Masyarakat Majmuk di Malaysia Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awalabad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah Melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramaiekorandasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia ketika itu terdiri dari pelbagai etnik - dikategorikanmengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan & pendidikan. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian.