Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN - Coggle Diagram
KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN
KOMPOSISI ETNIK MALAYSIA
TERDIRI DARIPADA MASYARAKAT YANG BERBAGAI ETNIK KAUM. SETIAP KAUM MEMPUNYAI SUKU KAUM
PERTAMBAHAN PENDUDUK DI SEMENANJUNG ADALAH LEBIH PESAT PADA MULA 1848 , SELEPAS BIJIH TIMAH DITEMUI DI LARUT. PENGHIJARAHAN ORANG CINA SEMAKIN PESAT
PADA TAHUN 1931, PENDUDUK BUKAN MELAYU MELEBIHI PENDUDUK MELAYU DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU. NAMUN MENJELANG KEMERDEKAAN NISBAH INI, PENDUDUK MELAYU MELEBIHI PENDUDUK BUKAN MELAYU
PENDUDUK UTAMA DI SEMENANJUNG MALAYSIA ADALAH MELAYU, CINA, INDIA DAN ORANG ASLI. TERDAPAT GOLONGAN MINORITI DARI SEGI SAIZNYA SEPERTI ORANG KETURUNAN PORTUGIS YANG BANYAK MENETAP DI MELAKA
DI SABAH DAN SARAWAK PULA, ETNIK-ETNIKNYA LEBIH BERBAGAI. SARAWAK DIDIAMI OLEH SUKU KAUM SEPERTI BIDAYUH, IBAN, KAYAN, KELABIT, KENYAH DAN SEBAGAINYA. SUKU KAUM DARI SABAH TERIDIRI DARIPADA KADAZAN, BAJAU, DUSUN DAN MURUT
BERPANDUKAN DENGAN TABURAN KEPADA PENDUDUK PADA TAHUN 1995, DIDAPATI PENDUDUK BUMIPUTERA ADALAH SERAMAI 11.95 JUTA , CINA 5.29 JUTA DAN INDIA 1.5 JUTA. PENDUDUK NEGARA KITA TERDIRI DARIPADA BUKAN WARGENEGERAGA SERAMAI 1.31 JUTA
TABURAN GUNATENAGA MENGIKUT SEKTOR DAN ETNIK PADA TAHUN 1995, DIDAPATI PENDUDUK BUMIPUTERA MASIH MENGUASAI SEKTOR PERTANIAN, MANAKALA PENDUDK CINA MENGUASAI SEKTOR PERDAGANGAN, HOTEL DAN RESTORAN. PENDUDUK INDIA DAN CINA MENGUASAI BIDANG PEKERJAAN PROFESIONAL LEBIH DARIPADA PENDUDUK BUMIPUTERA.
BERDASARKAN PURATA PENDAPATAN DALAM TAHUN1995 , DIDAPATI PURATA PENDAPATAN ISI RUMAH PENDUDUK CINA ADALAH RM2895.00 DAN PENDUDUK INDIA SEBANYAK RM2153.00 YANG MELEBIHI PENDUDUK BUMIPUTERA YANG MEMPUNYAI RM 1600 SAHAJA.
ETNIK MELAYU ADALAH ETNIK YANG DARI SEGI SAIZNYA ADALAH MAJORITI, KEBANYAKKAN DARIPADANYA ADALAH BERASAL DARIPADA KAWASAN DI INDONESIA. MEREKA ADALAH TERDIRI DARIPADA SUBETNIK-SUBETNIK SEPERTI BANJAR, BUGIS , JAWA, MINANGKABAU DAN BOYAN.
