Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 4: HAK ASASI RAKYAT by Poetry Malaya - Coggle Diagram
BAB 4: HAK ASASI RAKYAT
by Poetry Malaya
PERKARA 5: Hak Kebebasan Diri
-Tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.
Seseorang bebas dan tidak boleh diambil nyawanya, kecuali dituntut oleh undang-undang.
Seseorang harus diberitahu sebab ia ditangkap.
Seseorang boleh berunding atau dibela oleh peguamnya.
PERKARA 6: Pengabdian & Kerja Paksa Dilarang
Segala jenis kerja paksa dan sebarang bentuk pengabdian adalah dilarang.
Kerja berkaitan dengan menjalankan hukum penjara yang dijatuhkan oleh mahkamah tidak dikira.
Kerja atau khidmat yang dikehendaki daripada mana-mana orang sebagai akibat daripada sesuatu sabitan bersalah di mahkamah tidaklah dikira sebagai kerja paksa.
PERKARA 7: Perlindungan Daripada Undang-undang Jenayah yang Berkuatkuasa Kebelakangan dan Perbicaraan Berulang
Tiada seorang pun boleh menanggung hukuman yang lebih berat kerana sesuatu kesalahan daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada masa kesalahan itu dilakukan.
Double Jeopardy:
Seseorang yang telah dibebaskan tidak boleh dibicarakan semula dengan kesalahan yang sama.
Contoh: Seseorang yang ditangkap disebabkan tuduhan ambil ganja, dan dilepaskan kerana ujian air kencing negatif, kemudian pihak lawan minta untuk dibicarakan semula kerana tidak berpuas hati dengan hukuman.
PERKARA 8: Kesamarataan di Sisi Undang-undang
Tidaklah boleh ada pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab ugama, kaum, keturunan atau tempat lahir dalam mana-mana undang-undang atau dalam perlantikan.
Contoh: Seorang pekerja perlu diberi pendapatan yang sejajar dengan kelayakkan dan prestasinya, dan bukan berdasarkan latar belakang agama atau kepercayaan.
Contoh: Fasal kesaksamaan tidak boleh membatalkan atau melarang mana-mana undang-undang Negeri di dalam Negeri Sabah atau Sarawak yang memperuntukkan perizaban tanah untuk anak negeri atau bagi memberikan hakmilik kepada mereka
PERKARA 9: Larangan Buang Negeri & Kebebasan Bergerak
Seseorang atau mana mana warganegara tidak boleh dibuang negeri atau ditahan masuk ke persekutuan.
Tertakluk kepada undang undang yang berkaitan dengan keselamatan persekutuan atau mana mana bahagiannya.
Parlimen boleh dengan undang-undang mengenakan sekatan-sekatan, antara Negeri itu dengan Negeri-negeri yang lain, ke atas hak-hak yang diberi oleh Fasal (2) berkenaan dengan bergerak dan bermastautin.
PERKARA 10: Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuhkan Persatuan
HAK BERSUARA
: bebas menyuarakan pendapat (tulisan/lisan) kebebasan berakhbar, sensitiviti perlu dijaga (hak istimewa melayu, kerakyatan Jus soli), membantu perkembangan kemajuan intelek rakyat
2. HAK BERHIMPUN:
secara aman dan tidak bersenjata, menjadi anggota perhimpunan yang mematuhi undang undang, mekanisme untuk melaksanakan hak bersuara, penjaga keselamatan wajib menjaga/bertanggungjawab menjaga keselamatan rakyat yang berhimpun
3. HAK PERSATUAN:
bebas memilih atau menubuh persatuan, meliputi warganegara, mengendalikan persatuan tanpa campur tangan pemerintah
PERKARA 13: Hak Pemilikan Harta
Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
Setiap orang adalah berhak memiliki harta secara bersendirian serta secara berkongsi dengan orang lain.
Contohnya, bagi peraturan-peraturan, cukai atau pemiliknegaraan demi kepentingan awam
PERKARA 12: Hak-hak Berkenaan Pelajaran
Pendidikan adalah hak yang diperlukan untuk perkembangan seseorang individu.
Pendidikan hendaklah untuk mengembangkan personaliti, bakat, kebolehan mental & fizikal seseorang pada tahap potensi yang tinggi.
Setiap kumpulan agama berhak menubuhkan institusi pendidikan berasaskan agama masing-masing.
PERKARA 11: Kebebasan Beragama
Semua orang berhak menganuti dan mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing serta menguruskan hal ehwal agamanya sendiri.
Kerajaan secara umumnya menyokong agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia.
Masyarakat tidak boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan cukai tersebut adalah untuk sesuatu agama yang berlainan daripada agama seseorang itu sendiri.