Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERLEMBAGAAN DAN PERSEKUTUAN 🏴🏁 - Coggle Diagram
PERLEMBAGAAN DAN PERSEKUTUAN 🏴🏁
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Undang-undang utama Persekutuan
🏁Perlembagaan ialah undang-undang utama Persekutuan dan mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu
🏁Jika terdapat percanggahan pendapat diantara undang-undang negeri dengan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tersebut akan terbatal
🏁Jika terdapat percanggahan undang-undang antara negeri dan persekutuan, Perlembagaan Persekutuan akan menjadi rujukan utama
Ketertinggian Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan kuasa paling tinggi di Malaysia
Tun Mohammad Suffian
❌PARLIMEN
❌PERLEMBAGAAN
❌KEDUDUKAN YDPA
❌KUASA PERUNDANGAN
❌KEBEBASAN ASASI
Pindaan Perlembagaan
⛔️Sesetengah perkara hanya boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 di dalam tiap tiap dewan , dengan syarat telah mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja
⛔️Perkenaan dan persetujuan Majlis Raja-Raja diperlukan dalam membuat apa-apa pindaan terhadap perkara yang menyentuh kedaulatan raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu
⛔️Perkara 159(4)—Sesetengah perkara hanya boleh dipinda dengan suara majoriti 2/3 dalam tiap tiap majlis parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari Luar Majlis Parlimen
⛔️Perkara161(E)—Sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan bagi Sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan suara lebih2/3 dalam taip tiap Majlis Parlimen jika dipersetujui oleh yang Dipertua mana-mana Negeri
PERKARA-PERKARA YANG PERNAH DIPINDA
🏴Pemisahan Singapura
🏴Mengenai gender
🏴Kekebalan Raja
🏴Kes rogol
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN PERLEMBAGAAN NEGERI
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA 🚫
Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai ciri-ciri khas dan telah menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang negara yang menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyatnya.
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 🚫
Perlembagaan persekutuan mengandungi 131 perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi,kiasa dan kedudukan YDPA dan sebagainya.
Senarai Persekutuan✅ Meliputi perkara hal ehwal
luar negara, pertahanan, undang-undang jenayah, dan sivil kewarganegaraan
Senarai Bersama✅ Perlindungan bagi binatang liar, biasiswa, perlindungan kanak-kanak,perancangan bandar dan kampung, kesihatan awam.
Senarai Negeri✅ Hukum syarak,undang-undang diri dan keluarga orang islam, hari pelepasan negeri, jentera kerajaan negeri
Perkara (71)(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajan Persekutuan menjamin hak raja sesebuah negeri untuk mewarisi dan memegang,menikmati fan menjalankan hak-hak perlembagaan negeri tersebut
Perkara(71)(3) Perlembagaan Persekutuan Malaysia menetapkan bahawa jika Parlimen mendapati apa apa peruntukkan dalam Perlembagaan sesuatu negeri itu tidak dipatuhi, walau apapun yang terkandung dalam perlembagaan ini, Parlimen boleh membuat undang-undang supaya peruntukan itu dipatuhi.
❗️Memperakukan semua undang-undamg yang wujud di Sabah dan Sarawak sebelum Hari Malaysia
❗️Perlembagaan Persekutuan Malaysia berasaskan kepada Perlembagaan Tanah Melayu 1957
❗️Mengandungi 15 Bahagian,183 Perkara dan 13 Jadual
❗️Merupakan dokumen sumber segala perundangan lain yang wujud dalam negara
❗️Malaysia mempunyai perlembagaan bertulis
❗️Dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957
❗️Digunal oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jenning(British), Sir William Mckell(Australia), B.Malik(India) dan Hakim A.Hamid
❗️Digubal berdasarkan 131 memorandum yang diserahkan oleh parti politik dan pertubuhan Tanah Melayu
❗️Merupakan sumber segala perundangan yang wujud dalam negara
❗️Dikanunkan tetapi boleh dipinda
PERANAN PERLEMBAGAAN ⚠️
⚠️Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil
⚠️Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah
⚠️Alat untuk menyelesaikan masalah
⚠️Menjamin riwayat negara bangsa
⚠️Menjamin keamanan dan kestabilan negara
PERLEMBAGAAN
PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULIS❌✏️
Semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen contohnya keputusan-keputusan mahkamah
PERLEMBAGAAN BERTULIS✏️
Bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam sesebuah dokumen
✏️Kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut
✏️Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan tetapi dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi
✏️Mahkamah mempunyai kuasa mentafsir undang-undang dan melindungi perlembagaan
PERUNTUKAN ISTIMEWA PERLEMBAGAAN✅
• Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang terhasil sejak kemerdekaan masih mengekalkan peruntukan-peruntukan penting dalam perlembagaan seperti Bahasa Melayu,Kedudukan istimewa Raja,hak asasi,kewarganegaraan,hak istimewa orang Melayu dan Agama Islam.
PERKARA 3 AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN
✅Agama Islam ialah agama persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dimana-mana bahagian persekutuan
✅Kebebasan beragama ini dijamin dalam perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan bahawa setiap agama mempunyai hak untuk ;
♻️Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
♻️Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat
♻️Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang
✅Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan agama Islam sebagai agama bagi persekutuan, tetapi Perlembagaan Persekutuan juga memberi kebebasan kepada semua individu untuk mengamalkan agamanya sendiri
✅Perkara 3(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan Majlis Raja-Raja bertindak sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing
✅Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam
♻️Menasihati apa-apa perkara yang diajukan oleh Majlis Raja-Raja,kerajaan negeri dan Majlis agama negeri.
♻️Menasihati mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum syarak,pendidikan Islam dan sebagainya
✅Majlis Agama Islam berperanan menasihati raja mengenai hal ehwal agama Islam.
✅Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan Malaysia,undang-undang negeri dan undang-undang Perseketuan boleh mengawal atau menyekat apa-apa iktikad dalam kalangan orang Islam
✅Perkara-perkara dibawah kuasa perundangan negeri mengenai agama islam
♻️Adat istiadat melayu
♻️Wakaf
♻️Fitrah
♻️Zakat
♻️Masjid
PERKARA 38 KEDUDUKAN ISTIMEWA RAJA
🔥Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi sebagai tempat Raja dan Yang dipertua Negeri
🔥Fungsi Utama Majlis Raja-Raja
⭐️Memilih YDPA dan Timbalan YDPA
⭐️Mempersetujui atau tidak apa-apa perbuatan,amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan
🔥Kuasa budi bicara
⭐️Memilih atau memecat YDPA
⭐️Memberikan nasihat mengenai apa-apa pelantikan
🔥Keahlian dan Mesyuarat
⭐️Semua raja dan Yang Dipertuan Negeri secara automatik menjadi ahli Majlis Raja-Raja
⭐️Kehadiran adalah mustahak. Jika tidak dapat hadir maka hendaklah digantikan dengan seorang wakil
⭐️YDPA bukan seorang ahli Majlis Raja-raja
KEWARGANEGARAAN
❌Perkara 14 hingga Perkara 22 Perlembagaan Persekutuan Malaysia meyenaraikan peruntukan-peruntukan pemerolehan kewarganegaraan
❌Seseorang itu boleh mendapatkan kewarganegaraan melalui empat cara ;
🚫Secara kuat kuasa undang-undang
🚫Secara pendaftaran
🚫Secara cantuman wilayah
❗️Penduduk Singapura,Sabah dan Sarawak mendapat taraf kewarganegaraan apabila mengangotai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963
🚫Secara masukan
❗️tingkah laku baik
❗️berniat menjadi permastautin tetap Persekutuan
KEHILANGAN KEWARGANEGARAAN
✏️
Seorang warganegara boleh kehilangan kewarganegaraan melalui 2cara
🏁Individu tersebut menolak kewarganegaraan
🏁Kerajaan negara tersebut melucutkan kewarganegaraan atas sebab ;
🏴Seorang individu telah menjadi warganegara asing
🏴Membuktikan dia tidak setia melalui percakapan atau tindakan
🏴Menderhaka terhadap kerajaan
🏴Bermastautin di negara asing melebihi 5tahun secara berterusan
Prosedur pelucutan kewarganegaraan ♻️
1.Diberitahu secara bertulis dengan alasan kepada individu yang dikenakan perintah pelucutan
2.Individu berkenaan merujuk kesnya kepada sebuah jawantakuasa siasatan
3.Kerajaan menerusi laporan daripada Jawatankuasa siasatan menentukan sama ada seseorang akan dilucutkan kewarganegaraannya atau tidak
PERKARA 153 HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU,BUMIPUTERA
♻️Orang Melayu merupakan penduduk asal negara ini
♻️Perkara160(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai ;
❎Seorang yang beragama Islam
❎Bertutur bahasa Melayu
❎Mengamalkan adat istiadat Melayu
❎Lahir sebelum merdeka sama ada Persekutuan atau di Singapura,atau pada hari merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura
♻️Antara perkara yang termasuk dalam soal hak keistimewaan orang Melayu sebagai kaum Bumiputera adalah ;
✅Perkhidmatan Awam
Perlembagaan memperuntukkan tanggungjawab kepada YDPA atas nasihat Jemaah Menteri untuk menentukan perizaban bagi orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
✅Ekonomi
Usaha kerajaan adalah untuk menghapuskan pengenalan bangsa mengikut pekerjaan terutama bidang perniagaan yang kebanyakkannya didominasi oleh warga asing
✅Pendidikan
Berkaitan biasiswa,bantuan dan keistimewaan pelajaran dan lain-lain kemudahan pelajaran yang diadakan oleh kerajaan
PERKARA 152 BAHASA MELAYU
⚠️Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan semenjak abad ke-15
⚠️Kedudukan Bahasa Melayu telah dikaji semula semasa pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
⚠️Bahasa Melayu telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
⚠️Pemerintah Tanah Melayu sedar bahawa jika hendak menyatukan penduduk-penduduk Tanah Melayu, bahasa Inggeris tidak boleh diggunakan
⚠️Perkara 152 — Bahasa Melayu mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi
⚠️Juga melindungi bahasa lain dan tidak ada sesiapapun yanh dilarang daripada menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu
HAK ASASI INDIVIDU DI SISI PERLEMBAGAAN
KEBEBASAN DIRI✒️
✏️Fasal 1 , Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan tidak seorang pun boleh diambil nyawanya dan dilucutkan kebebasan dirinya melainkan menurut undang-undang
✏️Fasal 2 menyatakan jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau kepada mana-mana hakim mengenai seseorang yang telah ditahan kerana menyalahi undang-undang,mahkamah hendaklah menyiasat tentang perkara tersebut dahulu
✏️Fasal 3 memperuntukkan jika seseorang itu ditangkap, dia hendaklah diberitahu seberapa segera sebab-sebab ditangkap dan dia dibenarkan untuk membela diri oleh seorang peguam pilihannya
KEBEBASAN ASASI✒️
Perkara kebebasan asasi adalah seperti berikut ;
✏️Keabdian dan kerja paksa
✏️Kesamarataan di sisi undang-undang
✏️Larangan keluar negeri dan kebebasan bergerak
✏️Kebebasan beragama
✏️Kesamarataan dalam pembelajaran
✏️Kebebasan bercakap , berhimpun dan menubuhkan persatuan
✏️Hak untuk berharta