ORANG MELAYU MENGGANGAP TANAH MELAYU MERUPAKAN TANAH ORANG MELAYUDAN SEBAGAINYA SEPERTI PENDUDUK BUMIPUTERA KEDUDUKAN ISTIMEWA MEREKA ADALAH DIJAMIN OLEH PERLEMBAGAAN MALAYSIA
WALAUPUN ORANG MELAYU DIKATAKAN MENGUASAI POLITIK NAMUN MEREKA TIDAK MENGUASAI EKONOMI. DALAM N=BIDANG EKONOMI, MEREKA MASIH KETINGGALAN JIKA DIBANDINGKAN DALAM ETNIK CINA DAN INDIA. MASIH RAMAI DI KALANGAN MEREKA YANG MENGUASAI SEKTOR PERTANIAN
ORANG CINA PULA MERUPAKAN PENDUDUK KEDUA TERAMAI DI NEGARA INI, DI MANA SEGI EKONOMINYA MEREKA ADALAH TERATAS. KEHADIRAN MEREKA DI NEGARA INI SECARA KHUSUSNYA ADALAH ATAS GALAKAN INGGERIS UNTUK TUJUAN MEMBANGUNKAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PERLADANGAN
SEPRTI DENGAN ORANG MELAYU, GOLONGAN ORANG CINA PULA MEMPUNYAI BERBAGAI SUKU MAUM. SUBETNIK UTAMA DALAM GOLONGAN ORANG CINA ADALAH HOKIEN, KANTONIS, TEOCHEW, HAILAM.
KEHADIRAN ORANG INDIA DAPAT DIKESAN SEJAK KERAJAAN MELAYU MELAKA(KMM). PADA ZAMAN PENJEJAHAN INGGERIS, KEHADIRAN ORANG INDIA ADALAH HASIL GALAKAN DARIPADA PENJAJAH UNTUK TUJUAN PEMBANGUNAN LADANG-LADANG GETAH DAN INFRASTRUKTUR.
ORANG INDIA KAUM SUETNIK ADALAH SEPERTI ORANG TSAMIL, MALAYALI, TELUGU DAN SINGH. MEREKA JUGA DAPAT DIBEZAKAN DARI SEGI KAWASAN TEMPAT TINGGAL, KEGIATAN EKONOMI, KASTA DAN BAHASA.
ORANG ASLI MERUPAKAN PEENDUDUK ASAL NEGARA INI YANG TERDIRI DARIPADA TIGA RUMPUN BANGSA TERBESAR IAITU SENOI, NEGRITO, DAN MELAYU ASLI. SETIAP RUMPUN PULA TERDIRI DARIPAD A6 SUKU BANGSA YANG DAPAT MENJADIKAN KESEMUANYA 18 SUKU BANGSA. MEREKA INI PULA DAPAT DIBEZAKAN DARIPADA SEGI BAHASA (12 JENIS PERTUTURAN), CIRI-CIRI TUBUH BADAN, KAWASAN TEMPAT TINGGAL DAN KEGAIATAN EKONOMI.
KEPELBAGAIN PENDUDUK MALAYSIA DARI SEGI SUKU KAUM MASING-MASING DENGAN ADAT YANG BERLAINAN MENGISI RUANG AKTIVITI EKONOMI YANG BERBEZA PULA. SEMUA PIHAK MENYUMBANGKAN KEPADA PERTUBUHAN EKONOMI NEGARA SAMBIL MELIBATKAN DIRI DALAM POLITIK YANG BERBEZA-BEZA IDEOLOGI MANUSIA YANG SALING MENGHORMATI SESAMA MEREKA BAGI MENGEKALKAN KEAMANA DAN PEMBAGUNAN.
PERPADUAN DAN INTERGRASI NASIONAL
MATLAMAT UTAMA PERPADUAN NEGARA KITA ADALAH UNTUK MENCAPAI INTERGRASI NASIONALDENGAN RAKYATNYA YANG HIDUP DALAM KEADAAN AMAN DAN DAMAI. KONFLIK ANTARA KAUM BOLEH MEMBAWA NEGARA KITA KE KANCAH KACAU BILAU, SEHINGGAKAN PEMBANGUNAN NEGARA TIDAK DAPAT DIJAYAKAN LAGI.
