Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kemasyarakatan dan Perpaduan - Coggle Diagram
Kemasyarakatan dan Perpaduan
Komposisi Etnik Malaysia
Etnik dan kaum merupakan satu kelompok manusia yang mempraktikkan atau mengamalkan budaya yang hampir sama dari segi:
Adat resam
Bahasa
Pakaian
Kegiatan ekonomi
Sub Etnik Melayu
Bugis, Banjar, Bajau, Suluk, Cham, Kerinchi, Acheh, Ambon, Minang, Jawa
Sejarah dan Latar Belakang Malaysia
Kumpulan etnik yang wujud di Malaysia
Melayu
Cina
India
Sikh
Siam
Sarawak dan Sabah
Melanau
Iban
Dayak
Dusun
Kadazan
Setiap etnik berbeza berdasarkan ciri budaya, kegiatan, ekonomi, cara berpakaian, pola keluarga dan orientasi politik
Masyarakat, Budaya dan Perpaduan
Masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di suatu tempat dengan aturan dan cara tertentu
Hubungan bersemuka yang erat
Pola perhubungan sosial yang berulang sifatnya
Kekerapan pergaulan membina satu kesepaduan sebagai satu unit sosial
Contoh pertumbuhan masyarakat dan budaya yang tersusun adalah FELDA
Interaksi melibatkan dua generasi:
Generasi yang menurunkan budaya
Generasi yang menerima budaya
Konsep Ras dan Etnik
Etnik: sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuklah adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi
Ia mempunyai erti yang berkait rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa
Ras dan bangsa memberikan penekananpada perbezaan fizikal atau sifat biologi
Ras ialah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri fizikal-biologikal nyata
Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial terhadap kelompok yang lain
Ia wujud pada 2 tahap iaiti individu dan institusi
Rasisme pada peringkat individu wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu
Pada tahap institusi, ia melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi
Konsep Prejudis, Sterotaip dan Diskriminasi
Prejudis merujuk kepada pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu
Apabila prejudis disuarakan, ia akan menjadi sterotaip
Sterotaip ialah kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik
Konsep Diskriminasi
ditakrif sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik yang lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif
Ia merupakan manifestasi prasangka yang wujud dalam kalangan sesuatu kumpulan etnik tertentu
Perpaduan negara dan Integrasi Malaysia
Penting supaya tenaga negara dapat disalurkan untuk memajukan negara daripada digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud
Perpaduan boleh didefinisikan sebagai satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik
Rukun Negara
Merpakan satu ideologi yang tercipta ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969
Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di bawah pimpinan Mageran dan Majlis Perundangan Negara
Kata sepakat untuk mencipta satu ideologi negara ini dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN iaitu pada 27 Januari 1970
Prinsip Rukun Negara
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Objektif Rukun Negara
Mencapai perpaduan yang erat dikalangan masyarakat
Memelihara cara hidup yang demokratik
Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati bersama secara adil dan saksama
Membentuk masyarakat bersifat liberal, terutama terhadap kebudayaan masing-masing
Membina masyarakat yang progresif
Tahap Integrasi
Segrasi
Tahap hubungan antara kaum atau etnik di tanah melayu yang bersifat terpisah
Pemisahan ini dapat dilihat melalui tempat tinggal, sistem pendidikan, pekerjaan dan pergaulan
Akomodasi
Setiap etnik menyedari norma dan nilai yang dimilikioleh etnik lain tetapi mereka tetap mempertahankan budaya dan nilai hidup masing-masing
Akulturasi
Setiap satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu/kelompok dan budaya lain
Keadaan ini dapat dilihat dari segi permakanan dan pakaian
Contoh yang berlaku di Malaysia:
Pemberian duit raya oleh orang Melayu pada hari raya
Pemberian angpau oleh masyarakat Cina
Asimilasi
Proses pencantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya dan identiti yang sama
Proses asimilasi yang berlaku apabila adanya:
Etnik yang mempunyai budaya yang berbeza
Etnik sentiasa berinteraksi
Interaksi etnik berlaku dalam agak yang lama
Amalgamasi
Suatu proses yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya dan ras yang baru
Ia berlaku melalui perkahwinan campur antara etnik atau kaum
Peristiwa 13 Mei
Rusuhan kaum telah berlaku pada 13 Mei 1969, terutama antara kaum Melayu dengan Cina.
