Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia
Menurut J.S Furnivall, masyarakat majmuk di
negara kita yang berbagai bangsa bercampur tetapi tidak bersatu. Mereka ini hidup berkelompok dan mengamalkan gaya hidup, kebudayaan, bahasa, idea dan kepercayaan sendiri. Selain itu, pembahagian tenaga buruh adalah berdasarkan perkauman. Hal ini kerana, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja, Tanah Melayu yang asalnya diduduki oleh 90% orang Melayu telah didatangi orang Cina dan India semasa pemerintahan British. Pembentukan masyarakat pada awalnya sukar kerana kefahaman dan kehidupan seharian bangsa masing-masing adalah berbeza. Penyatuan masyarakat majmuk ini terjejas kerana dasar Inggeris yang menjaga kepentingan mereka dari segi politik dan kebebasan menjajah hasil bumi di Tanah Melayu.