Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 5: PEMBANGUNAN NEGARA - Coggle Diagram
BAB 5: PEMBANGUNAN NEGARA
DASAR KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN
Maksud:
keseluruhan cara hidup manusia
Kepentingan:
berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.
3 Prinsip:
Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau
ini.
Melaka merupakan pusat perkembangan, penyebaran dan warisan kebudayaan Melayu.
Kebudayaan rakyat asal rantau ini dijadikan teras dalam Kebudayaan Kebangsaan.
Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai.
Unsur-unsur budaya asing, Cina, Arab, India dan
sebagainya.
Kesesuaian dan penerimaan dalam penyerapan
kebudayaan bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dalam Perlembagaan dan prinsipprinsip Rukun Negara.
Islam menjadi unsur penting di dalam
pembentukan kebudayaan kebangsaan.
Peringkat tertinggi- sepatutnya menampakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Peringkat kedua- menerapkan budaya-budaya lain yang tidak bertentangan dengan budaya Islam.
Objektif:
Memupuk dan memelihara keperibadian
kebangsaan yang tumbuh dari satu kebudayaan kebangsaan.
Mengukuhkan perpaduan negara menerusi satu
corak kebudayaan nasional.
Strategi:
Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan.
Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
Memenuhi keperluan sosiobudaya.
Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah
kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia.
Pelaksanaan:
Kementerian Kebudayaan Kesenian dan
Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini.
Ia dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan,
persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan
kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.
Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.
KEMISKINAN NEGARA YANG DAPAT DIKLASIFIKASIKAN:
Kemiskinan Tegar
MAKSUD: KEMISKINAN YANG BERKONSEPKAN SECUKUP HIDUP.
Ukuran kemiskinan jenis ini ialah kadar kemiskinan yang ditentukan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu peratus penduduk yang mempunyai taraf hidup yang lebih rendah daripada garis kemiskinan yang ditentukan. Tanda aras PGK adalah tidak tetap dan mengambil kira inflasi negara. Kemiskinan tegar ialah golongan yang berpendapatan separuh daripada PGK.
Kemiskinan Relatif
MAKSUD: KEADAAN KETIDAKSEIMBANGAN DALAM KALANGAN
BERBAGAI-BAGAI GOLONGAN BERPENDAPATAN.
Tanda arasnya ialah dengan menganggarkan peratusan isi
rumah yang mempunyai pendapatan pada misalnya kurang daripada separuh pendapatan purata negara.
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)
Latar belakang
Pada Tahun 1990, berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1971 hingga 1990. DPN dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991 dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991 hingga 2000.
Objektif
Perpaduan rakyat bersatu padu untuk memperkukuh kestabilan sosial dan politik bagi mengekalkan pembangunan ekonomi
.Maju dalam keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.
Strategi pelaksanaan
Mengekalkan strategi DEB dalam membasmi kemiskinan dan penyusun semula masyarakat dan memperbaiki ketidakseimbangan sosial untuk mengukuhkan perpaduan.
Aspek-aspek kritikal :
Memastikan pembangunan yang seimbang
bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi
antara sektor dan mengoptimumkan pertumbuhan.
Mengurang dan akhirnya
menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan
perkongsian secara lebih adil dan saksama.
Dimensi-dimensi baru DPN
strategi pembasmian kemiskinan
Menumpukan perhatian terhadap masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) untuk meningkatkan & mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan
ekonomi.
sektor swasta memproseskan penyusunan semula masyarakat.
Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia untuk mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.
Program Pelaksanaan (Pendekatan)
Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan.
Persaingan Dalam Pasaran Antarabangsa.
Wawasan 2020.
Pembasmian Kemiskinan.
Penyusunan Semula Masyarakat.
DASAR DASAR UTAMA KERAJAAN
Dasar Ekonomi Baru
Diperkenalkan pada tahun 1970.
Antara matlamat DEB:
Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan
dan memperbanyak peluang pekerjaan kepada rakyat tanpa mengira kaum.
Menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Strategi penyusunan semula masyarakat:
Peningkatan dalam pendapatan dan menyusun kadar kemiskinan mengikut kaum.
Penyusunan semula corak guna tenaga.
