Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kemerdekaan dan pembentukkan Malaysia - Coggle Diagram
Kemerdekaan dan pembentukkan Malaysia
Nasiolisme
perasaan akan cinta bangsa dan negara sendiri
Mencapai kebebasan ekonomi dan politik dari kuasa asing
Kebangkitan semangat nasiolisme mengikut kaum
Nasiolisme kaum melayu
nasiolisme masyarakat melayu berkembang mengikut tahap
keagamaan (1906-1926)
Sosial dan ekonomi (1926-1938)
Politik(mulai tahun 1938)
Nasiolisme Melayu dipengaruhi
oleh 3 golongan utama
Golongan berpendidikan islam
Golongan berpendidikan melayu
Golongan berpendidikan Inggeris
Tahap keagamaan
Dipengaruhi gerakan reformis islam yang sedang berlansung di timur tengah
Kumpulan ini memperjuangkan konsep pan islam iaitu pembebasan agama islam dari fahaman kuno
Di tanah melayu mereka menggelarkan diri mereka kaum muda dan menerbitkan beberapa buah majalah untuk menyebarkan ideologi mereka
Kaum muda menggalakkan menubuhkan persatuan persatuan untuk membangunkan,masyaralat,liberalisasi dalam pendidikan agam, kebebasan kaum wanita dan pemodenan
Meningkatkan kemajuan orang islam
Kembali ke ajaran islam yang sebenar
Mendapat tentangan dari kaum tua yang terdiri dari elit melayu dan ulama
Tahap sosial dan ekonomi
Lebih bersikap sekular dan fokus kepada sosioekonomi orang melayu
Dipelopori oleh golongan elit Melayu yang mendapat pendidikan Inggeris dan pendidikan Melayu terutama dari Maktab Perguruan Sultan Idris.
Perjuangan ini melahirkan beberapa kesatuan. Kesatuan ini berperanan memastikan orang Melayu tidak ketinggalan memperoleh manfaat atas sebarang permodenan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Tahap politik
Memperjuangkan konsep ‘Tanah Melayu untuk Orang Melayu’.
Lebih banyak persatuan-persatuan Melayu lahir di setiap negeri dan mempunyai motif yang sama.
Walaubagaimanapun, bagi golongan lebih radikal mereka telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM).
Ianya memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dan penyatuan dengan Indonesia untuk membentuk ‘Melayu Raya’.
Perjuangan KMM kurang mendapat sambutan kerana konsep penyatuan dengan Indonesia dianggap terlalu radikal dan sukar diterima orang Melayu.
perjuangan peringkat keseluruhan nasiolisme china
Semangat nasionalisme orang Cina telah lama wujud namun perjuangan mereka lebih kepada pergolakan politik di negara China.
Kewujudan Gerakan Pembaharuan di negara China : tujuan untuk membawa kemodenan kepada Negara China.
Gerakan Revolusioner (Dr. Sun Yat Sen) yang menentang kekejaman oleh kerajaan Manchu.
Parti Kuomintang yang memperjuangkan semangat penyatuan negara China serta pengukuhan negara melalui perindustrian dan pemodenan.
Masyarakat Cina di Tanah Melayu menubuhkan Parti Komunis Malaya yang bermatlamat menubuhkan sebuah Republik Komunis Malaya.
perjuangan keseluruhan semangat nasiolisme india
Selepas Perang Dunia Kedua, masyarakat India menumpukan perhatian kepada pergolakan politik di Tanah melayu.
Isu yang mempengaruhi semangat nasionalisme orang India ialah:
Kegiatan antikolonial dalam kalangan orang Punjabi. Kegiatan ini dipengaruhi oleh Pergerakan ‘Ghadr’ yang bertujuan menghalau British daripada India
Lahir parti-parti yang bertujuan membela nasib kaum India. Contoh: Persatuan India Taiping, Persatuan India Selangor.
Perjuangan Central Indian Association of Malay ditubuhkan pada Oktober 1936 merupakan gabungan 12 buah persatuan India dan 4 buah dewan perniagaan India dengan tujuan memperjuangkan kemajuan dan kepentingan politik orang India di Tanah Melayu.
Turut dipengaruhi oleh Gerakan Kebangsaan yang dipelopori oleh Mahatma Gandhi yang memperjuangkan semangat pemulauan British dan beroleh kemerdekaan pada tahun 1947.
