Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 2: KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK - Coggle Diagram
BAB 2: KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
2.1.1) Definisi Masyarakat (المجتمع):
Manusia berkongsi budaya yg sama, menetap di kawasan khusus, & bersatu padu
Institusi:
perkahwinan (keluarga) - kurikulum pendidikan (guru & murid) - ritual keagamaan (pemimpin agama & pengikut) - kerajaan (Perdana Menteri, Exco Menteri Kabinet, & Agensi-Agensi Kerajaan yang berada di bawah mereka)
2.1.2) Tahap Masyarakat:
1) Keluarga (Ayah, Ibu, & Anak)
2) Komuniti (Kelompok yang bersifat serupa, tinggal di daerah @ negara yang sama)
3) Negara bangsa (1 unit yang besar mewakili sebuah negara yg boleh terdiri dari pelbagai bangsa)
4) Global: Hubungan antara 1 negara bangsa dengan negara bangsa yang lain. Seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
2.1.3) Masyarakat Majmuk & Pluraliti Baharu:
J. S. Furnivall: masyarakat yg asalnya berpecah kemudian bernaung di bawah 1 sistem politik.
Pluraliti baharu:
Pembentukan masyarakat yang melampaui garisan sempadan negara bangsa atau 'tanpa sempadan' @ 'borderless'
Kemasukan buruh asing secara halal @ haram yang memajmukkan masyarakat kita.
2.1.4) Etnik:
Individu yang memiliki ciri kebudayaan aspek agama, pekerjaan, bahasa, atau politik yang membezakan mereka daripada kumpulan individu yang lain. (bolehubah)
Ras: kumpulan manusia berdasarkan perbezaan fizikal seperti warna kulit, rangka tubuh, bentuk kepala & tekstur rambut. (sukar berubah @ tidak boleh)
Pembahagian Ras menurut 'Banton':
1) Ras sebagai keturunan (Keturunan manusia yang berasal dari Adam & Hawa, kemudian terpecah menjadi beberapa jenis keturunan & ras yang berlainan)
2) Ras sebagai jenis (kepercayaan bahawa perbezaan ras telah wujud sejak zaman awal disebabkan bencana alam atau tindakan Tuhan)
3) Ras sebagai subspesies (Berdasarkan teori Charles Darwin, yang menerangkan perbezaan manusia menggunakan teori evolusi. Perbezaan Ras berlaku kerana pilihan semulajadi)
Ras:
Keturunan: Manusia berasal daripada Adam & Hawa. Keturunan mereka berbeza ras (fizikal) bagi menyesuaikan diri dengan
geografi & iklim
.
Jenis: Perbezaan ras disebabkan
bencana alam
atau
tindakan Tuhan
.
Subspesis: Perbezaan ras disebabkan
proses semulajadi alam
(evolusi).
2.1.5) Minoriti:
Kelompok manusia yang disebabkan ciri fizikal dan kebudayaannya yang diasingkan daripada orang lain dalam masyarakat, menerima layanan tidak sama rata sebagai objek diskriminasi secara kolektif.
2.1.6 Stereotaip: 'Tanda kukuh'
Kamus Dewan: gambaran & fikiran yang sempit yang sukar berubah
Pemikiran Streotaip: 'Orang Cina pandai berniaga', 'Berniaga boleh hidup mewah'
Prasangka: Tanggapan negatif berdasarkan generalisasi yang tidak rasional dan tegar kerana kumpulan tersebut mempunyai ciri tertentu.
Diskriminasi:
Layanan yang berlainan diberikan kepada individu atau kumpulan disebabkan perbezaan faktor ras, agama, & jantina
2.1.7 Integrasi:
Penyatuan pelbagai kumpulan daripada pelbagai keturunan, majoriti atau minoriti yang melenyapkan prasangka & diskriminasi dalam masyarakat
Akulturasi:
1 kaum meminjam budaya kaum yang lain (Adat Melayu)
Asimilasi:
Kaum minoriti mengikut budaya kaum dominan dan identiti kaum minoriti tersebut hilang (Baba-Nyonya
Amalgamasi:
Proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi (perkahwinan).
Pluralisme Kebudayaan:
Setiap Kumpulan etnik yang berlainan mengekalkan identiti masing-masing. Tetapi, hidup aman damai dalam pelbagai kumpulan.
3 Saranan Horace Kallen tentang 'Pluralisme Budaya':
Manusia boleh tukar pakaian, politik, agama, falsafah, isteri. Tetapi manusia tak dapat menukar nenek moyangnya.
Setiap budaya boleh memberikan sumbangan positif kepada masyarakat.
Manusia tidak boleh ditekan untuk menerima persamaan. Manusia dibenarkan untuk menyatakan ciri unik masing-masing.
Idea demokrasi 'semua manusia dilahirkan sama rata' memberikan kesan bahawa perbezaan nyata wujud dalam kalangan manusia.
Segregasi:
Pemisahan antara kumpulan (tiada interaksi)
Segregasi Rela (Segregasi De Facto):
Golongan manusia yang memencilkan diri untuk menentang asimilasi
Segregasi tidak rela (Seregasi De Jure):
Kaum Afrika yang disisihkan oleh orang kulit putih di Amerika (Apartheid)
Kepentingan Memahami Hubungan Etnik:
Faham struktur sosial masyarakat antara satu sama lain.
Tahu punca konflik antara masyarakat.
Tahu cara menangani konflik tersebut.
Tahu bahawa hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial sesebuah negara.