Penyusunan semula hak milik dalam sektor syarikat.
Dasar Penswastaan
• Objektif:
Kurang beban kewangan kerajaan.
Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja.
Pembahagian sumber dan kecekapan.
Pertumbuhan ekonomi dan keberkesanan negara.
Mempercepat pencapaian matlamat DEB.
Dasar Pembangunan
Objektif:
Perpaduan.
Ke arah negara maju: keadilan social, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti
hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, kecemerlangan ekonomi.
Strategi pelaksanaan:
Basmi kemiskinan.
Penyusunan masyarakat.
Dimensi baru DPN:
Menekankan basmi kemiskinan.
Menekankan sector swasta untuk melibatkan diri dalam penyusunan masyarakat.
Menekankan pembangunan sumber manusia nilai, etika.
Perkembangan Pendidikan Malaysia Dan
Dasar Pendidikan Kebangsaan
• Empat jenis pendidikan vernakular pada zaman British:
Sekolah Melayu
Sekolah Cina
Sekolah Tamil
Sekolah Inggeris
Sistem Pendidikan Aneka Jurusan
• Dimulakan pada tahun 1965 menggantikan Sekolah pelajaran Lanjutan.
• Digubal berlandaskan Laporan Aminuddin Baki.
• Matlamat:
Menaikkan umur berhenti sekolah kepada 15 tahun.
Mengeluarkan tenaga manusia berkemahiran untuk memenuhi sektor-sektor pertanian dan perindustrian.
Memberi persediaan kepada untuk menjawat pekerjaan yang sesuai.
Menyediakan pelajaran aneka jurusan ini bermula dari Tingkatan 4.
Laporan Kabinet 1979
Penegasan kepada pendidikan 3M: Membaca, Menulis dan Mengira.
Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur unsur disiplin yang diingini.
Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia.
Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional.
Peluang melnajutkan persekolahan dari 9-11 tahun.
Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran.
Rang Undang-undang Pendidikan
1995
Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia.
Falsafah pendidikan Negara dijadikan landasan.
Tempoh pendidikan sekolah rendah 5-7 tahun.
Pendidikan prasekolah sebagi sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.
Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan.
Dasar Wawasan Negara – Dimensi Baru
Membangunkan Malaysia sebagai negara yang mempunyai masyarakat berasaskan pengetahuan.
Menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui pengukuhan pelaburan dalam negeri.
Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui penerapan
pengetahuan yang lebih tinggi.
Membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil yang miskin di kaw terpencil dan meningkatkan pendapatan serta kualiti hidup kump pendapatan 30% terendah.
Mengorentasikan semula pembangunan sumber manusia bagi menyokong pembentukan masyarakat yang
berasaskan pengetahuan
Dasar Sosial Negara
Berteraskan nilai murni
Untuk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Mengukuhkan perpaduan negara melalui kebudayaan.
Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan.
Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan.
Dasar Keluarga Negara
Memastikan semua pihak mengutamakan kesejahteraan keluarga dalam dasar dan program pembangunan negara.
Menyedia program dan perkhidmatan pembangunan keluarga.
Penghayatan nilai murni dijadikan paksi dalam keluarga.
Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam
Menerapkan sikap bekerja positif yang akan melahirkan pentadbiran yang cekap dan berkesan.
1 Malaysia
1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.
• Asas 1 Malaysia:
Perpaduan ialah prasyarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara.
Penerusan agenda membina negara.
Menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu.
INFLASI
Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa. Selain itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit
akaun dalam sesebuah ekonomi.
Punca:
Inflasi Tarikan Permintaan
Berlaku apabila bekalan barangan dan perkhidmatan tidak mencukupi untuk
memenuhi permintaan. lanya berpunca daripada pertambahan permintaan secara tiba-tiba dalam jangka masa pendek. Pengeluar kesuntukan masa untuk menambah pengeluaran bagi memenuhi permintaan. Peniaga pula mengambil kesempatan untuk memperolehi keuntungan yang lebih.
Inflasi Tolakan Kos
Berlaku apabila kos pengeluaran meningkat. Pengeluar akan memindahkan
kos yang ditanggungnya kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk mengekalkan keuntungan.