Perjuangan melalui akhbar dan majalah
Al imam
Al ikhwan
saudara
warta malaya
utusan melayu
Majlis
Warta sarawak
Kesatuan malayan union
British kembali ke Tanah Melayu setelah Jepun berundur dari Tanah Melayu ekoran kekalahan dalam Perang Dunia Kedua.
British memperkenalkan satu sistem pentadbiran baharu yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Malaya/Malayan Union.
Rancangan Kesatuan Malaya/Malayan Union telah diluluskan oleh Parlimen British pada 10 Okt 1945. 12 Okt 1945, Sir Harold Mac Micheal dilantik sebagai wakil British untuk mendapatkan tandatangan daripada 9 orang raja-raja Melayu. Kesatuan Malaya diluluskan secara rasmi pada Januari 1946.
Tujuan malayan union
Penyatuan wilayah-wilayah pentadbiran berasingan dan meningkatkan kecekapan Pentadbiran. (wilayah-wilayah yang berasingan seperti NNMB, NNS dan NNMTB memerlukan perbelanjaan yang besar dan tidak seragam).
British menyimpan perasaan anti-Melayu atas sebab orang Melayu bekerjasama dengan Jepun sebelum ini.
Percubaan British ke arah pemerintahan sendiri oleh rakyat temapatan tetapi mengikut ciri politik British.
Sebagai langkah penyatuan politik- penubuhan Malayan Union adalah untuk mengintegrasi kaum Cina, India dan Melayu menjadi komuniti yang kuat.
Syarat syarat utama malayan union
Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan dibawah pemerintahn Gabenor British.
Singapura dikeluarkan daripada persekutuan dan dijadikan tanah jajahan Mahkota British.
Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan kecuali isu berkaitan agama dan adat resam Melayu.
Hak kerakyatan sama rata.
Setiap negeri akan dilantik seorang Pesuruhjaya Negeri yang menjadi ketua pentadbir.
Penentangan terhadap malayan union
Kehilangan kedaulatan raja
Pemberian kerakyatan secara jus soli
Malayan Union digubal tanpa mendapatkan pandangan daripada orang Melayu.
Kaedah Sir Harold Mac Micheal mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu.
Orang Melayu menunjukkan penentangan melalui akhbar seperti Utusan Melayu dan Majlis. Kemudian memulau segala aktiviti Malayan Union.
Malayan Union tetap dilancarkan pada 1 April 1946 tetapi rakyat memulaukan dengan tidak menghadiri majlis pelantikan Gabenor dan berkabung selama seminggu.
Oleh kerana terlalu banyak tentangan, Sir Edward Gent terpaksa membuat rundingan dengan raja-raja Melayu dan Dato’ Onn Jaafar.
Malayan Union dibatalkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Persekutuan tanah melayu
9 buah negeri serta Pulau Pinang dan Melaka terlibat dalam Persekutuan Tanah Melayu. Namun Singapura menjadi tanah jajahan berasingan.
Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.
Sultan diberi semula hak dan kuasa ke atas negeri masing-masing tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri.
Kerajaan negeri diberi hak ke atas perkara kesihatan, pendidikan, tanah dan pertanian.
Syarat warganegara diketatkan iaitu seseorang pemohon mestilah telah lahir dan bermastautin selama 8 tahun dari 12 tahun di Tanah Melayu. Seorang pemohon asing mestilah pemastatutin selama 15 tahun dari 20 tahun. Umur minimun bagi kedua-dua kes adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan bahasa Melayu yang baik.
Orang melayu diberi hak-hak istimewa sebagai kaum Bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan.
Parti parti utama
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Kongres India Malaya (MIC)
Persatuan Cina Malaya(MCA)
Parti Perikatan
Pertubuhan kebangsaan malaya bersatu(UMNO)
Ditubuhkan pada 11 Mei 1946 oleh Dato’ Onn Jaafar.
Antara matlamat UMNO ialah:
Penentangan terhadap Malayan Union.
Menyatupadukan orang Melayu dan mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu.
UMNO telah muncul sebagai parti yang mewakili kaum Melayu yang terkuat dan memainkan peranan yang penting semasa tuntutan kemerdekaan.
kongres india malaya(MIC)
Memupuk dan memelihara kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum India di Tanah Melayu.
Memperjuangkan kepentingan politik bersama bagi seluruh Tanah Melayu.
Mewakili kaum India dalam menyampaikan pendapat kepada kerajaan.
Pada April 1955, MIC telah masuk ke dalam gabungan UMNO dan MCA.
kongres cina malaya (MCA)
Melindungi hak dan kepentingan orang Cina
Memelihara keharmonian kaum dalam sebuah negara bersatu.