KONSEP PERPADUAN ADALAH BERSIFAT LUARAN YANG LEBIH MERUJUK KEPADA PENYATUAN YANG BERBENTUK ZAHIR DAN FIZIKAL
KONSEP INTERGRASI PULA MERUJUK KEPADA PROSES PENYATUAN KELOMPOK-KELOMPOK YANG BERBEZA LATAR BELAKANG DAN MENJADI SATU ENTITI YANG TERIKAT OLEH NORMA DAN NILAI SERTA KEPENTINGAN BERSAMA. IA DIGAMBARKAN OLEH PERASAAN DIPUNYAI DAN MEMPUNYAI ANTARA AHLI-AHLI MASYARAKAT YANG DIDASARI OLEH IKATAN BATIN DAN PERASAAN.
KONSEP MASYARAKAT MAJMUK ADALAH DIKEMUKAKAN OLEH J.S. FURNIVAL, MEMPERLIHATKAN MASYARAKAT YANG DICIRIKAN OLEH PERMISAHAN FIZIKAL,SOSIAL, BUDAYA, DAN EKONOMI
TEORI HUBUNGAN KAUM DAPAT DITUNJUKKAN DALAM BENTUK KONTINUM YANG PADA SATI EKSTRIM, BENTUK HUBUNGANNYA BERSIFAT SEGREGASI DAN DI EKSTRIM LAIN PULA BENTUK HUBUNGANNYA BERSIFAT AMALGAMASI. DI ANTARA KEDUA-DUA EKSTRIM INI TERDAPAT HUBUNGAN-HUBUNGAN DI TAHAP AKOMODASI, AKULTURASI DAN ASIMILASI
HUBUNGAN KAUM DI MALAYSIA BOLEH JUGA DILIHAT MENGIKUT PERKEMBANGAN HUBUNGAN FIZIKAL ANTARA KAUM( RAS ATAU ETNIK) YANG BERMULA DENGAN TAHAP HIDUP YANG SECARA CO-EXISTENCE DAN SETERUSNYA KE TAHAP TERDAPAT BANYAK KONTRAK, TAHAP KOMPROMI DAN AKHIRNYA TAHAP PERPADUAN.
DARI SEGI TAHAP KEMAJUAN KE ARAH KERJASAMA, HUBUNGAN ANTARA KAUM SECARA KASARNYA DAPAT DIKATEGORIKAN KEPADA KONFLIK, PERASINGAN DAN KERJASAMA. DI NEGARA KITA, BENTUK-BENTUK HUBUNGAN INI BOLEH DIKESAN DALAM SEJARAH HUBUNGAN KAUM DARI ZAMAN KERAJAAN MELAYU MELAKA SEHINGGALAH KE HARI INI DENGAN KEADAAN YANG BERUBAH-UBAH AKIBAT PELBAGAI FAKTOR.
FAKTOR-FAKTOR UTAMA PSIKOLOGI YANG MENGHALANG WUJUDNYA PERPADUAN DAN INTERGRASI KAUM KITA IALAH PRASANGKA, PERKAUMAN DAN ETNOSENTRISME
FAKTOR-FAKTOR INI DIPERKUKUHKAN OLEH FAKTOR-FAKTOR KEJAHILAN TENTANG KUMPULAN ETNIK-ETNIK LAIN, PROSES PERMASYARAKATAN YANG TERBATAS, POLITIK PERKAUMAN, PERBEZAAN SOSIO-EKONOMI, PERBEZAAN KEBUDAYAAN DAN PERMISAHAN TEMPAT TINGGAL
PERPADUAN DAPAT DICAPAI DENGAN MELALUI DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN YANG AKTIVITI DAN PROGRAMMNYA MENGALAKKAN PERAMPINGAN DAN PEMAHAMAN DI ANTARA BERLAINAN ETNIK.
