Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TOPIK 5- PEMBANGUNAN NEGARA - Coggle Diagram
TOPIK 5- PEMBANGUNAN NEGARA
Pembangunan
mempunyai pelbagai maksud dan
dimensi
merujuk kepada usaha
mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur
kepada maju.
meliputi pelbagai
aspek kehidupan manusia
meliputi pelbagai
aspek kehidupan manusia, seperti ekonomi, politik, sosial,
pendidikan,psikologi dan
sebagainya.
ekonomi negara yang
seimbang menjadi matlamat utama dalam pengubahan
dasar pembangunan
ekonomi negara sejak kemerdekaan
sehingga kini.
Selepas kemerdekaan, kerajaan mula
melaksanakan beberapa rancangan pembangunan
Negara.
Ianya bertujuan untuk mengatasi
segala masalah sosioekonomi dan politik
yang dihadapi oleh
masyarakat kini.
Rancangan
Pembangunan Negara
Peringkat Kedua
Dasar Ekonomi Baru
Peringkat Pertama
Dasar-Dasar
Utama Kerajaan
Dasar dasar ekonomi secara
keseluruhannya dapat dikatakan
umpama tapak,panduan falsafah,
peraturan dan cara mencapai
sesuatu matlamat ekonomi negara.
Dasar
Ekonomi Baru
(DEB)
Objektif utama DEB:
i) membasmi kemiskinan
ii) menyusun semula masyarakat
DEB berjaya mengubah hampir keseluruhan sistem sosial masyarakat majmuk di Malaysia. DEB berjaya menjalankan strateginya dalam menghadapi realiti perbezaan etnik dan dalam menghadapi realiti perbezaan etnik dan dalam keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan.
Aspek
Kemiskinan
Masalah kemiskinan menyebabkan perpaduan masyarakat sukar dipupuk dan menjadi salah satu tumpuan utama dalam DEB. Kemiskinan boleh menggugat perpaduan dan keharmonian negara. Faktor yang menyebabkan masalah kemiskinan iaitu bencana alam yang boleh menyebabkan penyakit dan kerosakan tanaman. Seterusnya,kejatuhan harga barang eksport akibat daripada kemelesetan ekonomi dunia Cara untuk membasmi kemiskinan melalui DEB ialah mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan, terutama penganggur dan menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan.
Miskin Tegar: kurang RM619 Miskin: kurang rm900
Strategi
Pembasmian Kemiskinan
Majoriti penduduk miskin ialah orang Melayu yang bekerja sebagai penanam padi, pekebun kecil. Nelayan dan penternak.
Melayu Malas?
A) Kemiskinan di luar Bandar
-kumpulan miskin di kawasan ini terdiri daripada pekebun kecil, menanam padi, perkerja asset dan sebagainya.
• Langkah langkah kerajaan, kemudahan, perkhidmatan awam seperti pendidikan, kesihatan, bekalan air , bekalan elektrik , subsidi baja dan sebagainya.
B) Kemiskinan di Bandar
-kumpulan miskin di Bandar terdiri daripada mereka yang terlibat dalam sektor perlombongan , pembuatan , pembinaan dan sebagainya. Selepas pengenalan DEB. Kadar kemiskinan ini berjaya dikurangkan.
Strategi
Penyususnan Semula
Masyarakat
Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British telah menyebabkan berlakunya tumpuan n kaum mengikut fungsi tertentu.
-strategi dan kejayaan yang diperoleh dalam usaha penyusunan
semula masyarakat.
b)Penyusunan semula corak guna tenaga.Pada peringat
awal,kaum Melayu amat kurang terbabit dalam kumpulan ikhtisas
dan teknik melainkan guru.
c) Penyusunan semula hak milik dalam sector syarikat, Golongan
bumiputera juga amat sedikit dalam permodalan ataupun
memegang mana mana saham syarikat.
Strategi dan kejayaan yang diperoleh dalam usaha penyusunan semula masyarakat.
a) peningkatan dalam pendapatan dan meyusun kadar kemiskinan mengikut kaum, lihat rajah 6.4
b)Penyusunan semula corak guna tenaga.Pada peringat awal,kaum melayu amat kurang terbabit dalam kumpulan ikhtisas dan teknik melayu amat kurang terbabit dalam kumpulan ikhtisas dan teknik melainkan guru.
c) Penyusunan semula hak milik dalam sektor syarikat.Golongan bumiputera juga amat sedikit dalam permodalan ataupun memegang mana mana saham syarikat.
-Dasar
Pembangunan Nasional (DPN)
-Dasar Wawasan
Negara (DWN)
-Pelan Induk Perindustrian
Negara
-Dasar
Perindustrian Berat
-Dasar Pertanian Negara (DPN)
-Model Ekonomi
Baru
-Dasar
Kebudayaan Kebangsaan
-Dasar Sosial Negara
-Dasar Wanita Negara
-PELAN INTEGRITI NASIONAL
-Dasar Belia Negara
Perkembangan Pendidikan Malaysia Dan
Dasar Malaysia Dan
Dasar
Latar belakang sistem pendidikan di
Semenanjung
-Sebelum kedatangan British ke Tanah melayu, sistem pendidikan di negara ini berbentuk tidak formal.
