Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bab 5: Pembangunan Negara - Coggle Diagram
Bab 5: Pembangunan Negara
Pembangunan Negara
Rancangan Dan Visi Pembangunan
Pembangunan
• Usaha mengubah masyarakat atau negara daripada mundur kepada maju
• Ekonomi, politik, social, pendidikan, psikologi
• Rancangan pembangunan untuk atasi masalah sosioekonomi dan politik
• Rancangan Malaysia Lima Tahun
• Rangka Rancangan Jangka Panjang
Tiga fasa utama
• Perancangan zaman sebelum merdeka
• Perancangan zaman selepas merdeka
• Perancangan selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru
Dasar-dasar Utama Kerajaan
Dasar Ekonomi Baru
Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan kepada rakyat tanpa mengira kaum.
Menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Strategi pembasmian kemiskinan
Kemiskinan di bandar
Kemiskinan di luar bandar
Strategi penyusunan semula masyarakat.
Penyusunan semula corak guna tenaga.
Penyusunan semula hak milik dalam sektor syarikat.
Peningkatan dalam pendapatan dan menyusun kadar kemiskinan mengikut kaum
Dasar Pembangunan
Perpaduan ke arah negara maju: keadilan social, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, kecemerlangan ekonomi
Strategi pelaksanaan
Basmi kemiskinan
Penyusunan masyarakat
Dimensi baru DPN
Menekankan basmi kemiskinan
Menekankan pembangunan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputerauntuk tingkat dan kekalkan penyertaan bumiputera dalam kegiatan ekonomi
Menekankan sector swasta untuk melibatkan diri dalam penyusunan masyarakat
Menekankan pembangunan sumber manusia – nilai, etika
Dasar Penswastaan
Mengurangkan beban kewangan kerajaan, tingkatkan kecekapan dan penghasilan kerja, galak pertumbuhan ekonomi, agih sumber secara cekap dan percepatkan pencapaian DEB
Rasional utama: pengurusan sesebuah perusahaan oleh kerajaan biasanya tidak cekap berbanding pengurusan yang dikendalikan oleh pihak swasta
Konsep: pemindahan kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada swasta
Prestasi ekonomi dan perkhidmatan sesebuah perusahaan meningkat = pertumbuhan ekonomi negara meningkat
Perkembangan Pendidikan Malaysia Dan
Dasar Pendidikan Kebangsaan
• Empat jenis pendidikan vernakular pada zaman British
• Sekolah Melayu
• Sekolah Cina
• Sekolah Tamil
• Sekolah Inggeris
Dasar-dasar pendidikan tahap awal
Rancangan Cheeseman
Penyata Fenn-Wu
Penyata Barnes
Ordinan Pelajaran 1952
Laporan Kabinet 1979
• Penegasan kepada pendidikan 3M: Membaca, Menulis dan Mengira.
• Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsurunsur disiplin yang diingini.
• Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia.
• Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional.
• Peluang melnajutkan persekolahan dari 9-11 tahun.
• Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran.
Rang Undang-undang Pendidikan 1995
• Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia.
• Falsafah pendidikan Negara dijadikan landasan.
• Tempoh pendidikan sekolah rendah 5-7 tahun.
• Pendidikan prasekolah sebagi sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.
• Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan.
• Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan kebangsaan.
Sistem Pendidikan Aneka Jurusan
• Menaikkan umur berhenti sekolah kepada 15 tahun.
• Mengeluarkan tenaga manusia berkemahiran untuk memenuhi sektor-sektor pertanian dan perindustrian.
• Memberi persediaan kepada untuk menjawat pekerjaan yang sesuai.
• Menyediakan pelajaran aneka jurusan ini bermula dari Tingkatan 4.
Wawasan 2020
Objektif utama adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 dengan acuan sendiri.
Kunci kepada pencapaian negara maju adalah dengan mengatasi 9 cabaran strategik
Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.
Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalakn adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing.
Mewujud masyarakat demokratik yang matang.
Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.
Mewujudkan masyarkat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.
• Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi.
Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama.
Pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,
dinamik, giat dan kental.