NEGARA KITA BERJAYA MELAKSANAKAN DASSAR-DASAR INI BERASASKAN ADANYA PERKONGSIAN KUASA POLITIK, KERAJAAN YANG DEMOKRASI, PERTUMBUHAN EKONOMI YANG BAIK DAN TOLAK ANSUR BUDAYA
NEGARA KITA MEMPUNYAI STRATEGI-STRATEGI TERTENTU UNTUK MEWUJUDKAN PERPADUAN DAN INTERGRASI DI ANTARANYA STATEGI PEMBAGUNGAN DIRI (BERSIFAYT PSIKOLOGI) SEPERTI PERMASYARAKATAN SEMULA, PENGURANGAN IDENTIFIKASI KELOMPOK, PENGURANGAN TUNTUNAN-TUNTUNAN KUMPULAN DAN PENGWUJUDAN HUBUNGAN KOHESIF
STRATEGI PEMBANGUNAN FIZIKAL PULA ADALAH TERDIRI DARIPADA PENUKARAN KONSEP-KONSEP YANG BERSIFAT MEMECAH BELA, PERTUKARAN PENGAWAI-PENGAWAI ANTARA WILAYAH, PENDEDAHAN KEPADA KOMUNITI LAIN, PENINGKATAN PERANAN INSTITUSI-INSTITUSI SOSIAL.
PENCAPAIAN PERPADUAN DAN INTERGRASI JUGA MENGGUNAKAN PEMBANGUNAN SOSIO-PSIKOLOGI MELALUI STARTEGI SEPERTI PENDIDIKAN FORMAL, AKTIVITI KOKURIKULUM, PENDIDIKAN LANJUTAN, KELOMPOK-KELOMPOK SOSIAL, AKTIVITI SOSIAL, PELANCONGAN DALAM NEGERI DAN MEDIA MASSA.
KAEDAH PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI PULA ADALAH TERDIRI DARIPADA PENINGKATAN INFRASTRUKTUR PENDIDIKAN, MELAHIRKAN USAHAWAN DAN GOLONGAN PROFESIONAL BUMIPUTERA, PEMBANGUNAN SEKTOR PERUSAHAAN KECIL, PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN PEMBANGUNAN PENDUDUK DESA, SEMUANYA BERTUJUAN MENGURANGKAN JURANG PERBEZAAN AGAR IRIHATI DAN PREJUDIS DAPAT DIHINDARKAN.
RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI
RUKUN NEGARA ADALAH IDEOLOGI DI PERINGKAT NASIONAL IAITU SATU BENTUK FAHAMAN YANG BOLEH MEMANDU SELURUH RAKYAT BAGI MEMBENTUK SATU IDENTITI KEBANGSAAN MELALUI PERKONGSIAN NILAI, NORMA DAN TINDAKAN
RUKUN NEGARA DIRASMIKAN SEBAGAI IDEOLOGI KEBANGSAAN PADA 31 OGOS 1970 OLEH YANG DI PERTUAN AGONG . IA DI GUBAL OLEH JAWATANKUASA KHAS YANG TELAH DIARAHKAN OLEH "MAGERAN"
MAGERAN ADALAH MAJLIS GERAKAN NEGARA, BADAN YANG MENERUSKAN PERMERINTAHAN NEGARA SETELAH SISTEM KERAJAAN DEMOKRASI DIGANTUNG
PENGGANTUNGAN JENTERA KERAJAAN DEMOKRASI SERENTAK DENGAN PENGGANTUNGAN FUNGSI PARLIMEN BERKUATKUASA APABILA KERAJAAN MENGISYTIHARKAN DARURAT DI SELURUH NEGARA
PERINTAH DARURAT DIKUATKUASAKAN BAGI MEMUDAHKAN TUGAS MENGAWAL KEADAAN HURA HARA DAN MENGEMBALIKAN KEAMANAN. PERINTAH BERKURUNG MERUPAKAN SATU MEKANISME KAWALAN.
KONFLIK YANG TELAH BERLAKU PADA 13 MEI MERUPAKAN MANIFESTASI KONFLIK PENDAM YANG SEDIA ADA DI ANTARA KAUM. PREJUDIS DAN RASA IRIHATI DIKATAKAN SENTIASA TERPENDAM DALAM SENTIMEN KEBANYAKKAN ORANG (MELAYU DAN CINA) AKIBAT PENGALAMAN PERMUSUHAN DAN RUSUHAN MASA LAMPAU.
