Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
AL BAQARAH [253] - Coggle Diagram
AL BAQARAH [253]
< Syeikh Maraghi dan Tafsirnya >
- Kisah Talut menerangkan hukum alam bahawa kemenangan tidak datang walaupun kepada pihak yang benar sehinggalah sanggup bersusah payah perjuangkan kebenaran.
- Ayat ini pula pada hukum alam kedua kejadian alam semesta menyaksikan kepelbagaian kehidupan & tahap (secara simbolik)
- Nabi-nabi yang dilantik Allah tidak sama dari sudut kelebihan dan keistimewaan.
- Nabi Musa (kelebihan bercakap dengan Tuhan dengan sifat yang layak)
- Nabi Isa (diberi keterangan terhadap kenabiannya dengan mu'jizat yang jelas)
- Sunnah Alam ketiga keadaan manusia tidak semuanya pada jalan kebenaran
- Ada golongan yang menolak risalah para nabi dan rasul.
1) tidak meletakkan harapan terlalu lebih dari yang sepatutnya
2) mampu terima hakikat penolakan dan pergolakan
Ayat sambungan sebelumnya - ayat ini menyatakan mereka adalah utusan Allah yang mulia serta diutuskan Allah kepada kaum mereka.
-
Talut & Rasulullah
Talut
1) Bukan Nabi
2) Ketua perang yang dilantik Nabi Samuel atas arahan Allah
3) Menentang kaum Amaliqah yang menguasai Palestin
4) Seorang raja (qaul) dan panglima perang (qaul)
Rasulullah
- Diangkat mulia melebihi nabi-nabi lain.
- Umatnya sebaik-baik umat.
- Diberikan mukjizat pelbagai
- Kerasulan (Nabi terakhir diutuskan)
- Syariatnya kekal.
Pengajaran
"Apa yang perlu ialah usaha dan ketekunan agar manusia melakukan seluruh tanggungjawab yang terpikul ke atasnya."
Nabi-nabi & Hukum Alam
- Bukan mudah para utusan Allah serta para Nabi menegakkan kebenaran, tetapi mereka semangat dan beriman melaksanakannya.
- Hukum Alam ciptaan Tuhan turut mengenai mereka (perbezaan kedudukan)
- Islam tidak memandang hina pada perbezaan tersebut kerana mereka telah dimuliakan Allah - tidak seperti Yahudi & Nasrani (menafikan dan menerima sebahagiannya)