SEJARAH AWAL MELAKA
kesultanan melayu melaka merupakan kesultanan melayu
yang tertua dalam sejarah malaysia
kerajaan melayu melaka merupakan warisan kerajaan
srivijaya yang merupakan kerajaan maritim dan
mengendalikan perdagangan dengan india , asia barat
dan china
dari segi agama , kerajaan ini merupakan pusat anutan dan penyebaran agama Hindu-Buddha serta pengajian bahasa Sanskrit
( 1398 ) Kerajaan Ayudhya membuat serangan balas ke atas Parameswara
parameswara melarikan diri ke temasik ( singapura ) dan menawan dari kerajaan Ayudhya
click to edit
( 1391 ) Srivijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit
Parameswara dan pengikut melarikan diri ke semenanjung tanah
melayu . pada mulanya , parameswara bertapak di Muar , Kemudian Sening Hujung , Bertam dan akhirnya Melaka ( 1400)
palembang - temasik - muar - bertam - melaka
ketika parameswara sampai di melaka , telah wujud
perkampungan nelayan di sana
KESULTANAN TANAH MELAYU
nama melaka diambil sempena nama pohon
istilah bahasa arab iaitu " malaqa " yang bermaksud tempat perlindungan sebagai simbolik kepada tapak perlindungan parameswara dan para pengikutnya
melaka berkembangan dan menjadi pusat dagangan termashur di dunia pada abad
ke-15
kesultanan tanah melayu (perkembangan awal politik melaka )
Parameswara mula menyediakan perahu dan pelabuhan untuk melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa . kerajaan dianggap beruntung sekiranya mendapat pengiktirafan daripada maharaja china
( 1403 ) yin ching - duta negara china membawa hadiah untuk parameswara . maharaja Yung Lo mendapat maklumat mengenai Melaka daripada saudagar Arab dan Parsi .
( 1405 ) Utusan dari Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke Negara China dan Melaka diiktiraf secara rasmi dan Parameswara ditabal menjadi raja
( 1409 ) Laksamana Cheng Ho dari china telah menghadiahkan alat-alat kebesaran diraja kepada Parameswara
melaka merupakan kerajaan pertama di Asia yang menerima penghormatan ini
penghormatan ini menjadikan melaka sebagai sebuah negara yang diberi perlindungan oleh china
PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAKA
bentuk pemerintahan awal di melaka ialah sistem pemerintahan beraja . apabila kerajaan melaka memeluk islam , pemerintahannya digelar " sultan " dan " syah "
sistem pemerintahan ini disebut sebagai " raja mutlak " yang bermaksud kedudukan dan hak raja tidak boleh dipersoal dan diganggu gugat
kuasa dan hak raja berkait rapat dengan beberapa konsep yang menjadi fahaman dan amalan masyarakat pada waktu itu , iaitu konsep " taat setia " , " derhaka " , " daulat " , " tulah " dan " nobat "
Melaka juga dikenali sebagai kerajaan yang mempunyai pentadbiran yang tersusun sepanjang tempoh kekuasaanya.
Sultan melantik para pembesar yang berfungsi sebagai pentadbir, pelaksana undang-undang dan sebagainya.
Raja dibantu oleh sebuah organisasi yang tersusun dengan hierarki dan fungsi masing-masing. Sistem ini dipanggil “Sistem Pembesar Empat Lipatan”.
Melaka telah diperintah oleh 8 orang Sultan sehingga kejatuhannya.
Fungsi empat pembesar utama kerajaan Melayu Melaka
BENDAHARA
PENGHULU BENDAHARA
Menteri utama yang menyamai peranan Perdana Menteri sekarang dan bertindak sebagai penasihat raja. Mestilah keturunan raja dan ada talian rapat. Boleh memangku semasa ketiadaan raja dan bertindak sebagai ketua hakim.
TEMENGGUNG
LAKSAMANA
Bendahari kerajaan yang mengawal perbendaharaan negara. Memungut cukai dan hasil negara. Menyimpan daftar hamba raja dan ketua bagi semua syahbandar.
