Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TOPIK 2: FALSAFAH & KEHIDUPAN Proses normal kehidupan manusia: …
TOPIK 2: FALSAFAH & KEHIDUPAN
Proses normal kehidupan manusia:
Bayi > Kanak-kanak > Remaja > Belia > Dewasa > Tua.
Juga dipanggil proses
EVOLUSI
yang dialami oleh sesuatu yang bernyawa (Manusia, Haiwan & Tumbuhan).
Dalam proses evolusi manusia akan mengalami beberapa proses antaranya
SOSIALISASI
.
Dalam proses sosialisasi manusia akan menerima penerapan budaya. Contoh:
Tidak berani membunuh seseorang
disebabkan penerapan
ETIKA
kehidupan yang dibentuk melalui nilai keagamaan dan kemanusiaan yang mendalam secara formal atau tidak.
Etika adalah sebahagian daripada
Falsafah Kehidupan
.
Takrifan dan Definisi Falsafah
Ilmu Falsafah
terdiri daripada 3 bentuk
Dari sudut kehidupan:
Tujuan kehidupan ini, iaitu kehidupan yang bahagia.
Semasa kegemilangan tamadun Islam, ahli falsafah dirujuk sebagai
hakim
(dari perkataan Hikmah).
Ilmu tasawuf
adalah antara bidang yang ada hubungan dengan falsafah. Ahli sufi mengamalkan cara khusus untuk membersihkan jiwa yang disebut
tarekat
. Tujuannya adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.
Ahli falsafah
tamadun Islam majoritinya daripada
Ahli tasawuf (sufi)
. Terdapat 3 perkataan yang dikaitkan dengan sufi iaitu:
AESTIK
: Orang yang kuat pegangan agamanya. Misalnya, pada zaman awal agama Kristian, mereka berpegang kuat pada ajaran Kristian dan wujud golongan yang hidup sederhana dan meninggalkan hal keduniaan. Dalam Islam pula mereka disebut sebagai zuhud (golongan yang menolak keduniaan dan hanya beribadat kepada Allah swt.
GNOSIS/ GNOSTIK
: Kelompok yang percaya kepada teori kesejahteraan
(salvasi)
yang muncul melalui super manusia. Teori ini diasaskan oleh
Tatian
pada kurun ke-2 Masihi yang merupakan salah satu daripada mazhab agama Kristian. Dalam Islam (melalui ilmu tasawuf) gnostik ini dikenal sebagai
ilmu makrifah
.
MISTIK
: Orang yang berusaha untuk mencapai kesatuan dengan Tuhan dengan harapan dapat mencapai kebenaran yang hakiki. Pitagoras dikatakan mengamalkan sejenis mistik daripada agama purba yang disebut
orfik
(percaya kepada perpindahan roh daripada jasad kepada jasad lain).
Dari aspek kehidupan:
Ia sama ada alam ini secara natural ataupun alam tabii.
Bertitik tolak oleh keinginan manusia untuk
meneroka
dan
memahami alam ini
. Konsep alam terbahagi kepada 2 iaitu:-
alam yang terbentang luas
dan
alam diri sendiri
.
Terdapat
tiga
persoalan asas yang perlu dijawab berkaitan makna falsafah menurut aspek kehidupan:-
~Apakah hakikat alam di sekeliling kita?
~Bagaimanakah fikiran manusia bekerja?
~Apakah jalan mencapai kebahagiaan?
Istilah atau Bidang yang berkaitan dengan Falsafah dari Aspek Kehidupan:
Metafizik
berkaitan dengan sesuatu yang dipercayai ada di belakang sesuatu.
Epistemologi
berasal daripada perkataan
epistem
yang bermaksud ilmu dan
logos
bererti kajian atau sains.
Domain etika
merupakan falsafah moral yang ada kaitan dengan isu benar, salah, dan aspek lain yang berkaitan dengan tingkah laku manusia.
Logik
berkaitan dengan alasan dan struktur hujah, serta menjadi asas dalam setiap penyelidikan falsafah.
Politik
yang merangkumi kehidupan manusia sebagai anggota masyarakat seperti isu kekuasaan politik, sistem pemerintahan, dan masalah pengharmonian antara kebebasan dengan tanggungjawab.
Menumpukan hubungannya dengan alam semesta atau alam tabii yang luas sifatnya.
