Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
✨MENITI IMPIAN✨, 🌌~PLOT~🌌, 🌌~ PERSOALAN~🌌, ■Semangat dan kesungguhan…
-
-
-
■Semangat dan kesungguhan seseorang pelatih IKM dalam usaha untuk
mencapai kejayaanya menjadi tukang perabot yang berjaya.
■Kasih sayang dalam sebuah keluarga.
■Percintaan dalam kalangan remaja.
■Ketabahan menghadapi kesusahan hidup.
-PERMULAAN-
Zahar yang telah lebih setahun bekerja di bengkel perabot pak ciknya,Pak Yusuf tekun bekerja pada pagi itu untuk menyiapkan rak kasut yang ditempah oleh iman masjid.
Sejak berhenti sekolah tiga tahun yang lalu,pelbagai jawatan telah cuba dipohon oleh Zahar tetapi gagal.
Zahar gagal memasuki Tingkatan 6 di sekolah kerajaan dan ibunya Mak Kiah tidak mampu membiayai pelajarannya di Tingkatan 6 di sekolah swasta.
Mak Temah,isteri Pak Yusuf dengan setia menghidangkan makanan untuk suaminya dan Zahar.
Pak Yusuf teringat akan keadaan jemaah di masjid yang semakin ramai sehingga kejadian kehilangan kasut semakin kerap berlaku.
Pak Yusuf bertanya tentang temu duga IKM yang telah dihadiri oleh Zahar beberapa minggu lalu.Dia berharap agar Zahar bejaya dalam temuduganya.
-PERKEMBANGAN-
Mak Kiah menyerahkan surat tawaran IKM yang telah lama ditunggu oleh Zahar.Dia mendapat tawaran kursus Pertukangan Perabot di IKM Sungai Petani.
Selepas mandi, Zahar pergi ke masjid untuk memberitahu rakannya Bakar dan Rahim bahawa dia telah diterima masuk ke IKM. Bakar mengusik Zahar agar segera memaklumkan kepada Suhaili tentang tawaran tesebut.
Zahar berasa rendah diri menyedari perbezaan tahap pendidikan mereka kerana Suhaili belajar di IKM manakala dia akan memasuki IKM sahaja.
Sekembalinya dari masjid, Mak Kiah sedang menjahit pakaian manakala adik-adiknya sedang menyiapkan kerja sekolah.
Zahar tidak menyangka dia akan menjadi tukang perabot sedangkan cita-citanya ialah ingin belajar dalam Pengajian Perniagaan di ITM.
Zahar menghubungi Suhaili untuk memberitahu kejayaanya memasuki IKM. Mereka berjanji untuk bertemu di City Point, Alor Setar pada keesokan harinya.
Zahar teringat peristiwa Suhaili mencabarnya agar mendapat Gred Satu dalam peperiksaan SPM.
Zahar menaiki bas ke Stesen Bas Alor Setar untuk bertemu Suhaili.
Suhaili terkejut apabila diberitahu bahawa Zahar akan memasuki IKM. Dia menganggap keputusan Zahar menunjukkan dia mudah berputus asa.
Zahar berasa terentak dengan kata-kata penghinaan Suhaili terhadap lulusan IKM yang dianggap tidak mempunyai masa depan.
Penghinaan Suhaili menguatkan lagi azam Zahar untuk berjaya menjadi usahawan perabot.
Pendaftaran Zahar di IKM menemukannya dengan rakan baharu seperti Norimi dan Ramli.
Mereka bersama-sama dengan pelajar baharu yang lain membersihkan kawasan semak semasa minggu suai kenal.
Di dalam kelas, Cikgu Baharum mengingatkan pelatih-pelatih agar menunjukkan minat dan kesungguhan serta kreativiti mereka sepanjang kursus di IKM.
Zahar dan Norimi mendeklemasikan sajak nukilan mereka sendiri dalam majlis penutupan minggu suai kenal.
