Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ISU DALAM PENILAIAN KAUNSELING - Coggle Diagram
ISU DALAM PENILAIAN KAUNSELING
1.
Isu kesahan dan kebolehpercayaan alat ujian dan penilaian
Kesahan ini penting untuk menetukan bahawa alat ujian dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur.
Terdapat beberapa jenis kesahan seperti:
kesahan kandungan, kesahan struktur, kesahan diskriminan, kesahan semasa, kesahan jangkaan dan kesahan kriteria kumpulan.
Selain itu, salah satu antara kriteria alat ujian yang baik adalah alat ujian yang disimpan dengan selamat dalam satu peti simpanan.
Hal ini bermaksud, alat ujian yang baik harus tersimpan di satu tempat oleh mereka yang layak atau bercekapan dan tidak disebarkan sewenang-wenangnya.
Namun begitu, jika dilihat di Malaysia, terdapat alat ujian yang digunakan dan diedar secara meluas tanpa batasan. Sesiapa sahaja dapat menggunakan alat ujian ini, dapat menjawab, mentadbir, menskor dan membuat interpretasi dengan bebas.
Ini menunjukkan bahawa wujudnya satu budaya yang tidak sesuai dalam pengamalan kaunseling bagi tujuan penilaian.
2
. Isu kesesuaian bahasa dan budaya dalam pembinaan alat ujian
Antara contoh alat ujian yang biasa digunakan ialah alat ujian untuk mengukur stres, alat ujian untuk mengukur masalah dan kecerdasan emosi.
Terdapat alat ujian yang dibina oleh penyelidik di Malaysia dan terdapat juga alat ujian yang dibina di luar negara dan ditadbir di Malaysia.
Wujud isu apabila kita menggunakan alat ujian dari negara sama ada dari segi bahasa, penggunaan item mahupun penskoran.
Tidak banyak alat ujian dalam bidang psikologi dan kaunseling yang dibina dalam konteks budaya masyarakat di Malaysia. Kebanyakan alat ujian yang berada di pasaran adalah yang dibina oleh penyelidik di negara Barat.
Malangnya alat ujian ini dibina sudah tentu tidak mengambil kira budaya masyarakat luar. Ini termasuklah pengujian dari segi prosedur statistikal pada tahap yang menepati kriteria kesahan dan kebolehpercayaan.
Lebih daripada itu, penggunaan soalan atau item-item yang tidak sesuai yang menyentuh isu sensitif juga adakalanya menjadi persoalan dalam memberi perkhidmatan pengujian dan penilaian ini.
Sekiranya soalan-soalan ini dibuang atau ditukar, berkemungkinan besar akan mengubah struktur dalaman dan kekuatan alat ujian tersebut.
Sebagai contoh, misalnya di negara Barat, mereka lebih terbuka dengan hal-hal seksual antara lelaki dengan wanita atau isu homoseksual yang pastinya bertentangan dengan budaya di negara kita.
3. Isu kecekapan dan kelayakan
Bagi alat ujian kaunseling dan klinikal, ia tidak dapat ditadbir oleh sembarangan individu, sebaliknya memerlukan kecekapan yang ditetapkan.
Jika diteliti alat-alat ujian yang dikeluarkan oleh kebanyakan organisasi misalnya APA, terdapat garis panduan sistem kelayakan tiga tahap dan kecekapan yang diperlukan oleh pentadbir alat ujian.
Sekiranya tidak memenuhi kriteria kecekapan tersebut, maka kita tidak dapat membeli atau menggunakannya malah akan dianggap menyalahi etika dan undang-undang.
Isu di Malaysia yang sering berlaku ialah kita tidak perlu menggunakan sistem kelayakan tersebut oleh kerana kita juga kekurangan ujian dan penilaian dalam pasaran yang boleh dibeli.
Hal ini telah menyebabkan sistem APA tersebut tidak dapat digunapakai sepenuhnya oleh kaunselor atau organisasi tertentu di Malaysia.
Selain itu, tidak dapat dinafikan, kaunselor dan guru-guru kaunseling yang dilatih di Malaysia kurang mendapat latihan yang secukupnya dalam bidang pengujian kaunseling.
Kebiasaannya, mereka yang mendapat latihan yang secukupnya dalam bidang pengujian kaunseling ini perlu mengambil dua hingga tiga kursus asas pengujian kaunseling dan akan diperkenalkan dengan pengenalan asas tentang alat ujian, jenis alat ujian dan isu serta perundangan dalam pengujian.