Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KAEDAH PENGAJARAN IMAM MALIK - Coggle Diagram
KAEDAH PENGAJARAN IMAM MALIK
KAEDAH ULANGAN
Digunakan untuk mengukuhkan kefahaman kepada murid- muridnya
Imam malik mempunyai meminta penulisnya yang
bernama Habib untuk menulis segala kandungan pelajaran yang sampaikan beliau, kemudian membacakan semula pengajaran- pengajaran tersebut kepada orang ramai (Munawwar Khalil, 1985)
KAEDAH CERITA
Kebanyakan cerita yang disampaikan adalah bertujuan mendidik
manusia. Ia juga banyak mengandungi nilai dan teladan untuk
diikuti.
Imam Malik membawa contoh pekerjaan yang baik yang
dikerjakan oleh orang terdahulu seperti Sayidina Umar alKhattab. Beliau berharap supaya khalifah mengikut jejak langkah
Umar. Beliau menambah kata: “ Sesungguhnya khalifah tidak
berpeluang atau mampu mengikuti sepenuhnya, tetapi
hendaklah sekurang- kurangnya menuju ke satu hala agar rakyat
berpuas hati dengan cara itu sekalipun ini tidak sama dengan
taraf Khalifah Umar al- Khattab” (Dr. Ahmad Shurbasyi,1978)
KAEDAH SYARAHAN
Merupakan kaedah yang paling banyak digunakan oleh Imam Malik dalam menyampaikan pengajaran.
Majlis kuliah beliau diadakan di Masjid Madinah dan di rumah beliau sendiri. Dalam majlis tersebut, imam Malik seorang sahaja yang menyampaikan ucapan dan syarahan sementara orang lain mendengar dengan penuh perhatian. Tidak ada sedikitpun suara yang membantah atau seumpamanya. Para pendengar tunduk dan tenang mendengar pengajaran yang beliau sampaikan.
Imam Malik mula menyampaikan kuliah atau syarahan sejak berusia 17 tahun. Beliau tidak mengajar melainkan setelah mendapat pengakuan daripada 70 orang gurunya.
KAEDAH MENYELESAIKAN MASALAH
Digunakan oleh imam Malik khususnya dalam perkara yang
berkaitan dengan hukum
Setiap masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh muridmuridnya akan dirujuk kepada imam Malik
Sepanjang hidup imam Malik, beliau banyak dihujani dengan bermacam-macam masalah yang berkaitan dengan hukum
Masalah yang dikemukakan kepada beliau bukan sahaja datang daripada penduduk sekitar Madinah malahan daripada wilayahwilayah yang jauh
KAEDAH PERBINCANGAN
Beliau selalu mengadakan perbincangan dengan khalifah
Abbasiyah, antaranya ialah al- Mansur tentang talak orang yang dipaksa.
KAEDAH PERGAULAN
Digunakan khusus untuk mendekati para pemimpin bagi
menyampaikan pengajaran
Beliau juga sering bergaul dengan murid- muridnya.
Imam Malik pernah menjemput murid- muridnya datang ke rumah. Dengan pergaulan seumpama ini, secara tidak langsung Imam Malik dapat menerapkan banyak perkara yang baik sebagai panduan untuk mereka.
KAEDAH PENULISAN
(2 BIDANG PENULISAN)
PENULISAN KITAB
Kitab karangan Imam Malik yang masyhur ialah kitab Muwatta. Kitab ini dianggap kitab yang pertama menghimpunkan hadis nabi dan fikah sekali. Kitab ini disusun dalam bab-bab yang berdasarkan tajuk dan masalah yang dibincangkan. Selain kitab alMuwatta, ada lagi kitab lain yang dinisbahkan kepada Imam Malik seperti kitab al Mudawwanah.
PENULISAN SURAT
Surat khusus pada pihak berkuasa
Dalam surat tersebut banyak pengajaran yang telah diterapkan oleh beliau
KAEDAH NASIHAT
Antara nasihat beliau yang masyhur ialah urusan bidaah, taklid,memilih guru dan yang seumpamanya (Munawwar Khalil, 1985)
Sepanjang hidup Imam Malik, beliau banyak memberikan
nasihat kepada orang ramai, sama ada golongan atas yang terdiri daripada pemerintah, golongan ulama mahupun orang kebanyakan