Semasa pulang ke kampung, Zahar melalui rumah Suhaili yang sedang meriah dengan kenduri meraikan kejayaan Suhaili mendapat pekerjaan di Petaling Jaya.
Mak Temah memberitahu Zahar bahwa dia tahu akan pertemuan antara Zahar dan Suhaili di bandar Alor Setar.
Walaupun hanya mendapat RM200.00 pada setiap awal bulan, Zahar berjimat kerana tidak mahu menyusahkan ibunya di kampung.
Zahar menerima surat daripada Suhaili agar Zahar melupakannya dan hal ini menyebabkan Zahar berasa sangat terhina.
Zahar menyertai pertandingan bola sepak mewakili pelatih IKM sehingga menyumbang kejayaan kepada mereka.
Sebulan sebelum peperiksaan asas, Zahar dan pelatih-pelatih yang lain menumpukan perhatian terhadap peperiksaan yang akan dihadapi oleh mereka.
Cikgu Baharum menasihati mereka agar cermat dan teliti menyiapkan projek yang akan menentukan kejayaan mereka.
Beberapa bulan selepas peperiksaan, Zahar telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya. Begitu juga dengan rakannya Norimi.
Majlis perpisahan diadakan selepas enam bulan mereka bekerja keras menjalani latihan yang lebih intensif untuk mendapat sijil MLVK.
Ucapan pengetua agar menjadikan ilmu dan kemahiran yang ditimba di IKM sebagai asas yang kukuh untuk berkembang maju pada masa hadapan terus tersemat dalam jiwa Zahar.
-PUNCA/KLIMAKS-
Selepas bercuti selama tiga minggu,Zahar telah diterima untuk menjalani latihan dalam loji di kilang Perabot Usaha Bersatu di Kamunting.
Zahar bertemu Razali seorang daripada pekerja di kilang itu yang telah mempelawa Zahar tinggal bersama-samanya selama dia menjalni latihan di sana.
Suhaili berasa terganggu dengan kehadiran Zahar di kilang itu.
Suhaili meminta maaf atas kata-kata penghinaan yang menghiris perasaan Zahar suatu masa dahulu.
Zahar menolak bantuan Suhaili yang ingin membantunya mendapatkan jawatan tetap selepas tamat latihan.
Zahar menegaskan prinsip hidup bahawa dia mahu berdikari dengan titik peluhnya sendiri tanpa bantuan Suhaili.
Zahar meninggalkan Suhaili dengan kata-kata bahawa haluan hidup mereka telah berbeza.
-PELERAIAN-
Zahar dapat menjalani latihan dalam loji di Kilang itu selama enam bulan dengan cemerlang.
Zahar berasa sangat gembira kerana dia telah berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan peringkat pertengahan dengan mendapat Pangkat Satu.
Zahar sedar Suhaili cuba berbaik-baik dengannya tetapi cuba dielakkan oleh Zahar.
Semasa majlis ringkas meraikan Zahar Miss Ooi yang mewakili pengurusan kilang memuji kerajinan dan prestasi cemerlang sepanjang dia menjalani latihan.
Zahar meminta Suhaili melupakan kenangan lama antara mereka. Biarlah mereka kekal sebagai sahabat dan jiran sekampung sahaja.
-PENUTUP-
Zahar membuat keputusan untuk mendirikan bengkel di tanah milik ibunya.
Pak Yusuf tidak membantah malah bersedia memindahkan peralatannya sekiranya diperlukan oleh Zahar.
Zahar berasa dirinya bertuah kerana tidak sampai sebulan dia berjaya mendapat pinjaman sebanyak RM10.000 daripada MARA dan dicampur RM5000 sumbangan Pak Yusuf dan wang elaun yang dikumpulnya untuk membina bengkel yang lengkap.
Penduduk kampung bergotong-royong untuk mendirikan bengkel baharu milik Zahar.
