Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 6 : EPISTEMOLOGI - Coggle Diagram
BAB 6 : EPISTEMOLOGI
SUMBER2 ILMU DALAM ISLAM
WAHYU DAN TRADISI
Dari sudut terminologi, bermaksud segala yang disampaikan Allah kepada nabi dan rasul yang berupa ajaran atau perkhabaran dalam bentuk sejarah, hukum- hakam, peristiwa akan datang, perkara-perkara ghaibiyyat dan lain-lain
Peranan wahyu: 1. Menjaga dan memelihara syariat Islam dan petunjuk kepada manusia dan seluruh alam. 2. Sebagai mukjizat kepada nabi S.A.W. 3. Sebagai rujukan dan penyelesai masalah. Ia adalah sumber rujukan ke atas kebenaran pengetahuan rasional, empirikal atau intuisi. 4. Mengeluar kejahilan dan kegelapan kepada iman.
INSTUISI DAN ILHAM
Intuisi adalah pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses penalaran (pemikiran). Intuisi juga boleh berlaku dalam keadaan tidak sepenuhnya sedar iaitu datang ketika tidak difikirkan atau dikehendaki. Al-Ghazali menyatakan bahawa ilham adalah berupa cahaya yang datang kepada nurani, bersih dan lembut. Ia adalah ilmu yang didapati tanpa jalan mengkaji dan mencari dalil. Ahi sains tidak mengakui kaedah ini untuk memperoleh pengetahuan sains.
AKAL
PANCAINDERA
TEORI TTG KEBENARAN ILMU
TEORI KEBENARAN KORESPONDENSI
Kebenaran adalah kesesuaian atau sepadan antara pernyataan (idea) tentang kenyataan (realiti) atau fakta. Benar atau salah terletak pada kesesuaian antara subjek (apa yang diketahui) dan objek (realiti sebagaimana adanya). Bermakna: suatu pernyataan adalah benar jika isi kandungan pengetahuan bersesuaian dengan objek. Misalnya: penyataan “Shah Alam terletak di Selangor”.
Terdapat lima unsur yang perlu dipenuhi iaitu 1. Pernyataan : hujan sdg turun. 2. Kesesuaian : sama atau tidak dengan reliti. 3. Situasi : hujan yg trun. 4. Kenyataan : mmmg skg ni hujan sdg trun..iaitu realitinya. 5. Keputusan : kenyataan ttg hujann yg uru adalah benara..
Teori ini terdapat kelemahan tersendiri. Contohnya, bagaimana kita boleh membuat perbandingan antara idea dengan teori jika kita tidak berhadapan dengan realiti ataupun realiti tersebut tidak jelas contohnya alam kubur.
TEORI KEBENARAN KOHERENSI
Suatu pernyataan dianggap benar bila ia bersifat koheren atau konsisten dengan pernyataan- pernyataan sebelumnya yang dianggap benar (tetap)
Pertimbangan adalah benar jika ia bersifat konsisten dengan pertimbangan lain yang telah diterima kebenarannya atau berkesinambungan menurut logik.
Kebenaran adalah persetujuan antara idea dengan idea sebelumnya atau keputusan dengan keputusan sebelumnya yang dianggap logik.
Teori ini dianggap benar jika boleh dibuktikan benar melalui uji kaji tetapi jika sebaliknya iaitu, jika bertentangan dengan maklumat baharu, maka teori ini akan digugurkan atau dibatalkan.
AGAMA DAN TRADISI
Agama, Kebenaran mutlak yang bersumberkan dari Tuhan & dihayati dengan keimanan & kepercayaan.
Tradisi, Manusia mempunyai tanggungjawab sepanjang hayatnya dan untuk melaksanakannya maka usaha keilmuan adalah jelas dilakukan / diusahakan sepanjang hidup. Kesinambungan tradisi ilmu - berkesinambungan ilmu dengan mengetahui khazanah ilmu generasi terdahulu.
TEORI PRAGMATIK
Teori pragmatik adalah teori kebenaran yang memiliki kriteria suatu pengetahuan adalah benar apabila memiliki kegunaan yang praktikal atau bermanfaat dalam kehidupan.
Kelemahan teori ini: 1.Bersifat relatif dan berubah ubah mengikut peredaran zaman. 2. Idea atau penyataan tidak semestinya benar dan hanya berfungsi dalam keadaan tertentu sahaja. 3. Hanya mementingkan idea yang berguna walaupun idea tersebut palsu.
KLASIFIKASI ILMU
Epistemologi mengajar kita tentang jenis-jenis ilmu dan klasifikasinya.
Contohnya, klasifikasi ilmu kepada ilmu sains tulen dan ilmu sains kemanusiaan .
Sains Tulen: Fizik, kimia, biologi, matematik dll
Sains sosial: politik, ekonomi, undang-undang, pendidikan, komunikasi, linguistic, antropologi, psikologi, sains sosial
ALIRAN FALSAFAH ILMU
RASIONALISM
SEJARAH
Dipelopori ahli falsafah pada abad ke-17 dan 18 seperti Rene Descartes (1596-1650)
DEFINISI
Menekankan kepada kemampuan akal atau autoriti akal fikiran untuk memperolehi ilmu dan mencari kebenaran
Ianya bersifat fitrah di mana idea mengenai kebenaran dikatakan sudah ada pada diri manusia secara a priori tanpa perlu melalui pengetahuan dan pengalaman.
KELEBIHAN
Kemampuan dapat menyusun sistem-sistem kefalsafahan terutama ilmu logik dan matematik yang lahir sejak zaman Aristotle.
KELEMAHAN
Menolak perkara-perkara yang tidak rasional dan tidak logik
EMPERISISME
SEJARAH
Dipelopori oleh ahli falsafah British pada abad ke-18 seperti David Hume (1711-1776)
DEFINISI
Berasal dari bahasa Yunani empeirikos yang bermaksud pengalaman.
Ia menolak pandangan falsafah rasionalisme bahawa akal manusia mempunyai konsep terhadap sesuatu objek sebelum proses tanggapan di alam dunia
KELEMAHAN
1.Objek yang menipu.
2.Indera terbatas.
3.Indera menipu.
Kesan daripada revolusi sains menjadikan falsafah pemikiran barat menjurus kepada aliran Rasionalism dan Emperisisme. Rationalists claim that there are significant ways in which our concepts and knowledge are gained independently of sense experience. Empiricists claim that sense experience is the ultimate source of all our concepts and knowledge.
KLASFIKASI ILMU ISLAM
Dalam Islam, llmu diklasifikasi sebagai ilmu naqli dan Ilmu aqli.
Ilmu Naqli adalah ilmu berdasarkan wahyu seperti ilmu tentang cara bersolat dan ilmu aqli ialah ilmu berdasarkan akal dan eksperimen seperti ilmu sains.
Imam al-Ghazali membahagikan ilmu kepada fardu ain dan fardu kifayah .