Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Isu & Cabaran Semasa Umat Islam (Sosial) - Coggle Diagram
Isu & Cabaran Semasa Umat Islam (Sosial)
Diri Sendiri
Timbul pelbagai penyakit rohani. Sebagai contohnya,depresi,hilang pertimbangan akal,bimbang dan marah yang akan berlakunya bunuh diri,pengambilan dadah dan pengamalan seks bebas.
Memperbanyakkan zikir.
Pergaulan bebas di antara lelaki & perempuan. Seterusnya,mereka akan mudah terjerumus ke dalam zina. Hal ini,akan meningkatkan kes pembuangan bayi dalam kalangan remaja
Perlu bijak memilih rakan sebaya kerana rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap remaja.
Meluangkan lebih masa bersama ahli keluarga dan masyarakat. Dengan ini,mereka akan dapat mengeratkan silaturahimantara keluarga dan juga tidak hanyut dalam kelekaan dunia.
Kekurangan penghayatan dalam agama akan menyebabkan seseorang individu terjerumus ke dalam kancah dosa dan maksiat.
Menghayati ajaran Al-Quran dan mengamalkan ajaran Al-Quran. Al-Quran merupakan sumber rujukan utama bagi umat Islam sebagai panduan hidup di mana terdapat larangan berzina,mencuri dan sebagainya.
Rakan Sebaya
Melakukan perkara buruk hanya kerana mahu diterima oleh rakan-rakan yang lain,bagi menyesuaikan diri dalam kelompok tersebut.
Digalakkan berkawan dengan orang-orang yang baik perilakunya.
Desakan oleh rakan-rakan mereka untuk melakukan maksiat untuk melakukan perkara-perkara sumbang seperti meroko,mengambil dadah dan gejala sosial yang lain.
Melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dan bermanfaat seperti beribadah,aktiviti khidmat masyarakat,meluangkan lebih masa bersama keluarga dan juga hobi.
Mengambil mudah tentang peraturan yang telah ditetapkan di sisi agama Islam.
Cuba mempraktikkan amalan menahan nafsu.
Masyarakat
Memilih untuk membawa haluan masing-masing dan tidak mengambil berat antara satu sama lain terutamanya antara jiran tetangga.
Hendaklah menunjukkan teladan yang baik sebagai langkah utama. Berbicarakah dengan kata-kata yang baik dan sopan.
Mempunyai sikap tidak mengambil peduli yang telah menyebabkan peningkatan kes gejala sosial seperti melepak hingga larut malam atau tidak menunaikan solat berjemaah.
Teguran hendaklah diberi dengan lembut dan kesabaran.
Bergaul bebas tidak kira jantina kerana tiada pemantauan ibubapa dan tiada teguran daripada rakan-rakan atau warden sehingga berlakunya seks sumbang dan kes pembuangan bayi.
Prihatin dan mengambil berat terhadap pelajar-pelajar yang menyewa di luar kampus dengan melibatkan mereka dalam aktiviti kemasyarakatan seperti kursus pengurusan jenazah di masjid dan gotong-royong.
Institusi Keluarga
Gagal memainkan peranan yang sewajarnya dalam membentuk generasi muda. Anak-anak yang tidak diberi didikan agama yang secukupnya akan lebih mudah terjerumus ke arah maksiat.
Memberikan kasih sayang yang secukupnya. Ibubapa hendaklah berhenti membeli barangan elektronik untuk kanak-kanak dengan harapan untuk mengelakkan diri daripada menjalankan tanggungjawab sebagai penjaga.
Berlaku keruntuhan akhlak seperti lari dari rumah,perlacuran dan pembuangan bayi.
Memberikan sokongan dan dorongan yang mencukupi kepada minat anak-anak yang berfaedah.
Masyarakat kurang kesedaran terhadap kepentingan agama.
Memerhati rakan-rakan anak. Hal ini adalah untuk mengelakkan mereka daripada berkawan dengan rakan yang mempunyai masalah sosial.
Media Massa
Tayangan televisyen Barat banyak menunjukkan adegan yang tidak sesuai dengan moral Islam seperti bersentuhan antara berlainan jantina,adegan lucah dan juga penggunaan arak dan dadah.
Mengehadkan adegan-adegan yang dipertontonkan. Contohnya,pelakon berlainan jantina hendaklah tidak melakukan adegan bersentuhan.
Penggunaan laman sesawang yang tidak bermoral.
Memerhati kegunaan telefon bimbit anak-anak agar mereka tidak terjebak dengan laman sesawang yang tidak berfaedah.
Konsert-konsert Barat dan juga tempatan yang tidak menepati syariat Islam dengan pemakaian yang ketat dan adegan-adegan yang sensitif.
Konsert-konsert persembahan dari Barat dan juga tempatan haruslah ditapis sebelum ditayang di televisyen agar tidak menunjukkan adegan-adengan yang tidak elok.
Mengetahui batas-batas pergaulan dan sentiasa berpakaian sopan ketika rakaman video agar tidak menarik perhatian yang tidak diingini.