Tragedi ini berlaku sebaik sahaja selepas Pilihanraya 1969 dimana parti-parti pembangkang, terutama Parti Tindakan Rakyat (DAP) dan Gerakan mendapat kemenangan yang memberangsangkan
DAP dan Gerakan telah mengadakan perarakan besar-besaran pada 11 dan 12 Mei 1969 yang sesetengahnya adalah tanpa izin daripada pihak polis
UMNO turut mengadakan perarakan atas kejayaan mereka menubuhkan kerajaan selepas pilihanraya tersebut
Perarakan ini diketuai oleh Datuk Harun Idris, Menteri Besar Selangor
Perarakan ini telah mencetuskan rusuhan dan pergaduhan hingga terpaksa memanggil tentera untuk mengawal keadaan
Walaupun rusuhan hanya berlaku di kawasan yang terhad iaitu hanya di kawasan Kuala Lumpur dan kawasan sekelilingnya sahaja, namun ia telah menyedarkan pemimpin negara untuk meneliti isu-isu perpaduan dengan lebih serius
Jumlah kematian dalam rusuhan dan pergaduhan tersebut ialah seramai 172 hingga 196 orang, yang cedera adalah seramai 493 orang
Tindakan awal yang dilakukan
Menangkap tokoh-tokoh yang menggalakkan rusuhan tersebut iaitu menangkap V. David daripada parti Gerakan ditahan selama 2 bulan dan Lim Kit Siang daripada parti DAP dan ditahan selama setahun setengah
Mengenakan perintah berkurung
Mengawal berita radio dan televisyen
Menapis penerbitan akhbar-akhbar
Mengharamkan jurnal yang diterbitkan oleh parti politik
Mengharamkan kempen pilihanraya
Langkah-langkah yang diambil
Pengisytiharan darurat
Penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara (JPN)
Penubuhan Majlis Muhibah Negara (MMN)
Penubuhan Majlis Perundangan Negara (MAPEN)
Kaum Melayu
Nama Tanah Melayu diambil sempena penduduk aslnya orang melayu
Ekonomi utama melayu pesisir ialah perdagangan
Perdagangan utama melalui sungai-sungai utama, tertumpu di tepi dan muara sungai, bergiat dalam perniagaan kecil-kecilan
Sektor ekonomi orang melayu merosot setelah campur tangan British dalam hal ehwal politik tempatan
Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai menyebabkan munculnya bandar bahru seperti Taiping, Ipoh, Port Weld, Tapah, Kampar, Kuala Lumpur, Port Swettanham, Klang, Seremban dan Port Dickson
Kaum Cina
Kemasukan orang cina beramai-ramai ke Tanah Melayu berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British
Buruh cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal seperti di Lukut dan Sungai Ujong
Kawasan Lombong bijih timah Kuala Lumpur di Ampang, Sungai Kanching dan Klang diusahakan oleh buruh-buruh Cina
Orang Cina ke tanah melayu melalui aktiviti perladangan lada dan gambir
Orang cina masuk ke Johor melalui sistem Kangchu dengan menggunakan surat kebenaran
Kaum India
Hubungan melayu-india berlaku lebih awal, bermula sejak abad pertama masihi apabila penganut hindu buddha menyebarkan agama
Buruh india bekerja sebagai peladang di ladang tebu dan kopi di Seberang Perai
Cabaran Pembinaan Negara Bangsa
Masalah perpaduan
Malaysia mempunyai tiga bangsa utama iaitu melayu cina dan india
Pada 13 Mei 1969, telah berlaku rusuhan kaum kerana tiada perpaduan