Bab 3 :Sistem dan Struktur Pentadbiran Negara

Federalisme

K.C. Wheare (1953) – kaedah untuk membahagikan kuasa kepada 2 peringkat kerajaan–kerajaan pusat

Herman Finer - kuasa dibahagi 2 peringkat–pusat & negeri. Setiap peringkat kerajaan, tidak berhak mengambil kuasa yang telah diberikan kepada setiap tingkat kerajaan tersebut

Riker - 2 peringkat kerajaan. Sistem ini tidak perlu melihat dari aspek perundangan tetapi perlu melihat kpd aspek ekonomi, sosial, budaya & politik sesebuah masyarakat

Ciri-ciri

Pembahagian kuasa berdasarkan perlembagaan bertulis

Kuasa yang tinggi

Hubungan langsung dengan rakyat

Pengesahan kuasa dari rakyat

Tidak boleh ubah hubungan ini sendiri

Faktor Kejayaan Sistem Federalisme

Terdapat Perlembagaan
Bertulis

Keperluan kepada pertahanan bersama

Wujudnya kepimpinan & negarawan yang bijak

Faktor Kegagalan Sistem Federalisme

Ketidaksesuaian

Isu bahasa & kebudayaan

Kedudukan geografi

Ketidakseimbangan kuasa

Demokrasi Berparlimen di Malaysia

Maksud

Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Raja-Raja Melayu pula menjadi lambang taat setia rakyat. Melalui sistem ini rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Dalam pilihan raya, rakyat berhak menyokong, mengekal atau menukarkan kerajaan yang sedia ada dalam proses pengundian semasa pilihan raya

Ciri-ciri pemerintahan Demokrasi Berparlimen

Perlembagaan

Raja Berperlembagaan

Kuasa Pemerintahan

Pilihan Raya

Pegawai-pegawai yang dibenarkan
memasuki tempat mengundi

Ahli dan Pegawai Suruhanjaya Pilihanraya

Ketua tempat mengundi.

Calon-calon dan wakil calon.

Ejen-ejen mengundi dan ejen mengira undi.

Mereka yang dibenarkan SPR.

Syarat-syarat kelayakan bagi seorang pemilih untuk mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya

Warganegara

Berumur tidak kurang 21 tahun pada tarikh kelayakan

Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia

Tidak hilang kelayakan

Perkara yang menghilangkan kelayakan
calon wakil kawasan pilihan raya negeri

Disahkan tidak sempurna akal

Muflis

Memegang suatu jawatan berpendapatan (jawatan kerajaan)

Disabitkan kesalahan dan dihukum penjara tidak kurang satu tahun atau didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan masih belum menerima pengampunan

Undang-undang dan peraturan
pilihanraya

Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Negeri

Akta Pilihanraya 1958

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954

Peraturan-peraturan (Perjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya 1981

Fungsi Suruhanjaya Pilihanraya

Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian-bahagian
pilihan raya

Menjalankan urusan pendaftaran dan penyemakan daftar
pemilih

Menjalankan pilihanraya umum dan pilihanraya kecil.

Mendaftarkan calon-calon yang bertanding dan memastikan calon-calon memenuhi kriteria dan kelayakan yang diperlukan

Majlis Raja-Raja

Memilih Yang diPertuan Agong dan Timbalan Yang diPertuanAgong

Memberi persetujuan atau enggan memberi persetujuankepada mana-mana undang-undang atau memberi nasihat tentang pelantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja

Berunding dalam perkara pelantikan sebelum dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri

Badan Kehakiman

Mendengar dan menentukan perkara sivil dan jenayah

Menentukan kesasihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badan pelaksana

Mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri

Ditubuhkan formalnya tahun 1948 Persekutuan Tanah Melayu. Sembilan Negeri Melayu dan dua negeri selat

Majlis merupakan satu satunya institusi rupa wujud di dunia papda masa ini. Negara mencapai kemerdekaan, majlis raja raja dikanunkan mengikut perkara 18 perlembagaan persekutuan fungsi mengikut jadual kelima perlembagaan persekutuan seperti memilih YDPA dan timbalan yang di pertuan agong bagi persekutuan ikut peruntukan jadual ketiga, setuju atau tidak undang-undang dan buat atau beri nasihat mengenai perlantikan menurut perlembagaan memerlukan persetujuan majlis raja-raja

Pilihan Raya

Satu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan baik di peringkat persekutuan ataupun negeri. Proses untuk memilih wakil rakyat yang akan memerintah sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan. Dilakukan secara sulit. Calon dapat banyak undi dikira menang

Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi, mengekalkan pucuk pimpinan, pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan, meneruskan legasi negara demokrasi berparlimen, memberi peluang kepada rakyat untuk memilih dan menukar pucuk pimpinan, menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam sebuah organisasi dan komuniti politik

Fungsi SPR

Mengkaji dan membuat persempadan bahagian pilihan raya, menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilih, menjalankan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil,
mendaftar calon calon yang bertanding dan pastikan calon tersebut memenuhi kriteria dan kelayakan yang diperlukan