Falsafah
antara ilmu yang memberi penekanan kepada
alam tabii (natural philosophy)
. Setiap bidang ilmu ini mengkaji satu cabang dari alam. Persoalan falsafah bergerak daripada persoalan tentang manusia kepada persoalan tentang alam.
Sains fizikal
: Geologi, Geomorfologi, Hidrologi, Sains Tanah dan sbg
Sains Hayat
: Genetik, Biologi, Botani, Zoologi, Mikrobiologi dan sbg
Sains Pasti
: Fizik dan Matematik
Sains Kemanusiaan/ Kemsyarakatan
: Sosiologi, Antropologi, Psikologi, Geografi, Linguistik, Sejarah, Kesusasteraan, Kesenian, Ekonomi, Politik, Teologi dan sbg
Sebagai alat ataupun kaedah:
Untuk menyelesaikan masalah secara akademik ataupun tidak.
Tahap yang menjadikan falsafah sebagai bidang yang berkaitan dengan aktiviti akademik atau intelektual. Menggunakan
ilmu falsafah
sebagai
alat menyelesaikan pelbagai masalah
. Terdapat
4 kategori
ilmu yang dimiliki oleh manusia iaitu:
Ilmu imbasan atau pengetahuan imbasan
Ilmu Sains
Ilmu Falsafah
Ilmu Mistik
Falsafah Teoretikal dan Falsafah Praktikal
F.T / Falsafah Nazariyyah
Tujuan
: Untuk kita memahami hakikat tentang kewujudan dan juga kebenaran yang berkaitan dengan ketuhanan, tentang alam, dan tentang manusia.
Terdiri daripada 3 bahagian:
1. Falsafah Tabiat
Membahaskan segala yang bercampur wujudnya (di luar akal dan pada akal) dengan gerak dan benda seperti keadaan haiwan, tumbuh-tumbuhan, unsur alam, tabiat, bintang dan hukumnya.
2. Falsafah Riyadhiyyah
Membahaskan segala sesuatu yang bercampur wujudnya (di luar akal) dengan gerak dan benda seperti keadaan nombor dan rajah (geometrical figure).
Angka dan rajah itu boleh jadi imbasan pada akal dan wujudnya tidak bercampur dengan gerak dan benda.
3. Falsafah Ilahiyyah
Membahaskan segala yang ada (maujud) yang tidak bercampur dengan gerak dan benda sama ada wujudnya itu pada hakikat di luar akal fikiran. ie: wujudnya Allah swt.
F.P / Falsafah Amaliyyah
Tujuan
: penghasilan perbincangan boleh digunakan dalam pelbagai disiplin tertentu bagi menyelesaikan masalah tertentu spt politik, ekonomi, sosial dan keadilan.
Terdiri daripada 3 bahagian:
1. Falsafah Akhlaqiyyah
Membahaskan perkara pentadbiran manusia mengenai dirinya. Merujuk apa-apa dan cara berkelakuan yang sebaik-baiknya boleh menjamin dirinya mendapat kebahagiaan.
2. Falsafah Iqtisadiyyah
Membahaskan perkara pentadbiran manusia mengenai diri, keluarga, dan masyarakat. Termasuk dalam bahagian ini ialah perbahasan bagi menentukan cara mendapatkan sumber keperluan, pembahagian kerja, menentukan harga barang dan hak milik.
3. Falsafah Siasiyyah
Membahaskan soal politik, pemerintahan dan menentukan buruk baiknya.
Aliran Alam Falsafah
Aliran rasionalisme
Meletakkan akal sebagai
sumber pengetahuan
dan menolak pancaindera sebagai sumber pengetahuan.
Menolak
ilmu diperoleh melalui wahyu dan mukjizat kerana tidak logik. Aliran ini berpegang pada akal manusia, segala kejadian alam merupakan kejadian semula jadi atau normal buka berasal daripada kuasa luar biasa.
Menolak konsep Tuhan
Rene Decartes, Spinova, Leibniz
Aliran emperisisme
Menyatakan bahawa
semua pengetahuan
diperoleh melalui
pengalaman
.
Pengalaman yang mencetuskan ilmu dalam aliran ini boleh dialami sendiri oleh pancaindera manusia.
John Locke, David Hume, John Stuart Mill
Aliran positivisme
Merupakan aliran yang berpusatkan sesuatu yang
pasti, berfakta, nyata
dan berdasarkan
data empirikal
Alam
merupakan satu-satunya sumber pengetahuan yang benar dan menolak perkara yang dikaitkan dengan metafizik. Dianggap sebagai
positif
dan
baik
kepada manusia.
