Rangkap 3 Setiap yang ditemui dalam pengembaraan ialah ilmu,iaitu setiap benda disertai perkataan yang menerangkan benda itu.Perkataan-perkataan yang sering disebut oleh manusia ialah langit, bumi, laut, gunung, awan, hujan dan pohon, manusia mendapat manfaat daripada kesemua ciptaan allah dan manusia hendaklah beriman. Manusia berpeluang untuk menambahkan ilmu dan meningkatkan keimanan melalui pembacaan kitab-kitab yang dikarang pada masa silam. Kitab-kitab tersebut memuatkan ilmu-ilmu agama.