Relativisme, merupakan satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu perkara yang bersifat tidak tetap dan mutlak. Ianya boleh berubah mengikut suasana persekitaran. Doktrin bahawa ilmu pengetahuan, kebenaran dan nilai moral ditentukan secara berkait dengan budaya, masyarakat dan konteks pensejarahan. Teori atau pengetahuan bahawa penilaian adalah relatif dan berbeza-beza menurut situasi, peristiwa dan individu yang mengalaminya. Kebenaran dinilai relatif, tidak mutlak dan saling berbeza antara budaya dengan budaya yang lain, individu dengan individu yang lain dan situasi dengan situasi yang lain. Relatif sebagai kata antonim bagi mutlak dan absolute