Berperanan sebagai pelaksana atau ketua undang2, peraturan negeri dan keselamatan. Ketua Polis Negara. Dalam soal istiadat, beliau bertindak sebagai ketua protokol
Jawatan baru, cth Hang Tuah semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah. Merupakan pahlawan dalam peperangan terutama di laut. Mengetuai semua pahlawan kerajaan. Bertanggung jawab memikul pedang kerajaan dalam upacara rasmi kerajaan.
SISTEM PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAKA
1400-1424 ( SULTAN ISKANDAR SHAH )
( 1424 - 1444 ) SULTAN MUHAMMAD SHAH
( 1444 - 1445 ) SULTAN ABU SYAHID
(1445 - 1459 ) SULTAN MUZAFFAR SHAH
( 1459 - 1477 ) SULTAN MANSUR SHAH
( 1477 - 1488 ) SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH
( 1488 - 1511 ) SULTAN MAHMUD SHAH
Melaka sebuah kerajaan agung
Melaka menjadi terkenal diseluruh dunia sebagai empayar yang luas dan kukuh dari segi pemerintahan.
Melaka menjadi pusat perdagangan dunia kerana kedudukan startegik dan pusat pertembungan saudagar dari Timur dan Barat
Kepesatan perdagangan menggalakkan penyebaran agama Islam di Melaka dan Melaka akhirnya menjadi tumpuan pendakwah kerana Islam agama rasmi Melaka
Empayar kerajaan Melaka meliputi hamper keseluruhan Tanah Melayu, sebahagian Timur Sumatera dan Kepulauan Riau.
Melaka juga menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuna keran mendapat galakan dariapda pihak istana. Istana Melaka sebagai pusat pengembangan Bahasa, perundangan dan kebudayaan
Faktor-faktor yang mempengaruhi:
Faktor semula jadi atau faktor geografi
Faktor ekonomi
Faktor politik dan pentadbiran
Kedudukan terletak di tengah-tengah jalan laut perdagangan antarabangsa dan sekaligus berperanan sebagai penyambung pasaran perdagangan utama dunia iaitu di antara benua India dengan benua China.
Pelabuhan Melaka memiliki kelebihan dari segi kedudukan ‘di pertemuan angin monsun’ iaitu pertembungan dua angin monsun utama yang membantu pelayaran.
Selat ialah sebuah lorong sempit di mana mesti di lalui oleh semua pedagang untuk ke mana-mana destinasi. Lorong yang sempit menjadikan daratannya berpotensi besar untuk disinggahi.
Kedudukan Selat Melaka yang strategik kepada kapal-kapal kerana terlindung daripada tiupan angin kencang.
Kemasyhuran perdagangan Melaka juga di pengaruhi oleh kekayaan sumber asli persekitarannya meliputi hasil-hasil hutan seperti kayu-kayan yang berpotensi dalam penghasilan kayu wangi, damar dan rotan.
Orang Melayu pesisir memainkan peranan sebagai penjual dan pengedar hasil-hasil hutan manakala pengumpulan hasil hutan dilakukan oleh masyarakat orang Asli.
Selain hasil hutan, Semenanjung Tanah Melayu juga kaya dengan sumber galian, khasnya emas.
Bijih timah juga telah diuasahakan semenjak awal Masihi lagi. Catatan menyatakan, bijih timah telah didagangkan ke India untuk dicampurkan dengan gangsa.
Di pesisiran pantai Melaka terdapat deretan hutan bakau. Daun nipah digunakan untuk menganyam tikar dan atap. Nipah nira digunakan untuk membuat arak manakala kayu bakau dijadikan kayu api.
Kedudukan geografi Semenanjung Tanah Melayu yang terlindung oleh pulau Sumatera menggalakkan pertumbuhan plankton iaitu tumbuhan laut yang menjadi makanan haiwan laut. Hal ini secara tidak langsung telah menggalakkan pertumbuhan hasil laut seperti kerang, siput dan tiram mutiara.
Melaka dilimpahi kemewahan barang-barang dagangan dari negara luar.
Kekayaan hasil serantau seperti rempah, hasil rotan, kayu dan damar menjadi barang dagangan yang penting.
Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan perdagangan utama dengan peranan sebagai pelabuhan entreport yang maju dan berjaya.
Hubungan rapat Melaka dan Negara China memberi Melaka perlindungan politik.
Melaka mempunyai sistem keselamatan dan ketenteraan yang lengkap.
Kewujudan sistem undang-undang yang baik dan tersusun iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
Mempunyai sistem perbendaharaan kerajaan yang tersusun termasuklah sistem cukai dan jual belinya.
Melaka menggunakan mata wang dalam bentuk emas, perak dan timah.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa perantara (lingua franca) membolehkan komunikasi di Melaka berjalan lancar.
Kejatuhan Melaka (Akhir abad ke-15)
FAKTOR DALAMAN
Kelemahan Pemerintahan Melaka.
Ketika Sultan Alauddin Riayat Syah, beliau mempunyai sikap yang amat berbeza dengan ayahandanya. Baginda tidak bertegas dan menolak kekerasan dan mengakibatkan banyak wilayah membebaskan diri dan membentuk autonomi masing masing.
Kelemahan dalam sistem pertahanan.
Ketiadaan pahlawan terbilang dan hebat seperti Hang Tuah dan Tun Hamzah telah melemahkan lagi aspek pertahanan kerajaan.
Kurangnya perpaduan rakyat Melaka.
Semangat perpaduan rakyat yang lemah. Pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak. Pertelingkahan antara kaum India-Muslim dengan kaum Melayu.
Sikap pembesar.
Pembesar bersikap tidak adil dengan mengenakan cukai yang berlebihan kepada pedagang. Pedagang mula marah dan mencari pelabuhan-pelabuhan yang lain.
Pegangan agama yang lemah.
Pegangan dan penghayatan terhadap agama islam yang kurang. Berlakunya penindasan, kezaliman dan rasuah dikalangan pembesar.
FAKTOR LUARAN
Penemuan Tanjung Pengharapan.
Aktiviti penjelajahan oleh masyarakat Eropah ke Timur dengan penemuan Tanjung Pengharapan menyebabkan kuasa Barat mula berminat dengan tapak perdaganagn di Timur.
Pengkhianatan dalam kalangan pembesar.
contoh: seorang pembesar dari kalangan orang Jawa membelot dengan membawa askarnya bagi pihak Portugis.
Perisikan dan intipan oleh Portugis.
Melalui risikan, pelan kota Melaka disalur keluar.
Serangan Portugis ke atas Melaka
Angkatan tentera portugis terdiri daripada 19 buah kapal perang dan 1400 orang tentera
Zaman Penjajahan (1511-1957)
Portugis
1511-1641
Belanda
1641-1824
Inggeris
1824-1957
Jepun
1941-1945
Portugis berjaya menawan kota Melaka pada tahun 1511 namun Portugis hanya berjaya menawan kota dan pelabuhan Melaka sahaja.
Menduduki Melaka selama 130 tahun.
Wizurai yang bertanggungjawab menyusun sistem pentadbiran Portugis di Melaka ialah Alfonso de Albuquerque. Beliau turut membina sebuah kota iaitu A Famosa untuk melindungi Melaka daripada sebarang serangan.
Mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk ketenteraan.
Ketuanya digelar Kapten Kota Melaka yang dilantik oleh Raja Portugal.
Mereka dipilih dari kalangan bangsawan Portugal (Fidalgo)
Seorang Kapten Angkatan Laut juga dilantik sebagai timbalan kepada Kapten Kota.
Seorang Ketua Hakim juga dilantik bagi menguruskan hal berkaitan undang-undang.
Portugis cuba bertahan di Melaka walaupun sering mendapat ancaman daripada waris Sultan Mahmud di Johor & Aceh. Namun mereka tewas juga pada 1641 kepada Johor yang mendapat bantuan daripada Belanda.
SISTEM PENTADBIRAN PERDAGANGAN
kapal-kapal pedagang diwajibkan membayar cukai 6%-10% daripada hasil dagangan mereka.
Setiap pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran untuk berdagang terlebih dahulu.
Portugis memonopoli barang-barang dagangan utama.
