Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SISTEM PENILAIAN TIDAK FORMAL, MOHAMAD FAIZUL BIN MD. SALEH (254427) …
SISTEM PENILAIAN TIDAK FORMAL
:star: PEMERHATIAN
• Bertujuan untuk mendapatkan maklumat bagi membuat interpretasi dan menerangkan tingkah laku klien.
• Pemerhatian berstruktur memerlukan peraturan yang membantu data dan tafsiran yang boleh dipercayai manakala tidak berstruktur pula hanya membantu penyelidik untuk mengenal pasti pemboleh ubah dan tingkah laku semasa kajian dijalankan.
• Tiga tahap yang digariskan dalam kaedah pemerhatian adalah pemerhatian untuk maklumat biasa, pemerhatian berpandu dan pemerhatian klinikal.
AUTOBIOGRAFI :star:
• Laporan bertulis tentang kehidupan seseorang mengikut pandangannya sendiri yang meliputi perasaan, pemikiran dan aspirasi hidupnya.
• Kajian menyatakan bahawa tiada perbezaan antara bentuk autobografi iaitu berstruktur dan tidak berstruktur.
• Tafsiran yang panjang perlu dilakukan bagi meneliti sejarah dan latar belakang klien.
:star:TEKNIK LUKISAN
• Seni visual yang berfungsi sebagai rawatan serta penilaian kerana individu meluahkan perasaan terpendam dalam minda bawah sedar dan sesuai digunakan kepada kanak-kanak.
• Terdapat beberapa kategori lukisan bagi kanak-kanak untuk luahkan perasaan mereka seperti lukisan Orang, Keluarga dan Pokok-Rumah-Orang.
• Kaunselor dapat memperoleh maklumat dengan lebih mudah serta dapat memberikan keselesaan kepada klien untuk menceritakan tentang masalahnya.
:star:REKOD ANEKDOT
• Digunakan bagi memperoleh data tanpa ujian kerana ia merupakan keterangan ringkas berkaitan peristiwa yang penting bagi pemerhati.
• Rekod anekdot ditulis pada kad bersaiz 3’’X5’’ yang terkandung nama pemerhati, masa, tarikh dan tempat pemerhatian.
• Rekod dijadikan sumber untuk kaunselor bagi memahami klien lebih teperinci sekiranya rekod ditulis dengan lengkap.
:star:SOAL SELIDIK
• Digunakan bagi mendapatkan data klien dari segi fakta, kepercayaan, perasaan dan keperluan individu.
• Dua jenis soal selidik yang digunakan ialah berstruktur dan tidak berstruktur.
• Soal selidik berstruktur menyediakan rangsangan iaitu dengan menandakan kenyataan benar atau salah manakala tidak berstruktur hanya menyediakan ruang kosong untuk diisikan oleh klien.
KAEDAH GENOGRAM :star:
• Digunakan untuk mendapatkan data klien melalui rajah pokok sebuah keluarga yang digambarkan mengikut pertalian dan pekerjaan tiga generasi.
• Kaunselor perlu bimbing klien untuk membuat penerokaan zaman pertumbuhan klien berkaitan dengan masalah yang diceritakan.
• Membantu kaunselor memahami klien dari sudut sosial, psikologi, budaya dan ekonomi
:star: TEKNIK SOSIOMETRI
• Melihat penerimaan kelompok terhadap individu manakala ukuran sosiometri bertujuan bagi menilai kriteria tertentu seseorang.
• Dua kaedah digunakan ialah ujian yang mempunyai tujuan tertentu bagi mengukur hubungan sosial manakala kaedah kedua iaitu tidak mempunyai tujuan tertentu yang menggunakan soal selidik.
KAEDAH TEMU BUAL :star:
• Dijalankan melalui soalan yang dirancang serta memerhati gerak laku untuk kesahan maklumat yang diberikan.
• Teknik komunikasi kaunseling digunakan semasa permulaan sesi dan membina hubungan supaya mendapat keyakinan klien.
:star: KAD MENEROKA MINAT
• Fokus kepada minat kerjaya.
• Kaedah ini dijalankan dengan menyusun kad pekerjaan mengikut keutamaan minat, kemahiran, nilai dan idea klien
KAJIAN KES :star:
• Kajian kepada analisis yang mendalam dan intensif tentang individu merangkumi nama, tarikh lahir, keluarga dan lain-lain.
• Data kajian kes dianggap lengkap dan boleh digunakan kaunselor dalam menyelesaikan masalah klien.
MOHAMAD FAIZUL BIN MD. SALEH (254427)
TUGASAN 1 (PENAMBAH BAIK)