terdiri daripada kata/morfem – unit nahu bahasa terkecil yang membezakan makna, termasuklah imbuhan dan kata dasar – dan fon. Contoh tadi menunjukkan segmentasi yang melahirkan segmen dalam bentuk kata atau morfem.
Anggapan bahawa ujaran terdiri daripada segmen-segmen yang terpisah dalam satu kontinum membolehkan ahli fonologi membicarakan setiap unit dalam ujaran itu secara individu.
Ahli fonologi berusaha mengkaji dan menghuraikan struktur segmen (dalam ujaran) yang ada hubungannya dengan makna bagi sesuatu Bahasa. Dengan anggapan bahawa ujaran boleh disegmentasikan , maka mereka berusaha untuk menentukan proses-proses dan rumus-rumus fonologi yang terlibat dalam kombinasi bunyi-bunyi berkenaan yang membentuk
perkataan dan ayat.
Ringkasnya, ilmu fonologi membolehkan kita menangani persoalan-persoalan berhubung dengan bunyi dan makna dalam sesuatu Bahasa. Pemahaman mendalam tentang ilmu fonologi membolehkan kita mengkaji dan menghuraikan persoalan-persoalan tentang perubahan bunyi dalam sesuatu Bahasa serta pemerolehan Bahasa oleh kanak-kanak.
FONEM KONSONAN
Konsonan Letupan
-
Letupan tidak bersuara : [p, t, k]
Letupan Bersuara : [b, d, g].
Konsonan Letusan
-
-
-
Bunyi letusan dilepaskan secara perlahan-lahan sehingga terdengar bunyi geluncuran.Lelangit lembut hendaklah dinaikkan dan pita suara bergetar dan tidak bergetar bagi menghasilkan bunyi bersuara dan tidak bersuara.
Konsonan Sengau
-
Untuk menghasilkan konsonan sengau dua bibir,bibir bawah hendaklah dirapatkan kepada bibir atas.Lelangit lembut dalam keadaan biasa menyebabkan udara melalui rongga hidung.Malah semasa melafazkan bunyi ini,pita suara digetarkan.
Contoh bunyi sengauan [ m ] :
[ makan ] , [ lama ]
-
Bunyi ini dihasilkan dengan hujung lidah dirapatkan kepada gusi.Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalaui rongga hidung. Malah semasa melafazkan bunyi ini,pita suara digetarkan.
-
-
Konsonan ini terhasil apabila depan lidah dirapatkan kepada lelangit keras gusi. Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalaui rongga hidung. Malah semasa melafazkan bunyi ini,pita suara digetarkan.
-
-
Konsonan sengau lelangit lembut dihasilkan dengan belakang lidah diangkat dan dirapatkan kepada lelangit lembut. lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalaui rongga hidung. malah semasa melafazkan bunyi ini,pita suara digetarkan.
-
Konsonan Geseran
-
Bunyi geseran gigi bibir terhasil apabila bawah dan bibir atas dirapatkan tetapi tidak menghalang aliran udara keluar.Laluan yang sempit menyebabkan udara yang dikeluarkan daripada paru-paru menyebabkan geseran berlaku.Bunyi geseran tak bersuara adalah [ f ] dan yang bersuara [ v ].
-
Bunyi geseran gusi terhasil apabila hujung lidah dirapatkan ke arah sempadan gusi lelangit keras.Keadaan ini tidak menyekat aliran udara.Udara yang keluar dari paru-paru akan menyebabkan geseran berlaku.Bunyi geseran tak bersuara adalah [ s ] manakala yang bersuara adalah [ z ].
-
Penghasilan konsonan ini ialah apabila hadapan lidah dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak terlalu rapat.Udara dari paru-paru terhembur keluar dengan berlakunya geseran. Bunyi geseran gusi lelangit keras tak bersuara adalah [ š ] manakala bunyi geseran lelangit keras bersuara adalah [ ž ].
-
Konsonan geseran lelangit lembut dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah rapat ke lelangit lembut.Udara yang keluar dari paru-paru terdesak keluar melalaui rongga mulut. Konsonan geseran lelangit lembut tak bersuara adalah [ x ] manakala konsonan geseran lelangit lembut bersuara adalah [ y ].
-
Geseran pita suara terhasil apabila pita suara dirapatkan yang mengakibatkan udara keluar di antara pita suara secara bergeser.Seperti keadaan bunyi letupan glottis,bunyi ini juga berlaku di pita suara maka itu tidak menunjukkan sama ada bunyi ini bersuara ataupun tak bersuara.
Konsonan Getaran
Bahasa mempunyai satu bunyi getaran,iaitu [ r ]. Bunyi ini terhasil apabila lidah digetarkan dalam rongga mulut setelah itu lidah diangkat ke arah gusi.Udara yang dilepaskan dari paru-paru menggetarkan hujung lidah dan pita suara,maka terhasillah bunyi getaran [ r ].
Konsonan Sisian
Konsonan sisian dalam bahasa melayu ialah [ | ].bunyi ini terhasil apabila udara dilepaskan melalui kiri dan kanan lidah,manakala hujung lidah diangkat ke arah tengah gusi.Lelangit lembut dirapatkan ke belakang rongga tekak. Udara yang dilepaskan dari paru-paru melalui sisi kanan dan kiri lidah dan menggetarkan pita suara,maka terhasillah bunyi [ | ].
Konsonan Separuh Vokal
Kedudukan lidah semasa melafazkan bunyi ini ialah sama seperti ketika melafazkan bunyi vokal tetapi tidak sempurna,hanya separuh sahaja.Hal ini kerana kedudukan lidah berubah selepas itu.Ada dua bunyi separuh vokal,iaitu separuh vokal dua bibir [ w ] dan separuh vokal lelangit keras [ y ] .Keadaan bibir pula dibundarkan semasa melafazkan [ w ] dan terhampar ketika melafazkan [ y ].
-