Diskriminasi terhadap pedagang Islam.
Semasa zaman pendudukan Portugis di Melaka, rantau Melayu menyaksikan era Peperangan Tiga penjuru antara Portugis di Melaka, Aceh dan Johor yang masing-masing bersaing menguasai perdagangan di Kepulauan Melayu.
Kerana dasar-dasar yang Portugis yang tidak disenangi oleh pedagang-pedagang, perdagangan di pelabuhan Melaka merosot sehingga akhirnya pelabuhan itu jatuh ke tangan Belanda.
Kesan peninggalan : masyarakat Serani, pengenalan tulisan rumi, penyerapan perkataan ( almari, tuala, garpu)
1559, ekspedisi Belanda yang terawal tiba di kepulauan Melayu dan selepas itu semakin ramai pedagang Belanda yang berminat untuk berdagang terutamanya untuk mendapatkan rempah ratus dan bijih timah.
Kepesatan perdagangan telah mendorong pedagang-pedagang Belanda bergabung dan membentuk V.O.C (syarikat Bersatu Hindia Timur.
Tujuan utama penubuhan V.O.C adalah untuk menguasai perdagangan rempah di kepulauan Melayu dan memonopoli perlombongan bijih timah.
(1619) berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa. Betawi dijadikan pelabuhan perdagangan sebagai pelabuhan saingan kepada Melaka. Lama kelamaan, situasi ini menjadikan kemerosotan Portugis di Melaka.
Belanda melancarkan serangan beberapa kali terhadap Portugis dan akhirnya berjaya pada 1641.
Tujuan menyerang Melaka adalah untuk menarik pedagang berdagang di Betawi.
1641, Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka dengan bantuan Johor.
DASAR PENJAJAHAN BELANDA
Mewajibkan kapal pedagang mendapatkan pas kebenaran berdagang untuk berdagang di Melaka.
Memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu (perak, Selangor dan Sungai Ujong) dengan menandatangani perjanjian dengan raja-raja Melayu.
SURAT SURAT KEW 1795
Ketika meletusnya Perang Napoleon pada abad ke-18, Belanda telah ditawan oleh Perancis.
Justeru bagi mengelakkan wilayahnya di Asia jatuh ke Perancis, Raja Belanda menandatangani satu perjanjian yang dikenali sebagai Surat-Surat Kew dengan kerajaan British.
1795, melalui Surat-surat Kew, Belanda telah menyerahkan Melaka dan semua tanah jajahannya di Timur buat sementara kepada British bagi mengelakkan tanah-tanah ini jatuh ke tangan Perancis akibat meletusnya Peperangan Napoleon di Eropah.
Apabila peperangan berakhir, British terpaksa menyerahkan semula Melaka kepada Belanda.
British berusaha untuk kembali mempengaruhi negeri-negeri Melayu dan persaingan antara kedua negara ini memaksa mereka menandatangani Perjanjian Inggeris – Belanda (1824) dan akhirnya Melaka berada di bawah penguasaan British secara rasmi.
CAMPUR TANGAN INGGERIS DALAM POLITIK NEGERI-NEGERI SELAT
Walaupun campur tangan British paling ketara selepas Perjanjian Pangkor pada 20/1/1874, campur tangan British dalam hal ehwal kerajaan Melayu telah berlaku lebih awal.
Penglibatan tersebut dibuktikan melalui peristiwa-peristiwa pendudukan Pulau Pinang, Pendudukan Singapura, Perjanjian Inggeris –Belanda 1824 dan Penubuhan Negeri-negeri Selat.
Campur tangan British di Negeri-negeri Melayu
Dorongan ekonomi
Galakan ekonomi ini bertujuan memastikan usaha memonopoli hasil-hasil dagangan utama di negeri-negeri Melayu seperti bijih timah dapat berjalan dengan lancar.
Perkembangan Revolusi perusahaan (perindustrian) pada pertengahan abad ke-19 di Eropah dan bermulanya aktiviti mengetin makanan yang memuncakkan lagi keinginan British untuk memonopoli perdagangan timah.
