Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pengajian Malaysia 2: Topik 2 Perlembagaan Malaysia (Page 2) - Coggle…
Pengajian Malaysia 2: Topik 2 Perlembagaan Malaysia (Page 2)
Undang- Undang utama persekutuan
1) Perlembagaan ialah undang-undang utama
Persekutuan dan mana-mana undang-undang
yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak
sah setakat yang tidak selaras itu.
2) Kesahan mana-mana undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Badan Perundangan mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa undang-undang itu membuat peruntukan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengan Parlimen atau mengikut mana-mana yang berkenaan, Badan Perundangan Negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang kecuali dalam prosiding untuk mendapatkan suatu penetapan bahawa undangundang itu adalah tidak sah
3) Prosiding untuk mendapatkan penetapan
bahawa sesuatu undang-undang adalah tidak sah atas alasan yang disebut dalam Fasal (3) tidak boleh dimulakan tanpa kebenaran Hakim Mahkamah Persekutuan dan Persekutuan berhak menjadi satu pihakdalam mana-mana prosiding
Ketinggian perlembagaan
1) Tidak ada yang tertinggi kuasanya di Malaysia
melainkan Perlembagaan.
2) Tun Mohammed Suffian, Perlembagaan
Persekutuan Malaysia ialah yang tertinggi
Parlimen
Memperoleh kuasa daripada perlembagaan yang akan menentukan kuasa perundangan kerajaan persekutuan di satu pihak dan kepada tiap-tiap negeri di pihak yang lain
Perlembagaan
Menentukan perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang mengenainya
Kedudukan YDPA
Baginda sebagai ketua negara, lambang taat setia rakyat. Baginda adalah raja berpelembagaan iaitu bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.
Kuasa
perundangan
Dijalankan oleh berbagai-bagai badan perundangan tetapi tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan.
Kebebasan asasi
kerajaan tidak boleh membuang negara seseorang warganegara, tidak boleh menahan seseorang warganegara daripada pulang ke tanah airnya dan
sebagainya.
Pindahan Perlembagaan
Perkara 159
(4)
Sesetengah perkara boleh dipinda dengan suara
majoriti 2/3 dalam tiap-tiap majlis Parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari luar Majlis Parlimen
Perkara 161
(E)
Sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan
bagi Sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap Majlis Parlimen, jika
dipersetujui oleh yang Dipertua mana-mana negeri
Perkara-perkara yang pernah dipinda:
1) Pemisahan Singapura
2) Mengenai gender
3) Kekebalan Raja
4) Pengurusan bekalan Air
5) Kes rogol
Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri
Perlembagaan Persekutuan Malaysia
mempunyai ciri-ciri yang khas dan telah menjadikan perlembagaan sebagai undangundang negara yang menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyatnya.
Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan mengandungi 131
Perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi, kuasa
dan kedudukan YDPA dan sebagainya.
Perlembagaan Negeri
Perkara (71) Perlembagan Persekutuan
memperuntukkan kerajaan Persekutuan menjamin hak raja sesebuah negeri untuk mewarisi dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak perlembagaan dan
keistimewaan negeri itu mengikut perlembagaan negeri tersebut.
Peruntukan istimewa perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang terhasil sejak kemerdekaan masih mengekalkan peruntukan-peruntukan penting dalam perlembagaan seperti hak asasi, kewarganegaraan, hak istimewa orang
Melayu, agama, dan bahasa.