Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAJU MELAYU TELUK BELANGA - Coggle Diagram
BAJU MELAYU TELUK BELANGA
SEJARAH
Baju Teluk Belanga pada mulanya di Singapura pada tahun 1862 semasa Temenggung Abu Bakar ditabalkan menjadi Temenggung Johor menggantikan ayahanda, Temenggung Ibrahim Sri Maharaja.
nama Teluk Belanga diambil sempena nama kawasan kediaman Temenggung Johor di daerah Teluk Belanga, Singapura yang kini lebih dikenali sebagai Harbour Front.
Pemilihan nama ini juga bagi membezakan baju itu dengan baju-baju lain seperti baju pesak sebelah, baju kurung, baju kebaya dan sebagainya.
pada awal kemunculan baju Teluk Belanga, ia mempunyai beberapa ciri khas termasuklah:
labuhnya berada di bawah paras pinggang dan melebihi paras lutut bagi perempuan.
mempunyai alas leher yang lebar bagi lelaki dan halus bagi perempuan
mempunyai 2 kocek bagi lelaki dan perempuan tanpa kocek
Ketika pemerintahan Sultan Ibrahim ibni Abu Bakar, ciri-ciri asal baju Teluk Belanga diubah di mana labuh bagi lelaki adalah pada paras pinggang manakala bagi perempuan pula paras lutut. Leher baju bagi kedua-dua jantina pula halus dan 1 kocek mula diperkenalkan di baju perempuan.
PENGENALAN
Baju Melayu Teluk Belanga merupakan baju Tradisional Masyarakat Melayu bagi kaum Lelaki
Baju Melayu Teluk Belanga pada masa kini sering digunakan bagi majlis-majlis perayaan dan majlis formal.
CIRI-CIRI PAKAIAN
mempunyai 1 poket tampal pada bahagian atas dan dua poket tampal pada bahagian bawah badan hadapan
mempunyai butang dan rumah butang pada leher baju
Mempunyai leher bulat tanpa kolar
mempunyai pesak dan kekek pada kiri dan kanan baju
labuh baju hingga ke paras pinggang