-Empat jenis pendidikan vernakular pada zaman British:
• Sekolah Melayu
• Sekolah Cina
• Sekolah Tamil
• Sekolah Inggeris
Latar belakang sistem pendidikan di
Sarawak.
.
• Berkembang secara persendirian: sekolah mubaligh dan sekolah Cina.
• Apabila kerajaan British mengambil alih pentadbiran Sarawak, pentadbiran sekolah rendah diuruskan oleh Majlis Tempatan.
• Laporan Woodhead turut diperkenalkan pada thun 1955 di Sarawak.
Latar belakang sistem pendidikan di
Sabah
•Sebelum 1963, sistem pendidikan di Sabah sangat mundur kerana Syarikat Berpiagam Borneo Utara tidak berminat untuk
memajukannya.
• Pada peringkat awal, sekolah-sekolah di Sabah sekolah-sekolah dibiayai oleh pihak pihak persendirian tanpa bantuan daripada Syarikat.
• Laporan Woodhead 1955:
• Memberikan peruntukan kewangan kepada bidang pendidikan
• Meningkatkan mutu pendidikan sekolah rendah, menengah, vokasional dan
dewasa.
• Memperkenalkan sistem pendidikan baharu dengan kawalan daripada pihak
kerajaan.
Dasar-dasar pendidikan tahap awal
• Rancangan Cheeseman (1946) • Rancangan untuk menjadikan sekolah Inggeris sebagai asas penyatuan persekolahan di Tanah Melayu.
• Penyata Barnes (1950)
• Mencadangkan satu corak sekolah rendah sahaja. • Sekolah kebangsaan akan dibuka kepada kanak-kanak semua bangsa, diajar oleh guru-guru daripada pelbagai bangsa. • Menggunakan dua Bahasa pengantar , Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. • Sekolah vernacular duhapuskan.
• Tempoh persekolahan dari usia enam tahun dan diberikan secara percuma. • Peringkat menengah menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa
pengantar.
• Penyata Fenn-Wu:
• Sekolah Cina dikekalkan
• Bahasa Cina diajar sebagai bahasa ketiga.
• Membentuk sekolah kebangsaan tetapi sekolah Cina dibenar diuruskan secara
berasingan.
• Sukatan pelajaran sekolah Cina bertumpu kepada hal-hal yang berlaku di Tanah Melayu.
• Ordinan Pelajaran 1952:
• Dua jenis sekolah kebangsaan didirikan dengan menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai pengantar. • Sekolah vernakular Cina dan Tamiltidak termasuk dalam sistem pendidikan
kebangsaan. • Pelajar sekolah kebangsaan Melayu mempelajari Bahasa Melayu bermula dari
darjah 3. • Kemudahan diberikan untuk mempelajari Bahasa Cina dan Tamil.
Dasar-dasar pendidikan peringakat
kedua
Tujuan pembentukan Penyata Razak:
• Menyediakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan.
• Melahirkan perpaduan antara kaum sebagai rumpun bangsa Tanah Melayu.
• Menyediakan satu sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan
berkesan.
• Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, bertoleransi, liberal dan progresif.
• Cadangan-cadangan Penyata Razak:
• Penubuhan dua jenis sekolah rendah, sekolah umum dan sekolah jenis umum.
• Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan disemua sekolah.
• Penubuhan dua jenis sekolah menengah
• Penggunaan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah rendah
• Penyata Rahman Talib:
• Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahsa pengantar di sekolah dan
university.
• Pelajaran percuma di sekolah rendah.
• Kelas peralihan untuk murid-murid
sekolah vernacular ke sekolah aliran
Melayu.
• Jemaah Nazir Persekutuan diadakan untuk mengawal mutu pelajaran.
• Pengenalan pelajaran vokasional.
• Menyemak dan membaharui kurikulum, lejaran Tatarakyat dan Sejarah.
• Pembaharuan sukatan pelajaran Ilmu Alam.
• Membentuk rakyat yang sentiasa berbangga dan menghormati lambinglambing kerajaan.
Sistem Pendidikan Aneka Jurusan
• Dimulakan pada tahun 1965 menggantikan Sekolah pelajaran Lanjutan.
• Digubal berlandaskan Laporan Aminuddin Baki.
• Matlamat: • Menaikkan umur berhenti sekolah kepada 15 tahun.
• Mengeluarkan tenaga manusia berkemahiran untuk memenuhi sektor-sektor
pertanian dan perindustrian.
• Memberi persediaan kepada untuk menjawat pekerjaan yang sesuai
• Menyediakan pelajaran aneka jurusan ini bermula dari Tingkatan 4.
Laporan Kabinet 1979
• Penegasan kepada pendidikan 3M: Membaca, Menulis dan Mengira.
• Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsurunsur disiplin yang diingini.
• Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia.
• Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan
vokasional.
• Peluang melnajutkan persekolahan dari 9-11 tahun.
• Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran.
Rang Undang-undang Pendidikan
1995
• Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan
pendidikan bertaraf dunia.
• Falsafah pendidikan Negara dijadikan landasan.
• Tempoh pendidikan sekolah rendah 5-7 tahun
• Pendidikan prasekolah sebagi sebahagian daripada sistem pendidikan
kebangsaan.
• Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan.
• Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan kebangsaan.
Wawasan 2020
• Diperkenalkan pada tahun 1991.
• Objektif utama adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
maju menjelang tahun 2020 dengan acuan sendiri.
• Kunci kepada pencapaian negara maju adalah dengan mengatasi 9
cabaran strategik iaitu:
• Pertama
• Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama.
• Kedua
• Mewujudkan masyarkat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.
• Ketiga
• Mewujud masyarakat demokratik yang matang.
• Keempat
• Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.
• Kelima
• Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum
bebas mengamalakn adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masingmasing.
• Keenam
• Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif
• Ketujuh
• Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi.
• Kelapan
• Pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud
perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
• Kesembilan
• Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,
dinamik, giat dan kental.
CABARAN WAWASAN 2020
Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai
matlamat yang serupa dan dikongsi bersama
Sebuah negara yang aman Berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum Hidup dalam harmoni Bekerjasama sepenuhnya Didukung oleh satu bangsa Malaysia
Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, banggadengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah
Mahukan rakyat Malaysia dikenali dari sikap: Ingin mencapai kecemerlangan Tidak mengalah kepada sesiapa Dihormati rakyat negara lain
Dasar Wawasan Negara – Dimensi Baru
• Membangunkan Malaysia sebagai negara yang mempunyai masyarakat berasaskan pengetahuan
• Menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui pengukuhan
pelaburan dalam negeri
• Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui penerapan
pengetahuan yang lebih tinggi
• Membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil yang miskin di kaw terpencil dan meningkatkan
pendapatan serta kualiti hidup kump pendapatan 30% terendah
• Mencapai penyertaan Bumiputera yang berkesan serta pemilikan ekuiti sekurang-kurangnya 30%
menjelang 2010
• Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor utama ekonomi
• Mengorentasikan semula pembangunan sumber manusia bagi menyokong pembentukan masyarakat yang
berasaskan pengetahuan
Dasar Wawasan Negara – Teras Utama
Membina bangsa berdaya tahan • Perpaduan, patriotik, kematangan politik, bertolak ansur, penyayang dan meningkatkan
kualiti hidup dan keutuhan ekonomi
Pewujudan masyarakat saksama • Basmi kemiskinan dan kurang ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kump etnik serta wilayah
• Kekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi
• Kukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan
ekonomi makro
• Mempertingkatkan daya saing – hadapi globalisasi & liberalisasi
• Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan
• Kukuhkan pembangunan sumber manusia = tenaga kerja yg cekap, produktif dan
berpengetahuan
• Teruskan pembangunan alam sekitar yg mampan
Dasar Sosial Negara
• Berteraskan nilai murni
• Untuk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
• Mengukuhkan perpaduan negara melalui kebudayaan.
• Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada
Kebudayaan Kebangsaan.
• Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan.
Dasar Wanita Negara
• Memberikan panduan dan hala tuju dalam segala usaha perancangan
dan pelaksanaan program-program pembangunan negara.
• Rangka pelaksanaan
• Memperkukuh unit hal ehwal wanita sebagai jentera pembangunan wanita
• Mengorientasikan dasar dan tindakan agensi kerajaan
• Pendidikan dah latihan mengenai isu wanita
• Penglibatan badan-badan bukan kerajaan
• Membasmi diskriminasi
• Memajukan dan menyelaraskan penyelidikan mengenai hal wanita
• Peruntukan anggaran perbelanjaan
Dasar Keluarga Negara
• Memastikan semua pihak mengutamakan kesejahteraan keluarga dalam
dasar dan program pembangunan negara.
• Menyedia program dan perkhidmatan pembangunan keluarga.
• Penghayatan nilai murni dijadikan paksi dalam keluarga
Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional
• Disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
• Tujuan penyediaan adalah untuk mendapatkan komitmen kerajaan
dalam pelaksanaan terhadap strategi pembangunan belia.
Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam
• Menerapkan sikap bekerja positif yang akan melahirkan pentadbiran
yang cekap dan berkesan.
1 Malaysia
“1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia”. Dato’ Sri Mohd Najib
• Asas 1Malaysia
• Perpaduan ialah prasyarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara.
• Penerusan agenda membina negara.
• Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih
dahulu.
• Menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam
kalangan rakyat Malaysia.
KEUTAMAAN DASAR LUAR
MALAYSIA
Ringkasnya, keutamaan dasar luar Malaysia dapat disenaraikan mengikut
keutamaan negara seperti berikut:
PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) 2. ASEAN 3. Organisation of Islamic Countries (OIC) 4. Pergerakan Berkecuali (NAM)
Asia-Pasifik Economic Council (APEC) 6. Kumpulan 15 (G15) 7. Komanwel