Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pengajian Malaysia 2: Topik 2 Perlembagaan malaysia (Page 4) - Coggle…
Pengajian Malaysia 2: Topik 2 Perlembagaan malaysia (Page 4)
Perkara 3
1) Iaitu agama Islam ialah agama persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman di mana mana bahagian persekutuan.
2) Kebebasan beragama ini dijamin dalam
perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan
mengamalkan agamanya
3) Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi Perlembagaan Persekutuan juga memberi kebebasan kepada semua individu untuk mengamalkan agamanya sendiri.
4) Perkara 3 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan Majlis Raja-Raja bertindak sebagai Ketua Agama Islam di negeri masingmasing.
5) Majlis Agama Islam berperanan menasihati
raja mengenai hal ehwal agama Islam.
6) Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan
Malaysia undang-undang negeri dan undang undang Persekutuan boleh mengawal atau
menyekat apa-apa iktikad dalam kalangan orang islam
Kewarganaan
1) Perkara 14 hingga Perkara 22 perlembagaan
Persekutuan Malayasia menyenaraikan peruntukan-peruntukan pemerolehan
kewarganegaraan.
2) Seseorang itu boleh mendapatkan
kewarganegaraan melalui pelbagai cara iaitu seperti secara pendaftaran dan secara masukan
Kehilangan kewarganegaraan
Seorang warganegara boleh kehilangan
kewarganegaraan melalui 2 cara iaitu Individu tersebut menolak kewarganegaraan atau Kerajaan negara tersebut melucutkan kewarganegaraan atas sebab
1) Seorang individu telah menjadi warganegara asing
2) Membuktikan dia tidak setia melalui percakapan atau tindakan
3) Menderhaka terhadap kerajaan
4) Bermastautin dinegara asing melebihi 5 tahun secara berterusan tanpa mendaftar diri di Pejabat Konsul persekutuan
Hak istimewa orang melayu, bumi putera dan hak kaum-kaum lain.
1) Orang Melayu merupakan penduduk asal
negra ini.
2) Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan
Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai Seorang yang beragama Islam dan Bertutur Bahasa Melayu.
3) Antara perkara yang termasuk dalam soal hak
keistimewaan orang Melayu sebagai kaum Bumiputera adalah perkhidmatan awam, ekonomi dan pendidikan.