Sejak tersiarnya rencana ” Kejar Kejayaan Lepas Dihina Kekasih” Bengkel Perabot Meniti Impian semakin dikenali ramai.
Zahar bercadang untuk memperluas pasaran perabotnya ke Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Kota Bahru.
Zahar menerima sepucuk surat daripada Suhaili tetapi dia tidak meneruskan pembacannya sebaliknya dia membaca surat kedua yang diterimanya daripada Norimi. Zahar tersenyum membaca surat itu.
☆METAFORA☆
-...memukul tangkai hatinya
-...kuntum kegembiraan mengenang di hatinya
-Zahar tidak mahu gelombang resah
☆HIPERBOLA☆
-Zahar yang duduk di hadapan kelas,mengunyah kata- kata Cikgu Baharum selumat- lumatnya
-lidah api sedang menjelir,memamah punggung kawah
-perutnya yang berkeroncong,dipulas oleh hentakan bas sepanjang perjalanan
☆PERSONIFIKASI☆
– panas yang membakar atas zink bengkel
– Logo di sudut sebelah kiri surat itu cukup memukul tangkai hatinya
– Sinar mata mengerdip di mata tuannya
-
☆SIMILE☆
-… bagai tidak mahu kalah dibayangi
-… arus fikirannya seperti terhenti
-… pertemuan yang tidak diduga itu bagaikan mengundang kembali
☆PERIBAHASA☆
-… tentulah berat kakinya hendak melangkah
-… patutlah macam isi dengan kuku
-… pucuk dicita ulam mencatang
-
-Kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain kepada kita.-
-Kita haruslah bertanggungjawab atas tugas yang telah diamanahkan.-
-Kita perlulah yakin terhadap kemampuan diri sendiri.-
-Sikap berdisiplin mestilah diamalkan agar kita patuh kepada arahan.-
-Kita mestilah tegas dalam mengambil tindakan atau pendirian yang telah kita buat.-
-
◇LATAR MASYARAKAT◇
《Masyarakat pelajar》
《Masyarakat yang suka bercerita hal orang lain》
《Masyarakat yang rajin bekerja》
《Masyarakat yang mempunyai keazamana yang kuat》
《Masyarakat yang ambil berat》
◇LATAR TEMPAT◇
《Bengkel Pak Yusuf》
《Rumah Ketua Kampung》
《Stesen Bas MARA》
《Kompleks City Point, Alor Setar》
《Kampung Carok Petitih, Sik》
□ WATAK UTAMA □
~ZAHAR~
-Anak sulung dari tiga orang adik-beradik-
– Berusia awal 20-an-
– Telah kematian bapa dan ibunya bernama Mak Kiah-
~PERWATAKAN~
-Seorang yang rajin-
-Tidak mudah putus asa-
-Taat kepada agama-
-Mempunyai sikap setiakawan-
-Seorang yang berdikari-
□WATAK SAMPINGAN□
~PAK YUSUF~
-Bapa saudara kepada Zahar-
- Berusia dalam lingkungan 60-an-
– Mempunyai seorang isteri bernama Mak Temah
~PERWATAKAN~
-Mengambil berat-
-Bertanggungjawab-
-Gigih bekerja-~SUHAILI~
-Berbadan tinggi lampai-
-Kawan sekelas Zahar-
-Lulusan ITM-~PERWATAKAN~
-Mengakui kesalahan-
-Memandang rendah terhadap orang lain-
-Mudah putus asa-
~NORIMI~
-Kawan Zahar-
-Berasal dari Johor Bahru-
-Mengikuti kursus Lukisan Seni Bina-
~PERWATAKAN~
-Lemah-lembut-
-Mudah tersenyum-
-Cemerlang dalam pelajaran-
~MAK TEMAH~
-Isteri Pak Yusuf-
-Berbadan gempal-
~PERWATAKAN~
-Seorang isteri yang bertanggungjawab-
-Mengambil berat-
-Rajin memasak-