Pada tahun 1952, MCA dan UMNO telah membentuk gabungan yang dipanggil Parti Perikatan. (PERIKATAN)
Parti perikatan
Dalam pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952, kepimpinan parti UMNO Selangor dan MCA Kuala Lumpur telah mengambil keputusan untuk membentuk kerjasama melalui pembentukan satu pakatan parti pelbagai kaum. Dalam pilihanraya ini mereka memenangi 9 kerusi dari 12 kerusi.
Berdasarkan pencapaian pakatan ini, telah menghasilkan satu formula untuk membentuk kerjasama antara kaum bagi kepentingan bersama.
Gabungan UMNO-MCA-MIC dalam Parti Perikatan menggambarkan kerjasama antara 3 kaum majoriti di Tanah Melayu.
Kemerdekaan
1955- kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Umum
1956- Tunku Abd Rahman serta rombongan pergi ke London untuk membuat rundingan tentang kemerdekaan.
Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956.
Rundingan kemerdekaan 1956
Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman bersama satu rombongan telah ke London untuk membuat rundingan tentang kemerdekaan.
Hasil rundingan ini, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956. Perjanjian ini menyatakan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957.
Suruhanja reid
Hasil rundingan ini, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956. Perjanjian ini menyatakan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957.
Ianya diketuai oleh :
Lord Reid
Ivor Jennings (United Kingdom)
William Mackell (Australia)
B. Malik (India)
Halim Abdul Hamid (Pakistan)
Suruhanjaya Reid
Proses penggubalan ini dilakukan dengan mengambil kira pandangan penduduk Tanah Melayu termasuk 131 memorandum bertulis yang telah diterima daripada orang perseorangan dan pertubuhan.
Pada 15 Ogos 1957, perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diluluskan dan berkuatkuasa pada 27 Ogos 1957.
Manifestasi terpenting dalam mengenai kemerdekaan ini ialah ia merupakan persefahaman antara orang Melayu dan orang bukan Melayu.
Orang Melayu bersetuju melonggarkan syarat kerakyatan kepada orang bukan Melayu dan orang bukan Melayu harus akur dengan keistimewaan terhadap orang Melayu.
Perlembagaan tanah melayu
Yang di-Pertuan Agung sebagai ketua negara.
Ketua kerajaan ialah Perdana Menteri.
Sebuah Parlimen dibentuk.
Syarat kewarganegaraan diketatkan.
Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.
Agama Islam dijadikan agama Persekutuan tetapi kebebasan beragama dibenarkan.
Faktor-faktor Penubuhan Malaysia
Mengelakkan ancaman dan pengaruh komunis
Perkongsian faedah ekonomi.
Menjaga hak dan kepentingan kaum bumiputera.
Memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei.
Membela masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Gagasan Malaysia
Pada 27 Mei 1961 Tunku Abd Rahman telah berlangsung di Singapura semasa majlis makan tengah hari di hadapan Persatuan Wartawan Luar Negeri Di Asia Tenggara.
Menarik perhatian para wartawan dan kemudian menimbulkan pelbagai reaksi yang positif dan negatif di Asia Tenggara terutama wilayah-wilayah terbabit.
Tanah Melayu dan wilayah-wilayah terbabit sukar untuk berdiri sendiri serta berasingan terutama dalam menghadapi sebarang persaingan di peringkat antarabangsa.
Idea untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dengan wilayah jajahan British (Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei).
Akhbar-akhbar di seluruh Asia Tenggara juga turut membahaskan isu ini.
Tunku Abdul Rahman telah mengadakan beberapa pertemuan bersama tokoh-tokoh disetiap wilayah seperti Lee Kuan Yew (Singapura), Senu Abdul Rahman dan Perdana Menteri British (Harold MacMillan).
Contoh- contoh idea mengenai penggabungan wilayah
Idea awal Lord Brasey ialah cadangan
pencantuman Borneo & Tanah Melayu.
Idea kedua Sir Macolm Mac Donald
ialah Tiada reaksi kerajaan British.
Kesatuan Melayu Muda (KMM): Cadangan gabung Tanah Melayu & Indonesia Melayu Raya
Tan Sri Ghazali Shafie 1954 menyesyorkan penubuhan Komanwel di Asia Tenggara.
Tiada reaksi dari kerajaan British.
Lee Kuan Yew mengetengahkan hasrat Singapura untuk bergabung dengan Tanah Melayu sebagai satu wilayah politik- tidak mendapat perhatian dari kerajaan Perikatan.