Dorongan politik
Dasar liberal dan perdagangan laissez-faire dan dasar Imperalisme.
Kuasa Barat yang lain turut bersaing meluaskan jajahan takluk masing-masing.
Tanpa pengawalan politik dan campur tangan dalam pentadbiran tempatan, kuasa-kuasa ini boleh masuk dengan mudah melalui persahabatan dan hubungan perekonomian dengan raja-raja Melayu.
Negeri-Negeri Selat (NNS) (Singapura, Penang, Melaka)
NNS ditubuhkan pada tahun 1826 dan diletakkan di bawah pentadbiran Residensi NNS.
Pulau Pinang menjadi pusat pentadbiran pertama.
SISTEM RESIDEN
Negeri pertama yang menggunapakai sistem residen adalah Perak dan diikuti oleh Selangor, Pahang & Negeri Sembilan.
Jawatan residen merupakan satu strategi British untuk mengawal pentadbiran secara langsung di negeri negeri melayu.
Pengawasan British sebagai penjajah adalah melalui isntitusi politik yang sedia ada.
Perlaksanaanya membolehkan British lebih berkuasa dalam aspek pemerintahan dan ekonomi.
Sistem residen sebenarnya bukanlah satu sistem yang jelas kerana pegawai British yang menjadi residen tidak mempunyai sebarang garis panduan yang rasmi.
Mereka hanya menggunakan budi bicara dan kebijaksanaan masing-masing tanpa mendapat bantuan daripada kerajaan British. Jadi ianya tidak membebankan kerajaan British.
Gaji dan elaun residen dibayar oleh negeri negeri melayu.
Tanpa mendapat seliaan daripada Kerajaan British, Residen mula berlebih-lebihan dalam membuat sebarang keputusan.
Residen mula menyekat hak-hak pembesar tempatan untuk mengutip cukai. Senario ini menyebabkan kebangkitan pembesar tempatan seperti pembunuhan JWW Birch.
Kesan-kesan Sistem Residen
Pembangunan ekonomi Negeri perusahaan bijih timah, getah, kopi kemasukan buruh Cina dan India sumber ekonomi dimonopoli oleh British
Perubahan Politik Sultan berkuasa pada Agama Islam dan adat-istiadat Perubahan sistem pentadbiran Residen berkuasa
Perkembangan Sosial infrastrukturjalan keretapi, jalan raya, pusat kesihatan, pos dan sebagainya.
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan)
Faktor-faktor penubuhan NNMB
Masalah kewangan di Pahang
Kelemahan Sistem Residen
Mengurangkan belanja untuk pentadbiran.
Masalah kewangan di Pahang
Berlaku berikutan penentangan pemimpin tempatan di Pahang. Usaha membanterasnya menelan belanja yang banyak. Melalui penyatuan, negeri melayu yang kaya seperti Perak dapat membantu Pahang.
Masalah kewangan di Pahang
Berlaku berikutan penentangan pemimpin tempatan di Pahang. Usaha membanterasnya menelan belanja yang banyak. Melalui penyatuan, negeri melayu yang kaya seperti Perak dapat membantu Pahang.
Kelemahan sistem Residen
Residen tidak mempunyai garis panduan dalam mentadbir negeri-negeri melayu. Dengan penggabungan, dipercayai dapat mengawal kuasa residen yang dikhuatiri mengatasi kuasa Gabenor.
Mengurangkan belanja pentadbiran.
Jika berasingan, ianya akan menelan belanja yang besar. Dengan penggabungan dapat menyelaraskan sistem residen masing-masing dan membaik pulih sistem perhubungan antara negeri.
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu)
1909, British dan Siam menandatangani Perjanjian Bangkok.
Mengikut perjanjian tersebut, 4 buah negeri di bawah naungan Siam akan diserahkan kepada British. Dengan penyerahan ini, Penasihat British telah diletakkan di setiap negeri.
Raja Melayu di NNMTB mempunyai kuasa yang lebih besar kerana kuasa Penasihat British tidak seluas kuasa Residen di NNMB.