1 Malaysia
1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia
Asas 1Malaysia
• Perpaduan ialah prasyarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara.
• Penerusan agenda membina negara.
• Menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.
• Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu.
Dasar Luar Malaysia
Objektif Utama Dasar
Memupuk hubungan baik
Melindungi kepentingan nasional
Mempertahankan dan memajukan kepentingan malaysia
Menangani perkembangan dan cabaran politik
Menjaga kedaulatan malaysia
Mempertahankan kemerdekaan
Prinsip Dasar Luar Malaysia
Menyelesaikan masalah menerusi rundingan
Hidup bersama secara aman dan harmoni
Pendekatan berbaik-baik dengan negara lain
Memperjuangkan hak untuk setiap negara
Definisi Dasar Luar Malaysia
Dasar luar negara boleh dianggap sebagai instrumen atau alat yang diperlukan oleh sesebuah negara untuk berhubung, berinteraksi dengan sebuah negara yang lain, baik yang berjiran dengannya atau yang berada jauh dengannya.
Dasar Pandang Ke Timur
Antara program diperkenalkan
• penggunaan jam perakam waktu kerja.
• penggunaan tanda nama
• penubuhan pasukan meningkat mutu kerja
• konsep pejabat terbuka
• perkhidmatan kaunter/perkhidmatan bayaran bil setempat
• fail meja dan manual prosedur kerja
Program-program Yang Telah Dijalankan Di Bawah Dasar Pandang Ke Timur
• latihan perindustrian dan teknikal
• program pengajian akademik
• program pengajian teknikal
• program pengajian eksekutif
• hubungan dengan institusi-institusi
• skim latihan pembangunan ushawan
Tujuan mengubah struktur pentadbiran negara yang boleh mendorong kakitangan awam meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran mereka
Perdana Menteri Terlibat Dengan Dasar Luar Malaysia
Tun Abdul Razak
Tun Hussien Onn
Tunku Abdul Rahman
Tun Mahathir Mohamad
Dasar Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
Objektif Penubuhan
Mengeratkan hubungan sesama negara Islam
Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam
Mengekal perdamaian antara negara Islam
Mengelakkan persengketaan antara Islam
Memastikan tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari
Antara Negara Yang Terlibat
Malaysia
Turki
Iran
Arab
Saudi
Iraq
Bosnia
Brunei
Paletine
Cameroon
Pakistan
Syria
Sudan
Struktur Institusi
Pembuat Dasar Iaitu Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara Kerajaan OIC
Sekretariat OIC
Persidangan Menteri-menteri Luar OIC
Dasar ASEAN
Matlamat Penubuhan
Mempercepatkan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan kebudayaan serantau
Mengekalkan keamanan dan kestabilan kawasan serantau dengan menghormati dan mematuhi peraturan, undang-undang dan keadilan Negaranegara kawasan serantau serta mematuhi prinsip Carter Bangsa-Bangsa Bersatu
Memupuk kerjasama yang aktif dan mengembangkan kepetingan bersama dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran
Objektif
Meningkatkan taraf hidup melalui kerjasama perusahaan, pertanian dan perdagangan
Meningkatkan bidang pengajian dan pendidikan yang lebih maju di Asia Tenggara
Membekalkan bantuan dan kemudahan latihan, penyelidikan dan pembangunan dikalangan Negara-negara anggota
Mengadakan hubungan yang lebih erat dan menguntungkan dalam kalangan ahlinya
Asean & Kerjasama Ekonomi
Peraturan Perdagangan Istimewa(PTA)menggalakkan perdagangan intraASEAN melalui syarat perdagangan yang istimewa
Menjalankan beberapa projek perindustrian
Menubuhkan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
3 Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai
Islam menjadi unsur penting di dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan
Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini
Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Mengukuhkan perpaduan negara menerusi satu corak kebudayaan nasional.
Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh dari satu kebudayaan kebangsaan.
Memperkaya dan meningkatkan nilai-nilai kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
Strategi Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia
Memenuhi keperluan sosiobudaya
Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
Definisi Kebudayaan: keseluruhan cara hidup manusia