SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Demokrasi Berparlimen

Satu bentuk kerajaan yang berkuasa menggubal undang undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat

Negara yang melaksanakan sistem demokrasi adalah negara yang memperjuangkan kedaulatanj rakyat

Bermaksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan

Dibentuk hasil daripada proses pilihanraya

Faedah

Kestabilan politik membolehkan kerajaan merangka, menggubal dan melaksanakan strategi pembangunan negara

Kerajaan berjaya melancarkan Dasar Ekonomi Baru

Kerajaan menggalakkan pertumbuhan aktiviti ekonomi untuk menyediakan peluang pekerjaan, menambah kemahiran dan sebagainya

Kerajaan menggalakkan penglibatan sektor swasta

Kerajaan menitikberatkan pelajaran dan pendidikan

Rakyat perlu menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dengan sebaiknya

Raja Berpelembagaan

Satu sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia

Baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan pertimbangan atau budi bicara baginda dalam membuat keputusan

Yang di-Pertuan Agong

YDPA dipilih dalam kalangan sembilan orang raja Melayu daripada sembilan buah negeri Melayu secara bergilir-gilir

Majlis Raja-Raja

Ditubuhkan secara formalnya pada tahun 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan

Fungsi dan tugas Majlis Raja raja

Memilih YDPA dan Timbalan YDPA

Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan

Melantik anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182

Memberi ampun, tunda hukum, lega hukum atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman di bawah Fasal (12) Perkara 42

Budi Bicara Majlis Raja-raja

Memilih atau memecat YDPA daripada jawatannya atau memilih Timbalan YDPA bagi Persekutuan

Memberi nasihat mengenai apa apa pelantikan yang ditetapkan oleh Perlembagaan

Mempersetujui atau tidak apa apa undang undang yang mengubah sempadan sesuatu negeri atau menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, atau kebesaran raja-raja

Mempersetujui atau tidak supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara meliputi seluruh Persekutuan

Perlantikan anggota-anggota Mahkamah Khas

Pemberi ampun atau peremitan

Pilihanraya

Satu cara membuat pilihan politik melalui undian

Digunakan untuk memilih pemimpin dan menentukan satu isu

Pengundi memilih calon yang dikemukakan kepada mereka untuk menyelesaikan isu-isu masyarakat

Fungsi Pilihanraya

Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi

Mengekalkan pucuk pimpinan

Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan

Menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam sebuah organisasi dan komuniti politik

Kempen adalah terhad kepada cara yang dibenarkan oleh pihak polis

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)

Ditubuhkan pada 4 September 1957

Dilantik oleh YDPA

Ahli tidak boleh dilucut jawatan sehingga usia 65 tahun

Ahli tidak muflis

Tidak pegang jawatan bergaji lain

Bukan ahli Parlimen atau ADUN

Berperanan sebagai sebuah badan yang berperanan menyelia dan menjalankan proses demokrasi negara melalui pilihan raya yang adil dan saksama

Badan yang bebas daripada pengaruh politik

Jenis-jenis pilihanraya

Pilihanraya umum

Pilihanraya tempatan

Fungsi SPR

Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian-bahagian pilihanraya

Menjalankan urusan pendaftaran memilih dan penyemakan daftar pemilih

Menjalankan pilihanraya umum dan pilihanraya kecil

Mendaftarkan calon-calon yang bertanding dan memastikan calon-calon memenuhi kriteria

Proses Pilihanraya di Malaysia

Sistem pilihanraya

Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti iaitu parti politik yang memperolehi majoriti kerusi di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan kerajaan persekutuan atau negeri

Malaysia menggunakan sistem First-Past-The-Post-System

Undang-undang pilihanraya

Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Negeri

Akta Pilihan Raya 1958

Akta Kesalahan Pilihan Raya

Peraturan-peraturan (Perjalan Pilihan Raya) Pilihan Raya 1981

Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya 2002

Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya 2003

Undang-undang lain

Akta Polis 1962

Akta Hasutan 1970

Akta Rahsia Rasmi 1972

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960

Elemen-elemen penting pilihanraya

Bilangan bahagian pilihanraya

Seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk sesuatu bahagian pilihanraya di Parlimen atau DUN

Persempadanan semula bahagian pilihan raya

Bertanggungjawab mengkaji semula sempadan pilihan raya setiap tidak kurang 8 tahun