Pengagihan Kuasa Pusat (Desentralisasi)
Faktor-faktor disentralisasi diperkenalkan
Sultan di NNMB tidak berpuas hati dengan pemusatan kuasa pentadbiran di tangan Pesuruhjaya Tinggi. Mereka kehilangan kuasa.
Pihak British ingin menyatukan negeri-negeri Melayu keseluruhannya. (NNS, NNMB, NNMTB)
Untuk mengurangkan perbelanjaan pentadbiran.
Wujud persaingan kuasa antara Residen Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi. Dalam hal ehwal pentadbiran.
Sistem pentadbiran pada zaman penjajahan Inggeris
Sistem Residen
- ( 1874 - 1888 )
- perak , selangor , negeri sembilan
dan pahang
negeri negeri selat
- 1826
- pulau pinang , melaka , singapura
negeri negeri melayu bersekutu
- 1896
- perak , selangor , negeri sembilan ,
pahang
negeri negeri melayu tidak bersekutu
- 1909 - 1919
- perlis , kedah , kelantan , johor
disentralisasi
- 1920an
- semua negeri di semenanjung malaysia
PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN
Penentangan di Naning
(Dol Said)
Penentangan di Selangor
(Raja Mahdi)
Penentangan di Perak
(Dato Maharaljalela
Penentangan di Pahang(Dato Bahaman, Tok Gajah)
Penentangan di Kelantan
(Tok Janggut)
Penentangan di Terengganu
(Hj Abdul Rahman Limbong)
Penentangan di Sarawak
(Rentap, Sharif Masahor)
Penentangan di Sabah
(Mat Salleh, Rundum)
Perjuangan diperingkat daerah dan negeri
Naning
Perak
Dol Said
Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor
Pahang
Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah
Kelantan
Tok Janggut
Sarawak
Rentap, Sharif Masahor, Abdul Ghapur, Banting, Asun
Sabah
Mat Salleh, Antanum
8 Disember 1941- Jepun menyerang Tanah Melayu
Faktor-faktor kejayaan Jepun
Pihak British kurang bersedia
Mereka menyangka Jepun akan memulakan serangan dari arah selatan (Singapura) kerana pusat pentadbiran di sana.
Kelewatan tentera bantuan dari London dan India
Kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh British.
Jepun menyerang melalui jalan laut
Pertahanan British terlalu lemah terutama selepas 2 kapal perang mereka ditenggelamkan oleh tentera Jepun
Persediaan Jepun yang lengkap
Mereka membuat pengintipan sebelum serangan. Maklumat tentang kubu, landasan kapal terbang diperoleh dahulu.
Tentera Jepun cukup terlatih
Mempunyai teknik peperangan yang baik. Sanggup berbasikal meredah hutan. Sikap tentera British yang tidak berdisiplin dan tidak bersemangat.
Kesan sosial
Penindasan terhadap orang Cina kerana Jepun sedang bermusuhan dengan China.
Pemuda tempatan menjadi buruh paksa untuk membina Landasan Kereta Api Maut (Thai ke Burma)
Kekurangan beras ekoran sistem perdagangan yang antarabangsa yang kacau bilau.
Masalah kesihatan akibat makanan yang tidak berkhasiat dan kurang bekalan perubatan.
Layanan Jepun yang berat sebelah kerana mereka membenci China.
Kesan ekonomi
Kemerosotan ekonomi pada peringkat individu dan keluarga.
Perusahaan biji timah dan getah merosot akibat berlaku kemusnahan pada lombong. Kemusnahan akibat serangan Jepun sebelum ini.
Barangan keperluan sukar diperoleh seperti ubat. Barang menjadi mahal.
Nilai mata wang jatuh dengan teruk. Mata wang pisang yang digunakan tidak bernilai kerana mudah dicetak semula.
Kesan politik
Memberi kesedaran politik kepada penduduk tempatan untuk mencapai kemerdekaan.
Orang melayu mendapat banyak peluang dalam bidang pentadbiran. Mereka lebih berkeyakinan untuk mentadbir sendiri.
Mendapat kesedaran mengenai kelemahan orang British.
Melahirkan semangat nasionalisme. Kaum Cina juga aktif berpolitik dan wujudnya PKM