Faktor-faktor penubuhan Malaysia
Mengelakkan ancaman dan pengaruh komunis
Memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei.
Perkongsian faedah ekonomi
Membela masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Menjaga hak dan kepentingan kaum bumiputera.
Mengelakkan ancaman dan
pengaruh komunis
Wujud banyak persamaan dari segi sejarah, undang-undang, ekonomi dan kewangan.
Boleh memberi kemerdekaan kepada Singapura lebih awal.
Gabungan dengan Singapura sebenarnya penting atas situasi politik dan keamanan.
Parti pimpinan Lee Kuan Yew mengalami kemerosotan akibat kalah dalam 2 pilihanraya kecil.
Pengaruh komunis telah merebak ke Singapura dan dikatakan menyusup ke dalam kelompok berhaluan kiri.
British berpendapat bahawa penggabungan dengan Singapura dapat membendung pengaruh komunis yang mula merebak di Sabah dan Sarawak juga.
Memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei
British berpendapat bahawa Sabah dan Sarawak belum bersedia untuk merdeka kerana suasana ekonomi dan politiknya yang kurang memuaskan.
Melalui penggabungan akan mempercepatkan kemerdekaan dan bumiputera Sabah dan Sarawak akan mendapat layanan yang lebih baik apabila menyertai Persekutuan sebagaimana yang dinikmati oleh orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.
Pemberian kemerdekaan oleh British ini akan mengurangkan pengaruh komunis dan seterusnya menjaga kepentingan ekonomi dan sosial British pada akan datang .
Perkongsian faedah ekonomi
Membantu mempertingkatkan pembangunan ekonomi dan perdagangan terutama di Sabah dan Sarawak yang masih belum maju dari segi ekonomi.
Tanah Melayu, Singapura dan Brunei menjadi penyumbang kepada negeri-negeri tersebut.
Hal ini kerana, Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah seperti bijih timah, manakal Brunei kaya dengan sumber minyak.
Pelabuhan Singapura pula akan lebih selamat sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia.
Membela masyarakat bumiputera di
Sabah dan Sarawak
Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di Sabah dan Sarawak dipegang oleh bangsa asing.
Rakyat tempatan kebanyakan terlibat dalam sektor pertanian sahaja.
Dengan penggabungan, Bumiputera Sabah dan Sarawak akan mendapat kedudukan dan keistimewaan bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Pembangunan ekonomi yang terancang dan galakan dari wilayah-wilayah anggota yang lain akan turut memberikan kesan terhadap pembangunan infrastruktur Sabah dan Sarawak.
Menjaga hak dan kepentingan kaum bumiputera di semua wilayah
Tunku Abd Rahman- gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah Borneo bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja.
Tunku Abd Rahman- gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah Borneo bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja.
Hal ini bermaksud, bagti menjamin kedudukan ornag Melayu dan Bumiputera tidak terancam, kemasukan Sabah dan Sarawak membolehkan kumpulan orang Melayu dan Bumiputera kekal sebagai kumpulan terbesar.
Justeru apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum Bumiputera termasuk Melayu akan menjadi 46.3% sementara orang cina menjadi 42.4%.
REAKSI
SABAH-Ada yang pro dan anti pada pembentukan Malaysia. Lahir beberapa parti dengan tujuan untuk menghalang pembentukan Malaysia dan mula berjuang untuk kemerdekaan Sabah. Awal 1963 sebahagian besar penduduk berubah fifkiran setelah menerima banyak penerangan.
BRUNEI-Pada mulanya Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong pembentukan Malaysia namun akhirnya mendapat tentangan dari Parti Rakyat Brunei yang diketuai A.M.Azahari
INDONESIA-Pada mulanya memberi
sokongan tetapi akhirnya menentang.
Penentangan kerana:
-Sukarno berhasrat tubuhkan empayar Indonesia Raya
-Persekutuan Tanah Melayu tidak berunding dengan Indonesia
FILIPINA
-Menentang sebab Filipina menuntut hak ke atas Sabah
-Tuntutan kerana dipecayai Sabah pernah terletak di bawah Kesultanan Sulu
-Kerajaan Bristish tentang sekerasnya tuntutan Filipina ke atas Sabah
-Hubungan diplomatik antara Filipina dan -Persekutuan Tanah Melayu terjejas.
Penduduk Sabah rela hati berada di bawah Malaysia.
SARAWAK -Tidak terlalu menentang kerana rakyat Sarawak mahukan kemerdekaan sendiri sebelum bergabung dengan Malaysia.
