Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TOPIC 3 ICT DAN TUNJANG PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK - Coggle Diagram
TOPIC 3
ICT DAN TUNJANG PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK
CIRI-CIRI INTEGRASI ICT DALAM PDP
Bahan ICT haruslah mesra pengguna iaitu mempunyai arahan jelas, bahasa dan jangka masa yang sesuai.
Bercorak interaktif iaitu mempunyai maklum balas daripada pengguna. Contohnya ialah "salah" atau "betul".
CD mempunyai bahan sokongan seperti gambar rajah, carta atau perkataan,
Pengakajaran dapat diindividukan dengan cara aktiviti dibuat berdasarkan kebolehan.
Sabar dan tidak penat.
STRATEGI MENGINTEGRASIKAN ICT DALAM PDP
Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi dengan komputer.
Kanak-kanak dibahagikan kepada kumpulan agar mudah untuk dinilai.
Kanak-kanak yang lemah diberi latih tubi manakala kanak-kanak cemerlang diberi latihan bentuk penggayaan,
Guru boleh menghubungi kanak-kanak walaupun berjauhan dengan melalui e-mail.
CIRI-CIRI KANAK-KANAK PRASEKOLAH
Bergantung kepada tanggapan serta merta kanak-kanak (immerdiate perception)
Pengetahuan kanak-kanak dibina melalui interaksi dengan persekitaran atau bahan.
Mengetahui sesuatu yang betul dan salah dengan cara yang mudah.
PERKEMBANGAN OTAK KANAK-KANAK PRASEKOLAH
Otak kiri khusu dalam persepsi (penerimaan) seperti pedengaran, dalam bahasa bercakap dan membaca serta mengira.
Otak kanan pula khusus dalam persepsi dan interpretasi (tanggapan dan terjemahan).
Pada usia 5 tahun otak kiri dan kanan sudah ada koordinasi.
Kedua-dua otak perlu diransang melalui pelbagai aktiviti dan ICT boleh membantunya.
TEKNOLOGI (PERISIAN SUMBER MENGAJAR)
Alat atau perisian elektronik seperti komputer, portal, rakaman audio, rakaman pita video dan pakej perisian dalam cakra padat (CD).
Alat penyebaran seperti komputer, alat pemain video, CD, DVD, alat multimedia, video conferencing dan sebagainya.
PERISIAN YANG DIPILIH
Bersesuaian dengan kebolehan kanak-kanak.
Dapat menarik minat kanak-kanak.
Bersifat open-minded.
Kanak-kanak yang dalam kawalan (child in control).
Perisian yang sesuai memberi peluang kepada kanak-kanak mempraktikkan:
Kemahiran berfikir
Kemahiran membuat keputusan
Kemahiran penyelesaian masalah
Kanak-kanak mempraktikkan dalam suasana yang menyeronokkan.
KESAN BURUK ICT TANPA KAWALAN TERHADAP KANAK-KANAK
PERKEMBANGAN OTAK
Ransangan kepada otak yang berkembang yang disebabkan pendedahan keterlaluan kepada teknologi yang berkait rapat dengan kekurangan fungsi dan perhatian dalam melakukan sesuatu, kognitip lembab, pembelajaran terjejas dll.
OBESITI EPIDEMIK
Permainan video dan televisyen berkait dengan peningkatan kadar obesiti (Tremblay 2005). Individu obes mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat serangan strok dan jantung usia awal muda.
KURANG TIDUR
Kanak-kanak yang tidak cukup tidur sehinggakan memberi impak negatif kepada pencapaian akademik.
PERKEMBANGAN FIZIKAL TERBANTUT
Disebabkan oleh kekurangan pergerakan yang boleh menyebabkan perkembangan terbantut. Pergerakan fizikal meningkatkan perhatian dan kebolehan belajar (Ratey 2008)
PENYAKIT MENTAL
Penggunaan yang keterlaluan penyebab kepada peningkatan kes kemurungan di kalangan kanak-kanak, kebimbangan, gangguan ikatan kekeluargaan, autisme, gangguan bipolar dll.
KEAGRESIFAN
Kandungan media yang ganas boleh mengakibatkan keagresifan pada kanak-kanak (Anderson 2007)
DIMENSIA DIGITAL
Ia menyumbang kepada defisit perhatian serta kurang kepekaan dan memori kerana otak memangkas trek neutron kepada korteks hadapan. Kanak-kanak tidak dapat menumpukan perhatian dan tidak dapat belajar.
KETAGIHAN
Apabila tiada ikatan mesra antara ibu bapa dan anak mereka, anak mereka tersebut kan mengikat diri dengan gajet sehingga mengakibatkan ketagihan (Rowan 2010)
PENGELUARAN RADIASI
Kanak-kanak adalah lebih sensitif kepada pelbagai agen berbanding orang dewasa disebabkan sistem imunisasi mereka yang sedang berkembang. Telefon bimbit dan kebanyakkan gajet tanpa wayar merupakan agen kanser disebabkan oleh pengeluaran radiasi.
MENGHADKAN HUBUNGAN SOSIAL
Perkembangan kecerdasan interpersonal (hubungan sesama manusia) kurang, dan kurang komunikasi dengan rakan sebaya. Ini keran mereka hanya duduk bermain tanpa menggunakan otak.