Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN - Coggle Diagram
PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Menurut Haji Samsudin bin Md Noor
Pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan.
Guru memainkan peranan yang penting di dalam bilik darjah selain mengajar iaitu sebagai pengurus, iaitu mengurus rutin bilik darjah, mengurus pelajar supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif dan sebagainya.
Kecekapan guru dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengurus dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Noraisah Ibni Qasim
Pengurusan alam pembelajaran penting bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar, memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai serta tidak membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut.
Pengurusan alam pembelajaran melibatkan persediaan ke alam persekolahan.
Asas kemahiran bagi menguruskan pembalajaran bilik darjah :
Guru mengetahui nama dan latar belakang pelajar.
Menetapkan peraturan ketika berada di dalam bilik darjah.
Perancangan yang rapi dalam setiap tindakan.
Guru perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal sebelum memasuki kelas.
Elemen penting yang perlu disediakan sebelum memasuki kelas :
Kebijaksanaan
Penelitian dalam perancangan
Pelaksanaan
Penyeliaan
Penilaian
Refleksi
Pengurusan alam pembelajaran ini sangat penting kepada para pelajar bagi memudahkan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dan lebih memahami apa yang mereka pelajari.