PENGAJARAN DARIPADA TRAGEDI 13 MEI TERMASUK KESEDARAN TENTANG KELEMAHAN MEMELIHARA DEMOKRASI, KETAKSAMAAN MANFAAT PEMBANGUNAN DAN KEWUJUDAN PRASANGKA KAUM YANG SERIUS
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KEJADIAN TRAGEDI 13 MEI ADALAH KEHAIRAHAN MERAYAKAN KEJAYAAN PILIHANRAYA TIDAK SEGERA DIBENDUNG, SEHINGGA BATAS DEMOKRASI DILEWATI , KEDUA ADALAH KETAKSEIMBANGAN AGIHAN FAEDAH PEMBANGUNAN EKONOMI, KETIGA ADALAH PENGALAMAN PERMUSUHAN DI MASA-MASA LALU MEMENDAM PRASANGKA DAN KEEMPAT IALAH EKSPLOTASI KEADAAN SENSITIF OLEH PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
MATLAMAT RUKUN NEGARA IALAH UNTUK MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BERTOLERANSI, BERSATU PADU, PROGRESIF DAN MENGHARGAI PROSES DEMOKRASI
PRISIP RUKUN NEGARA PULA ADALAH LIM, SETIAP SATU MENUNJUKKAN KUASA YANG MEMBENDUNGI DAN JUGA MEMELIHARA/ MELINDUNGI SUPAYA RAKYAT BERTANGGUNGJAWAB, PATUH, BERPEKERTI MULIA, SERTA SELAMAT DAN MAJU.
PRINSIP KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN MENEKANKAN KEPENTINGAN NILAI DAN KEPERCAYAAN KEAGAMAAN SUPAYA SIHAT FIKIRAN, BAIK PERTUTURAN DAN WAJAR TINDAKAN, INSAN CENDERUNG MELAKUKAN KEBAIKAN DAN MENJAUHKAN KEJAHATAN, ADA TEMPAT RUJUKAN SEMASA SENANG ATAU SUSAH, SEMASA DIGODA OLEH NAFSU, SEMASA DIGANGU OLEH GEJALA BURUK SUPAYA BERSABAR, BERSEDERHANAAN DAN BERTIMBANG RASA.
PRINSIP KEDUA ADALAH KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA UNTUK MEMUPUK NILAI PATRIOTISME, BERTANGGUNGJAWAB DAN SEDIA MENYUMBANG.
RAJA DAN LAMBANG NEGARA SEPERTI BENDERA ADALAH TUMPUAN TAAT SETIA TERHADAP NEGARA YANG MELINDUNGI DAN MEMAANFAATKAN KITA
PERLEMBAGAAN MALYSIA YANG DIGUBAL MENJELANG DAN UNTUK MALAYA MERDEKA, DIKATAKAN SATU KONTREK SOSIAL KERANA IA MENGANDUNGI UNSUR TOLAK ANSUR DAN IMBANGAN DI ANTARA TUNTUNAN DAN JAMINAN DAN JUGA TENTANG AGIHAN KUASA.
UNDANG-UNDANG DIANGGAP BERDAULAT KERANA KUATKUASANYA ADALAH RASMI MELALUI LUNAS-LUNAS DAN PERATURAN TETAP. IA SENDIRI NEUTRAL MEMBERI PERLINDUNGAN DAN JUGA KAWALAN
UNDANG INI DIBUAT DI PARLIMEN( SEBAHAGIAN BESAR), DIKUATKUASAKAN OLEH AUTORITI SEPERTI POLIS, DIADILI OLEH MAHKAMAH DAN DIGUNAKAN KE ATAS SEMUA RAKYAT YANG SAYUGIA BERTANGGUNGJAWAB MEMATUHINYA.