PROSES PEMBENTUKAN
Suruhanjaya Penyiasat Suruhanjaya Cobbold 1962.
Diketuai oleh Lord Cobbold dan di anggotai oleh David Waterson, Tan Sri Ghazali Shafie.
Tujuan:
-Menyiasat fikiran rakyat Borneo Utara dan Sarawak
-membuat syor-syor setelah menimbangkan idea penggabungan
Suruhanjaya juga mempelawa dan menerima surat-surat atau memorandum daripada orang ramai untuk menyuarakan pandangan mereka. Lebih 2000 memorandum telah diterima dari Sabah dan Sarawak.
Keputusan daripada penyiasatan ini, lebih 80% daripada penduduk Sabah dan Sarawak menyokonhg idea penggabungan ini.
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
Tujuannya ialah merangka & memperincikan Perlembagaan terutama berkaitan hak & kepentingan penduduk dari Borneo.
Diketuai oleh Lord Landsdowne. Ahli: Tun Abdul Razak dan wakil wilayah.
Referendum Singapura
Meninjau pendapat penduduk Singapura berhubung penubuhan Malaysia.
Laporan mendapati 71% rakyat bersetuju dengan penggabungan.
Kerajaan Singapura memberi 3 pilihan kepada rakyat Singapura dan secara keseluruhan rakyat memilih pilihan A.
Pilihan A: Rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah melayu
Pengisytiharan Malaysia
Kuala Lumpur
Tunku Abdul Rahman
Singapura
Lee Kuan Yew
Borneo Utara
Donald A. Stephans
Sarawak
Dato Stephen Kalong Ningkan
Isu Brunei
Pada peringkat awal Sultan Omar Ali Saifuddin bersetuju dengan pembentukan Malaysia namun pendiriannya berubah disebabkan oleh beberapa permintaan mereka yang tidak dipersetujui dan dipatuhi oleh pemerintahan Tanah Melayu.
Wujud pemberontakan bersenjata pada 8 disember 1962 terhadap kerajaan Brunei oleh Parti Rakyat Brunei dan disokong oleh Parti Komunis Indonesia.
Tunku Abd Rahman berpendapat bahawa kemasukan Brunei boleh menyebabkan pelbagai masalah politik.
Tuntutan Brunei
Menuntut 10 buah kerusi Parlimen.
Menguasai kesemua hasil minyak.
Memegang hasil autonomi hal-hal kewangan pada peringkat awal.
Mengekalkan semua pelaburannya.
Mengekalkan kadar percukaian yang rendah.
Meneruskan program pendidikan dan kebajikan.
Menuntut keselamatan Brunei dalam Malaysia terjamin.
Meminta agar kekuasaan baginda dalam Majlis Raja-raja dikira dari tarikh baginda menjadi sultan dan bukannya dari tarikh kemasukan Brunei ke dalam Malaysia.
Isu Singapura
Bagi memastikan rakyat Singapura tetap mendapat keselesaan selepas penggabungan, satu persetujuan telah dibuat yang termaktub di dalam Kertas Putih.
Antara persetujuan tersebut ialah
Aspek pertahanan, hubungan luar dan keselamatan akan menjadi tanggungjawab Persekutuan.
Soal Pendidikan dan tenaga buruh di bawah bidang kuasa kerajaan Singapura.
Jumlah perwakilan Singapura yang akan masuk ke dalam Dewan Rakyat iaitu seramai 15 orang.
2 tahun setelah penggabungan, hubungan
Tanah Melayu dan Singapura menjadi tegang.
Antara isu yang hangat ialah soal ekonomi,
parti dan perkauman.
Ekonomi
Singapura kecewa kerana setelah Malaysia ditubuhkan tidak banyak kemajuan ekonomi yang dicapai.
Parti dan perkauman
Parti Tindakan Rakyat( Lee Kuan Yew) ingin bertanding dengan Parti Perikatan.
PAP cuba menarik perhatian orang Cina bahawa MCA tidak mampu untuk membangun dan memajukan orang Cina.
Kempen telah dijalankan sehingga pergerakan PAP dianggap sebagai satu pencerobohan ke atas hak istimewa orang Melayu.
Keadaan ini telah mencetuskan rusuhan pada 21 Julai 1964.
Singapura memperjuangkan persamaan hak dan kempen “Malaysia untuk Orang Malaysia”.
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk meredakan keadaan namun tidak berjaya.
Pada bulan Ogos 1965, Singapura keluar daripada Malaysia.