Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SUKUK - Coggle Diagram
SUKUK
Jenis-jenis sukuk
Sukuk musyarakah: musyarakah adalah kerjasama antara dua pihak atau lebih untuk menggabungkan modal dalam bentuk wang atau bentuk lain.
Sukuk muzara'ah: muzara'ah adalah kerjasama dibidang pertanian dimana pemilik ladang memberi hak pelaksanaan kepada pihak lain iaitu petani manakala keuntungan dibahagi mengikut perjanjian.
Sukuk istisna: istisna ialah jual beli aset berupa pembiayaan antara pihak dimana spesifikasi, cara, dan jangka waktu penyerahan, serta harga aset tersebut ditentukan berdasarkan kesepakatan banyak pihak.
Sukuk wakalah: wakalah adalah akad pelimpahan kuasa oleh satu pihak kepada pihak lain dalam hal-hal yang tertentu iaitu suatu projek atau kegiatan diuruskan oleh agen(wakil) tertentu yang diwakilkan atas kepentingan pemegang sukuk.
Sukuk salam: salam adalah kontrak jual beli sesuatu barang yang jumlah dan kriteria telah ditentukan secara jelas dan pembayaran dilakukan terlebih dahulu dan barangnya diserahkan kemudian pada waktu yang dipersetujui bersama
Sukuk mudharabah: mudharabah adalah kerjasama antara dua pihak atau lebih iaitu satu pihak sebagai penyedia modal dan pihak lain sebagai pengusaha (mudharib).
Sukuk ijarah: ijarah ialah menyewakan hak manfaat aset kepada pihak lain berdasarkan harga dan tempoh yang disepakati. Ijarah adalah hak guna ke atas barang tanpa pemindahan pemilikan
Sukuk musaqah: musaqah adalah kerjasama di bidang penyiraman tanaman pertanian, dimana pemilik ladang memberi hak pengelolaan ladang kepada pihak lain (penggarap) untuk melakukan penyiraman dan pemeliharaan tanaman.
-
-
Definisi
Didefinisikan sebagai sijil bernilai yang merupakan bukti pemilikan terhadap suatu aset yang tidak dibahagikan, hak manfaat atau pemilikan ke atas projek atau kegiatan pelaburan tertentu.