Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
USUL FIQH - Coggle Diagram
USUL FIQH
DEFINISI
BAHASA
Perkataan usul fiqh merupakan murakkab idhafi yang terdiri daripada dua kalimah iaitu usul dan juga fiqh. Untuk kefahaman yang lebih jelas kami akan huraikan pengertian keduanya satu persatu.
ISTILAH
Usul fiqh ialah jalan-jalan fiqh, cara beristidlal dengannya dan apa yang dituruti cara istidlal
-
Usul fiqh ialah dalil-dalil yang didirikan ilmu fiqh di atasnya, dan yang sampai dengannya kepada dalil dalil ijmal.
-
Usul fiqh ialah dalil-dalil, cara dan martabat-martabatnya serta cara beristidlal
Usul fiqh ialah dalil-dalil yang menunjukkan atasnya dari aspek jumlah (menyeluruh) bukan secara terperinci.
Usul fiqh ialah dalil-dalil fiqh dan pandangan dalil-dalilnya atau hukum syara’ serta kaifiyat keadaan yang didalilkan dengannya dari aspek umum bukan secara terperinci.
PERKEMBANGAN
Usul fiqh telahpun wujud semenjak wujudnya fiqh itu sendiri. Selama mana di sana terdapat fiqh maka sudah pastilah usul, dhawabith, serta kaedah-kaedahnya turut wujud bersama. Akan tetapi, penulisan fiqh dilihat lebih terkehadapan dan lebih dahulu berbanding penulisan usul fiqh. Namun ini tidaklah bermakna ia tidak wujud melainkan setelah ia ditulis. Bahkan ia wujud lebih awal dari itu selari dengan keujudan fiqh itu sendiri.
KEPENTINGAN
Menjaga syariah islamiah. Ini kerana ilmu usul fiqh memelihara dalil-dalil pensyariatan daripada disalahguna oleh orang ramai. Sebagaimana ia juga turut menjaga hujah-hujah dan juga sandaran bagi hukum-hakam.
Dapat mengetahui sebab-sebab yang membawa kepada perbezaan pendapat dalam kalangan para ulama seterusnya dapat menjauhkan kita daripada sifat taksub kepada satu pendapat dan tokoh tertentu.
Membantu memberikan penjelasan tentang cara menghimpunkan di antara dalil-dalil yang dilihat terdapat percanggahan di antara satu sama lain pada zahirnya.
Menghalang daripada berlakunya pentafsiran nas-nas al-Quran dan juga al-Sunnah hanya semata-mata berpandukan akal dan juga hawa nafsu.
Memudahkan proses ijtihad serta memberikan hukum yang bersesuaian bagi setiap kejadian semasa yang berlaku.