Langkah Membendung:
Mengawal Permintaan
Jumlah permintaan melebihi jumlah penawaran di pasaran menyebabkan harga meningkat. Oleh itu adalah perlu untuk mengekalkan jumlah permintaan pada tahap yang munasabah.
Mengawal Bekalan Dilakukan dengan cara meningkatkan bekalan melalui peningkatan
produktiviti, memperbaiki jaringan pengedaran, mengimport bahan mentah yang lebih murah dan mengurangkan pembaziran
merupakan langkah berkesan untuk mengurangkan tekanan inflasi.
Polisi Ekonomi Makro
Tindakan Kerajaan melalui pengurusan cukai, kewangan dan pentadbiran yang cekap untuk menentukan halatuju pembangunan negara.
GLOBALISASI
Maksud Globalisasi adalah sesuatu perubahan pesat dari aspek sains, teknologi maklumat & sosio-ekonomi sedunia dekad 1980-an yang telah menjadikan dunia semakin mengecil dari segi jarak hubungan sosio-politik, sosio-budaya & sosio-ekonomi yang sedia ada sama ada
dalam kalangan masyarakat antarabangsa ataupun dalam sesebuah unit politik sendiri.
WAWASAN 2020
Pengenalan:
Di perkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991, sewaktu persidangan
Majlis Perdagangan Malaysia.
Matlamat Wawasan 2020 ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan menjelang tahun 2020.
Cabaran:
Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama.
Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.
Membentuk dan memperkembangkan sebuah masyarakat demokratik yang matang.
Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya.
Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal
dan toleransi.
Membina masyarakat yang maju dan saintifik.
Mewujudkan Masyarakat Dan Budaya Penyayang.
Menjamin Sesebuah Masyarakat yang Adil dalam Bidang Ekonomi.
Memupuk dan membina masyarakat makmur.
Kesimpulan:
Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi sematamata, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih daripada itu oleh kerana ia juga
menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti
pembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika, kebudayaan kebangsaan, pembangunan sumber manusia dan lain-lain.
DASAR LUAR NEGARA
Pengenalan:
Dasar luar Negara bermaksud dasar
kerajaan terhadap negara-negara lain. Negara juga boleh diibaratkan sebagai seorang manusia
Difinisi:
Ia sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain dalam pengertian yang terhad, dasar luar negara hanya mementingkan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara bagi mempengaruhi keadaan-keadaan yang berada di luar bidang kuasanya.
Objektif:
Untuk melindungi kepentingan
nasional di arena antarabangsa sekaligus di pentas dunia.
Menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan-kepentingan Malaysia di peringkat global.
Mempertahankan prinsip
menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dan masalah dalaman negara lain.
Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial
di pentas dunia.
Prinsip:
Menyelesaikan masalah menerusi rundingan.
Menjalinkan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang sudi bekerjasama dengan
negara.
Hidup bersama secara aman
dan harmoni.
PEMBANGUNAN
Pembangunan merujuk kepada usaha
mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju.
Pembangunan meliputi pelbagai
aspek kehidupan manusia
Pembangunan meliputi pelbagai
aspek kehidupan manusia, seperti ekonomi, politik, sosial, pendidikan,psikologi dan sebagainya.
Pembangunan ekonomi negara yang
seimbang menjadi matlamat utama dalam pengubahan dasar pembangunan ekonomi negara sejak kemerdekaan sehingga kini.
OIC (PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM)
Objektif:
Mengeratkan hubungan sesama
negara Islam.
Bersuara dalam satu nada bagi
kepentingan umat Islam.
Mengekal perdamaian antara
negara Islam.
Memastikan tempat suci Islam
dihormati dan tidak dicemari.
Struktur Institusi
Sekretariat OIC.
Persidangan Menteri-menteri Luar OIC.
Pembuat dasar iaitu Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara Kerajaan OIC.
Latar Belakang:
Ditubuhkan pada 25 September
1969 (12 Rejab 1389H).
Persidangan Islam pertama di Rabat.
Tertubuhnya disebabkan puak Zionis membuat serangan ke atas Masjid Aqsa.