Pendaftaran Pemilih / Pengundi

Warganegara Malaysia

Mencapai umur 21 tahun

Seorang penduduk dimana-mana bahagian pilihanraya di Malaysia

Tidak hilang kelayakan seperti:

Tidak sempurna akal

Menjalani hukuman di penjara

Dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah

Kelayakan Calon

Calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas

Syarat kelayakan calon ialah:

Warganegara dan bermastautain di Malaysia

Mencapai umur 21 tahun

Tinggal di negeri dimana dia akan bertanding

Calon akan hilang kelayakan apabila:

Disytiharkan tidak siuman

Bankrap

Memegang jawatan berkepentingan

Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihanraya

Didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh todak kurang dari setahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat keampunan

Memperoleh kewarganegaraan asing

Diadakan setiap 5 tahun

60 hari bagi Semenanjung dan 90 hari bagi Sabah & Sarawak dari Pembubaran Parlimen / Dewan Undangan

Satu undi bagi setiap pengundi

Pengundian secara rahsia

Pilihanraya umum atau pilihan raya kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihanraya oleh SPR kepada Pegawai Pengurus

Satu notis akan diwartakan untuk menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi

Hari Penamaan Calon

Calon-calon mengemukakan kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihanraya kepada Pegawai Pengurus

Kertas penamaan calon mestilah dikemukakan antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan

Pada jam 1.00 pagi hingga 11.00 pagi kertas penamaan calon akan dipamerkan untuk diteliti dan menerima sebarang bantahan

Sekiranya terdapat seorang sahaja calon yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding

Deposit

Wang deposit bagi kerusi Parlimen sebanyak RM10 000 dan RM5000 bagi kerusi negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon

Sekiranya calon gagal mendapat 1/8 dari jumlah pengundi yang mengundi, wang deposit tersebut tidak akan dikembalikan

Penggunaan Simbol

Calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti parti sekiranya mendapat kelulusan bertulis daripada ketua parti

Calon dari parti bebas memilih mana-mana simbol yang telah ditetapkan oleh SPR

Kempen

Hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan dihentikan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi

Pegawai penguatkuasa dibentuk bertujuan memantau bahan-bahan kempen, ceramah pilihanraya, dan perhimpunan umum

Kempen pilihan raya berupa:

Pengedaran risalah

Poster

Ceramah tertutup dan ceramah umum

Kempen dari rumah ke rumah

Hari Mengundi

Waktu membuang undi dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di seluruh Malaysia

Bagi kawasan pedalaman, waktu mengundi adalah berbeza antara setiap daerah

Barung SPR

Bertujuan untuk membantu pemilih-pemilih menyemak nombor siri mereka di dalam daftar pemilih dan saluran supaya pengundian berjalan lancar

Undi Melalui Pos

Undi pos dihantar seawal mungkin kepada pemilih yang layak mengundi pos

Kertas undi mestilah sampai selewatnya jam 5.00 petang pada hari mengundi kepada Pegawai Pengurus

Antara individu yang layak untuk mengundi pos ialah:

Pegawai SPR bertugas

Anggota polis

Pegawai tentera bertugas di perbatasan

Pelajar Malaysia di luar negara

Pengiraan Undi

Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi

Undi pos dikira oleh Pegawai Pengurus di pusat pengiraan undi yang telah ditetapkan

Antara yang dibenarkan masuk ketempat mengira undi ialah:

Ahli-ahli dan pegawai SPR

Pegawai yang dilantik SPR

Kerani mengira undi

Calon, wakil dan ejen mengira undi

Selepas selesai pengiraan undi, keputusan pengundian akan dikemukakan kepada Pegawai Pengurus

Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti

Penyata Perbelanjaan Pilihanraya

Seseorang calon layak membelanjakan wang bagi pilihanraya, tetapi tidak boleh melebihi:

RM200 000 bagi Dewan Rakyat

RM100 000 bagi Dewan Undangan Negeri

Laporan pilihanraya perlu dihantar kepada Pengarah Pilihanraya Negeri 31 hari selepas keputusan pilihanraya

Proses Pilihanraya

SPR menetapkan tarikh penamaan calon dan mengundi

Penamaan calon

Menyiapkan Manifesto

Kempen Pilihanraya

SPR memberitahu tempat mengundi dan tempat mengira undi

Tempat mengundi / Diberi Kertas undi / Memangkah calon / Masukkan dalam peti undi

Tempat mengira undi

Pegawai P/R Kawasan mengumumkan keputusan pilihanraya