Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
C2. Peruntukan Istimewa Perlembagaan - Coggle Diagram
C2. Peruntukan Istimewa Perlembagaan
Kedudukan Keistimewaan Raja-Raja
Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi sebagai tempat bagi Raja dan Yang Dipertua Negeri
Fungsi utama Majlis Raja-Raja
Memilih YDPA dan Timbalan YDPA
Mempersetujui atau tidak apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan
Melantik anggota Mahkamah Khas
Memberi ampun
Kuasa Budi Bicara
Memilih atau memecat YDPA
Memberikan nasihat mengenai apa-apa pelantikan
Keahlian dan Mesyuarat
Semua raja dan Yang Dipertua Negeri automatik menjadi ahli Majlis Raja-Raja
Kehadiran adalah mustahak.
tidak hadir = hantar wakil
YDPA ukan seorang ahli Majlis Raja-Raja
HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU, BUMIPUTERA
Syarat:-
+Beragama Islam
+Bertutur bahasa melayu
+Mengamalkan adat istiadat Melayu
+Lahir sebelum atau pada hari merdeka di Persekutuan atau Singapura
Perkhidmatan Awam
TDPA bertanggungjawab untuk menentukan perizaban bagi orang melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
Ekonomi
Kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) supaya harap-harap orang Melayu dapat memegang sekurang-kurangnya 30% dalam perdagangan
Pendidikan
Berkaitan biasiswa, bantuan dan keistimewaan pelajaran dan lain-lain kemudahan pelajaran yang diadakan oleh kerajaan
KEWARGANEGARAAN
DUA GOLONGAN MEMPEROLEH KEWARGANEGARAAN
a) INDIVIDU YANG DILAHIRKAN
SEBELUM HARI MALAYSIA
b)
i) WARGANEGARA PERSEKUTUAN
1957 PEROLEH SECARA
PENDAFTARAN
ii) LAHIR 31 OGOS 1957 SEHINGGA
OKTOBER 1962
MEMPEROLEH JIKA
IBUBAPA WARGANEGARA
iii) LAHIR DI LUAR PERSEKUTUAN
SEMASA ATAU SELEPAS
MERDEKA MEMPEROLEH, JIKA
BAPA WARGANEGARA
ATAU BERKHIDMAT DENGAN
KERAJAAN PERSEKUTUAN
AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN
Perkara 3(1):Perlembagaan Persekutuan- Agama Islam Adalah Agama Rasmi Persekutuan
Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam- Menyelaraskan Pentadbiran Hal Agama Islam
Perkara 3(2) Raja Atau Sultan- Ialah Ketua Agama Islam Bagi Negeri Masing-Masing
Perkara 11(4): Undang-Undang Negeri Dan Persekutuan Diberikan Kuasa Untuk Mengawal Atau Menyekat Kepercayaan Agama Lain Kepada Penganut Agama Islam.
Perkara 12(2): Kuasa Untuk Menubuhkan Institusi Islam Diperuntukan Kepada Persekutuan Atau Sesuatu Negeri
Hak Asasi
KEBEBASAN DIRI
KEBEBASAN DARIPADA PENGABDIAN DAN HAK SESEORANG YANG DITANGKAP HENDAHLAH DIBERITAHU SEBAB DITANGKAP
KESAMARATAAN DI SISI UNDANG-UNDANG
SEMUA ORANG SAMA DI SISI UNDANG-UNDANG DAN BERHAK MENDAPAT PERLINDUNGAN YANG SAMA KECUALI PERKARA 153 YANG MEMPERUNTUKAN LAYANAN ISTIMEWA BAGI ORANG MELAYU DAN KAUM BUMIPUTERA
BURUH PAKSA
SEGALA JENIS KERJA PAKSA ADALAH DILARANG KECUALI PERKHIDMATAN KERAHAN SEPERTI KERJA BERKAITAN HUKUMAN PENJARA
LARANGAN BUANG NEGERI
DAN
KEBEBASAN BERGERAK
TIDAK SEORANG PUN WARGANEGARA BOLEH DIBUANG NEGERI ATAU DITAHAN DARIPA MASUK KE DALAM PERSEKUTUAN
KEBEBASAN BERSUARA
WARGANERA BEBAS BERCAKAP, BERHIMPUN DAN MENUBUHKAN PERSATUAN BERDASARKAN UNDANG-UNDANG
KEBEBASAN BERAGAMA
RAKYAT BERHAK MENGAMALKAN
AGAMA MASING-MASING
Perlembagaan
adalah undang-undang tertinggi.
Sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat.
Merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara.
Merupakan prinsip2 yang menentukan bagaimana sesebuah negara itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang2, adat atau peraturan
bermatlamat memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat.
Sejarah Perlembagaan
pertama kali dikenali sebagai Perlembagaan Tanah Melayu pada hari kemerdekaan dicapai
16 September 1963, Perlembagaan Tanah Melayu diubah kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
April 1946, British memperkenalkan Malayan Union namun bentuk pemerintahan itu mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu
1948, satu lagi bentuk pentadbiran diperkenalkan oleh British dikenali sebagai
Perjanjian Persekutuan 1948.
Kerajaan pusat akan terdiri daripada seorang Pesuruhjaya Tinggi British, sebuah Majlis Mesyuarat dan sebuah Majlis Perundangan.
Majlis perundangan terdiri daripada anggota rasmi yang dilantik oleh pesuruhjaya Tinggi British.
Hasil dari perjanjian ini, pada 1 Februari 1948, lahir satu perlembagaan yang baharu dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
1955, Parti Perikatan menuntut agar pihak British mengadakan satu Persidangan Perlembagaan di London
berjaya menubuhkan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu:
Lord Reid (England)
Sir Ivor Jennings( UK)
Sir William Makell (Australia)
B. Malik (India)
Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
Suruhanjaya ini juga dikenali sebagai Suruhanjaya Reid.
Suruhanjaya Reid
Mengadakan referendum dalam kalangan semua penduduk tanah Melayu.
Oktober 1956, menerima 131 cadangan daripada penduduk Tanah Melayu.
31 Ogos 1957, draf perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah dikuatkuasakan hingga ke hari ini dengan beberapa pindaan telah dilakukan.
Contoh pindaan yang telah dibuat ialah Akta Malaysia yang diluluskan pada 1963 meminda Perkara 1 (1) dan (2) untuk kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukarkan nama Persekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia.
Peranan Perlembagaan
Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil.
Kewujudan perlembagaan dari segi sejarah berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seprti hak istimewa orang melayu dan agama islam. Contoh perkara 3.
Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.
Perlembagaan bukan sahaja memberi kuasa kepada pemerintah, tetapi juga kepada rakyat. Ianya secara tidak langsung membentuk pembahagian kuasa dan mengelakkan dominasi oleh pihak tertentu.
Alat untuk menyelesaikan masalah.
Perlembagaan adalah undang-undang paling tinggi di negara. Ianya menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang Persekutuan dan Negeri.
Menjamin riwayat negara bangsa.
Perlembagaan akan mengekalkan identiti negara bangsa Malaysia kerana melalui perlembagaan, sistem pentadbiran dapat dilaksanakan.
Menjamin keamanan dan kestabilan negara.
Ianya terbukti apabila terdapat sekatan-sekatan dalam perlembagaan yang mengawal pergerakan setiap warganegara walaupun mereka diberi kebebasan.
Bentuk-bentuk Perlembagaan
Terbahagi kepada dua
Perlembagaan bertulis
bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam sesebuah dokumen.
Kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut
Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan tetapi dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi.
Mahkamah mempunyai kuasa mentafsir undang-undang dan melindungi perlembagaan.
Perlembagaan tidak bertulis
semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen. Contohnya keputusan-keputusan mahkamah.
Keluhuran Perlembagaan
Keluhuran perlembagaan adalah salah satu prinsip dalam Rukun Negara.
Luhurnya Perlembagaan Malaysia dapat dilihat melalui perspektif berikut
Undang-undang utama Persekutuan
Ketertinggian Perlembagaan
Pindaaan Perlembagaan
Hubungan Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan
Undang-Undang Utama Persekutuan
Undang-Undang Yang Diluluskan Selepas Hari Merdeka Yang Tidak Selaras Dengan Perlembagaan Adalah Tidak Sah Yang Tidak Selaras Itu
Undang-Undang Negeri Akan Terbatal Jika Terdapat Percanggahan Diantara Undang-Undang Negeri Dan Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan Akan Jadi Rujukan Utama Jika Terdapat Percanggahan Undang-Undang Antara Negeri Dan Persekutuan
Ketertinggian Perlembagaan
Tidak ada yang tertinggi kuasanya di Malaysia melainkan Perlembagaan Persekutuan.