Ilmu pengetahuan
perlu selaras dengan
penemuan sains
serta menolak ilmu berasaskan tahyul, wahyu, ilham, agama, metafizik.
Meningkat kepada tahap
Positivisme Logikal / Emperisisme Logikal
Carnap dan J. Ayer
Menekankan
kaedah sains pasti
: Logik, matematik, geometri.
Auguste Comte, Herbert Spencer
Aliran idealisme
Merupakan aliran yang menggabungkan
jiwa
dan
cita-cita
yang seterusnya melahirkan idea.
Idea
atau
buah fikiran
dapat memberikan gambaran ataupun representasi akal bagi menjelaskan hakikat kewujudan sebenar.
Plato, Rene Decartes, Baruch Spinoza, George Berkeley, Immanual Kant, Georg Wilhelm Friedrich Hegel.
Aliran Eksistensialisme
Aliran pragmatisme
Aliran realisme
TUJUH
aliran falsafah yang utama
Falsafah Barat Lawan Falsafah Timur
Dalam falsafah Nazariyyah biasanya akan bermula dengan
ilmu logik
yang merupakan ilmu tentang
kaedah berfikir yang betul
Melibatkan pendekatan / kaedah untuk kita menyusun premis bagi membuat kesimpulan yang disebut
PROPOSISI
.
Pendekatan lain seperti
induktif, deduktif, abduktif
dan
heuristik
Falasi
adalah berkaitan dengan kesilapan dalam berfikir atau kesilapan dalam membuat hujah.
Psikologi
potensi manusia tentang hakikat dan sifat insan.
Sosiologi
iaitu manusia secara individu atau manusia secara kolektif dalam masyarakat.
Metafizik
hubungan antara insan yang kita sebut
mikrokosmos (alam sagir
yang merujuk membina negara kecil dan seterusnya melihat hubungannya dengan alam yang lebih besar yang disebut
makrokosmos (alam kabir)
ataupun disebut diri besar.
Epistemologi
adalah kajian untuk mendapatkan ilmu yang benar dan ini berbeza dengan ilmu palsu atau ilmu yang disebut
pseudo knowlege
.
Pseudo Knowledge
ialah ilmu yang nampak seperti ilmu tetapi hakikatnya bukan ilmu yang sebenar.
Golongan sofastayah
menggambarkan seolah-olah mereka menyampaikan ilmu tetapi hakikatnya bukan seperti sentimen, emosi atau retorik
Al-Farabi
menulis buku
Madinal al-Fadhilah
membicarakan pendekatan yang dibawa oleh
Plato
dalam bukunya bertajuk
The Republic
mengenai teori politik bagi menghasilkan kepimpinan berdasarkan ilmu dan kebenaran.
Ilmu politik / Siasah
Falsafah Politik berkait rapat dengan kepimpinan dan kerajaan.
Ilmu ekonomi / Tadbir al-Manzil
Ilmu dalam Falsafah Islam yang memfokuskan pengagihan ekonomi dan kekayaan yang tepat dan adil dalam masyarakat atau negara.
Ilmu peradaban / Al-Umran
(cara membina bandar dan ketamadunan)
Ilmu ini bersifat ensiklopedia yang ia merentas pelbagai subdisiplin falsafah yang kesemuanya menyentuh pelbagai usaha ke arah transformasi atau pembinaan diri sebagai negara kecil shingga membina masyarakat yang lebih besar atau diri besar.
Empat bidang penting dalam Falsafah Nazariyyah
Logik
Psikologi
Metafizik
Epistemologi
Bidang
ESTETIKA
merupakan bidang yang berkaitan dengan
keindahan
atau
kesenian
. Contoh
puisi, seni ukir, seni lukis, seni bina
.
Estetika
bermain dengan
perasaan manusia
.
Bidang
ETIKA (akhlak)
atau
MORAL
merupakan bidang kajian atau pengertian terhadap
tingkah laku manusia
untuk memperoleh
kebaikan
bagi menentukan
tingkah laku yang baik
yang boleh memberi kebaikan kepada manusia.
Aristotle
menulis buku
Etika Nikomakea
asas bidang politik dan ekonomi.
Jalal al-Din
menulis kitab
Akhlak al-Dawani
membicarakan tentang etika, politik dan ekonomi.