KONSEP ASAS PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
PENTAKSIRAN
Proses berterusan untuk mendapatkan maklumat, intepretasi,merekod,melapor tentang prestasi murid bagi membuat pertimbangan tentang sesuatu produk dalam pembelajaran
PENILAIAN
Proses mengumpul maklumat untuk membuat penghakiman / keputusan terhadap strategi dan tahap pencapaian dalam pembelajaran
PENGUKURAN
Proses untuk hasilkan nilai kuantitatif sesuatu benda , perkara atau keadaan bagi menentukan peringkat yang hendak dicapai /pencapaian dan kedudukan pelajar dalam pembelajaran
PENGUJIAN
1 prosedur/ cara yang sistematik untuk ukur perubahan tingkahlaku murid dalam pembelajaran
Pentaksiran mula digunakan dalam penilaian pencapaian
bila soalan ditanya- jawapan diberi -penilaian akan berlaku
untuk menentukan pencapaian seseorang dalam pembelajaran dalam usaha menempatkan pelajar
Pemerhatian dan ujian formal sebagai alat pengukuran
bermula dengan peringkat persediaan
- perlaksanaan / ujian
- pemeriksaan skrip jawapan .
merangkumi pengujian termasuk skala ordinal atau selang,untuk tentukan kedudukan dan pencapaian murid dalam kelas
skala ordinal - kedudukan murid ikut markah
skala selang- markah dan gred untuk perbandingan antara kelas sama atau lain dalam penguasaan pembelajaran
Ditakrif sebagai pemberiaan angka kepada objek atau peristiwa ikut peraturan dengan skala yang ditetapkan iaitu
Nominal - pengkelasan sahaja (contoh no 1,2,3 )
Ordinal - nilai pengkelasan dan pemeringkatan ( cth rendah kepada tinggi, dari lemah ke cemerlang )
Sela /Selang - nilai pemeringkatan / perbezaan ukuran ( perbandingan antara kelas / abanding beza )
Nisbah - ada nilai pemeringkatan, perbezaan ukuran dan mutlak
untuk membuat anggaran dan matlamat akan tercapai dimana guru dapat membuat pertimbangan dan keputusan yang tepat
KUALITATIF
Penilaian boleh dibuat seperti contoh ini , Rin dapat melukis gambar kawannya dengan cepat, tepat dan bersih.
KUANTITATIF
Dilakukan dalam bentuk gred A,B,C,D atau cemerlang, kepujian, baik , lulus atau gagal
3 PROSES UTAMA
Menentukan ukuran
analisis ukuran
menyatakan nilai / intepretasi ukuran
Biasanya dilakukan selepas beberapa pelajaran melalui ujian bertulis dan gred /markah
Biasanya dilakukan selepas 1 atau beberapa pembelajaran melalui pemerhatian, ujian ,lisan atau bertulis
Biasanya dilakukan sebelum, semasa dan selepas pelajaran melalui jadual dan perangkaan