Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERLEMBAGAAN - Coggle Diagram
PERLEMBAGAAN
KONSEP
Perlembagaan menentukan apakah Perkara Persekutuan yang kerajaan Persekutuan boleh lakukan dan Perkara Negeri yang kerajaan negeri boleh lakukan.
Perlembagaan menentukan apakah perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang mengenainya. Contohnya undang-undang yang boleh dibuat oleh Parlimen ialah pertahanan, pelajaran, hal ehwal luar negara dan sebagainya. Jika parlimen campur tangan dalam pembentukan undang-undang di luar perkara Persekutuan maka undang-undang tersebut adalah tidak sah.
Kedudukan YDPA sebagai ketua negara, lambang taat setia rakyat, lambang negara, ketua Parlimen, ketua pemerintah dan sebagainya. Walau bagaimanapun ia tertakluk kepada halangan-halangan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Baginda adalah raja berperlembagaan iaitu bertindak mengikut nasihat jemaah Menteri.
Kerajaan tidak boleh membuang negara seseorang warganegara, tidak boleh menahan seorang warganegara dari pulang ke tanahairnya dan tidak boleh memaksa seseorang itu menjadi buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan mana-mana individu melainkan menurut undang-undang.
Kuasa kehakiman juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan. Kuasa YDPA sebagai ketiga-tiga cabang kerajaan (perundangan, pentadbiran dan kehakiman) juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.
-
DEFINISI
Perlembagaan ialah satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah Negara. Kini, Perlembagaan Malaysia mengandungi sebanyak 183 Perkara yang tergolong dalam 15 Bahagian. Antara kandungannya menyebut mengenai kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, bentuk dan tugas Yang di-Pertuan Agung, Parlimen, Kabinet.
KESIMPULAN
Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan asas penting dalam undang-undang negara. Tanpa perlembagaan, sistem pemerintahan dan kawalan sukar dilaksanakan. Hal ini bertunjangkan kepada pembentukan awal perlembagaan yang mendapat persetujuan ramai. Malah jika dilihat, sebenarnya perlembagaan merupakan dasar kepada pembentukan demokrasi berparlimen di Malaysia. Maka dengan itu diharap setiap warganegara sama ada pemerintah dan rakyat mendapat hak masing-masing dan pembelaan sewajarnya.