Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pengintegrasian Ilmu Wahyu dan Sains Dalam Pendidikan - Coggle Diagram
Pengintegrasian Ilmu Wahyu dan Sains Dalam Pendidikan
Justifikasi........ (Kenapa integrasi ilmu wahyu dan Sains diperlukan?)
Yahaya Jusoh dan Azhar Muhammad (2010), mewujudkan masyarakat seimbang
Hanifah et al (2017), mampu menghasilkan insan yang bersemangat, terdorong untuk melakukan kebajikan dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Strategi
Pendidikan Sains Tauhidik
Pengetahuan tentang tabii alam
Sama ada alam fizikal, alam haiwan, alam tumbuhan dan manusia berpaksikan ajaran agama (Mohd Yusof, 2014).
Model Ulul Albab
Menekankan penghafalan Al-Quran dan mengintegrasikannya dalam pelbagai disiplin ilmu(tidak terhad Sains sahaja)
Penekanan pemikiran dan aktiviti saintifik luar darjah
Pelaksanaan
Lesson Study
Mengapa???
Pendidik perlu menguasai kedua-dua ilmu iaitu ilmu wahyu dan ilmu sains di samping kemahiran pedagogi dalam melaksanakan pengintegrasian ini
Namun, masalah yang dihadapi ialah pendidik dalam bidang Pendidikan Islam berkemungkinan kurang mampu untuk menguasai ilmu sains secara lebih mendalam. Begitu juga dengan pendidik dalam bidang Pendidikan Sains, mereka pula kurang berkemampuan dalam penguasaan ilmu wahyu
Definisi
Pendekatan untuk meningkatkan perkembangan profesional keguruan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Satu kitaran inkuiri yang menyokong guru bereksperimen, mengamati dan memperbaiki kelemahan pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan kaedah pengajaran yang menggalakkan pelajar belajar dan berfikir yang tertumpu kepada pembelajaran dan perkembangan pelajar
Peringkat
Peringkat penentuan
matlamat
digunakan untuk membina kumpulan iaitu mencari ketua dan ahli kumpulan di mana guru sains dan guru Pendidikan Islam akan membentuk satu kumpulan untuk mengkaji matlamat kurikulum dan sukatan pelajaran. Masalah pembelajaran pelajar juga dibincangkandengan mengambil kira matlamat jangka panjang pelajar yang hendak dicapai.
Pada
peringkat merancang
, guru berbincang dan memilih topik yang ingin di ketengahkan dengan mengambil kira semua unit dan peranan setiap unit dalam satu sesi pengajaran. Topik Hargai Bumi Kita di dalam mata pelajaran Sains tahun 6 telah dipilih dan guru memberikan idea untuk menghasilkan rancangan pengajaran yang bersesuaian dengan topik berkenaan supaya hasil pembelajaran difahami dengan jelas. Strategi pengintegrasian ilmu wahyu dengan topik yang dipilih akan dibincang, dibentang dan disemak.
Peringkat mengajar
memberikan fokus pemerhatian yang penuh kepada pelajar tanpa mengganggu pelajar berkenaan.Guru memerhatikan perkembangan pelajar dan mengumpul maklumat untuk refleksi. Selepas berakhirnya peringkat mengajar, peringkat refleksi akan dijalankan.
Refleksi adalah proses meneliti semula hasil pembelajaran dan berkongsi maklumat berdasarkan bukti.
Peringkat refleksi
merupakan peringkat perbincangan aktif untuk mengemukakan penambahbaikan, pandangan dan bersifat profesional. Segala kritikan yang diberikan bertujuan untuk meningkatkan profesional guru dan dicatat sebagai dokumen dan rujukan penambaikan.