Tun Mohammed Suffian: Perlembagaan Perskeutuan Malaysia adalah yang tertinggi.Ketertinggian itu dapat dilihat melalui Map dibawah
Parlimen
Memperoleh kuasa daripada perlembagaan yang akan menentukan kuasa perundangan kerajaan persekutuan di satu pihak dan kepada tiap-tiap negeri di pihak yang lain. Perlembagaan menentukan perkara persekutuan yang kerajaan persekutuan boleh lakukan dan perkara negeri yang kerajaan negeri boleh lakukan.
Perlembagaan
Menentukan perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang mengenainya. Contohnya pelajaran dan pertahanan.
Kedudukan YDPA
Baginda sebagai ketua negara, lambang taat setia rakyat. Baginda adalah raja berpelembagaan iaitu bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.
Kuasa Perundangan
Dijalankan oleh berbagai-bagai badan perundangan tetapi tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan.
Kebebasan Asasi
kerajaan tidak boleh membuang negara seseorang warganegara, tidak boleh menahan seseorang warganegara daripada pulang ke tanah airnya dan sebagainya.
Pindaan Perlembagaan
Sebarang Perkara Hanya Boleh Dipinda Jika Suara Lebih 2/3 Di Dalam Setiap Dewan, Dengan Syarat Telah Mendapat Persetujuan Majlis Raja-Raja
Persetujuan Majlis Raja-Raja Diperlukan Untuk Membuat Sebarang Pindaan Yang Menyentuh Kedaulatan Raja-Raja Melayu Atau Kedudukan Istimewa Orang Melayu
Perkara 159(4): Sebarang Perkara Boleh Dipinda Dengan Suara Majoriti 2/3 Dalam Setiap Majlis Parlimen Tanpa Persetujuan Sesiapa
Perkara 161(E): Perkara Yang Mempunyai Kepentingan Bagi Sabah & Sarawak Boleh Dipinda Dengan Suara Lebih 2/3 Dalam Setiap Majlis Parlimen, Jika Disetujui Oleh Dipertua Mana-Mana Negeri
Perkara Yang Pernah Dipinda
Permisahan Singapura
Kekebalan Raja
Kes Rogol (Statutory Rape)
Mengenai Gender
Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri
Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai ciri-ciri yang khas dan telah menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang negara yang menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyatnya.
Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan mengandungi 131 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi, kuasa dan kedudukan YDPA dan sebagainya.
Melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan.
Mempunyai raja berperlembagaan.
Mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.
Agama Islam sebagai agama persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan.
Memperuntukkan pengasingan kuasa dalam pentadbiran kerajaan.
Perlembagaan Persekutuan mempunyai bidang pengkhususan tertentu seperti
Senarai Persekutuan
Meliputi perkara mengenai hal ehwal luar negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang jenayah dan sivil, kewarganegaraan.
Senarai Bersama
Perlindungan bagi binatang liar, biasiswa, perlindungan kanak-kanak, perancangan bandar dan kampung, kesihatan awam.
Senarai Negeri
Hukum syarak, undang-undang diri dan keluarga orang Islam, hari pelepasan negeri, jentera kerajaan negeri.
Perlembagaan Negeri
Perkara (71)(1) Perlembagan Persekutuan memperuntukkan kerajaan Persekutuan menjamin hak raja sesebuah negeri untuk mewarisi dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak perlembagaan dan keistimewaan negeri itu mengikut Perlembagaan negeri tersebut.
Perkara 71(3) Perlembagaan Persekutuan Malaysia menetapkan bahawa jika Parlimen mendapati apa-apa peruntukan dalam dalam Perlembagaan sesuatu negeri itu tidak dipatuhi, walau apapun yang terkandung dalam perlembagaan ini, Parlimen boleh membuat undang-undang supaya peruntukan itu dipatuhi.
Peruntukan Istimewa Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang terhasil sejak kemerdekaan masih mengekalkan peruntukan-peruntukan penting dalam perlembagaan seperti
Bahasa Melayu
Kedudukan istimewa Raja2
Kewarganegaraan
Hak istimewa orang Melayu
Agama Islam
Bahasa Melayu
Adalah LINGUA FRANCA Sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Bahasa Melayu Digunakan Sebagai Tujuan Rasmi
Perkara 152:Bahasa Melayu Adalah Bahasa Kebangsaan
Perkara 150(6A):Bahasa Melayu Dilindungi Perlembagaan Walaupun Keadaan Darurat
Bahasa Melayu Dijadikan Medium Penyatuan Bangsa Malaysia