Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SUKUK - Coggle Diagram
SUKUK
Jenis-jenis sukuk
1) Sukuk Ijarah
Ijarah ialah menyewakan hak manfaat aset kepada pihak lain berdasarkan harga dan tempoh yang disepakati. Ijarah adalah hak guna ke atas barang tanpa pemindahan pemilikan
2) Sukuk Salam
Salam adalah kontrak jual beli sesuatu barang yang jumlah dan kriteria telah ditentukansecara jelas dengan pembayaran dilakukan terlebih dahulu dan barangnya diserahkan kemudian pada waktu yang dipersetujui bersama
3) Sukuk Istisna
Istisna adalah jual beli aset berupa pembiayaan antara pihak dimana spesifikasi, cara dan jangka waktu penyerahan, serta harga aset tersebut ditentukan berdasarkan kesepakatan banyak pihak. Tujuan sukuk adalah mendapatkan dana yang akan digunakan untuk mengeluarkan barangan.
4) Sukuk Musyarakah
Musyarakah adalah kerjasama kerjasama antara dua pihak atau lebih untuk menggabungkan modal dalam bentuk wang atau bentuk lain. Keuntungan akan dibahagikan sesuai dengan nisbah atau jumlah yang telah dipersetujui manakala kerugian akan ditanggung sesuai dengan jumlah pelaburan modal masing-masing.
5) Sukuk Mudharabah
Mudharabah adalah kerjasama antara dua pihak atau lebih iaitu satu pihak sebagai penyedia modal dan pihak lain sebagai pengusaha (mudharib). Keuntungan dari hasil kerjasama tersebut dibahagi berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui dan jika berlaku kerugian akan ditanggung oleh pihak penyedia modal kecuali jika kerugian disebabkan oleh kelalaian pengusaha.
6) Sukuk Wakalah
Wakalah adalah akad pelimpahan kuasa oleh satu pihak kepada pihak lain dalam hal-hal yang tertentu iaitu suatu projek atau kegiatan diuruskan oleh agen tertentu yang diwakilkan atas kepentingan pemegang sukuk
7) Sukuk Musaqah
Muqasah adalah kerjasama di bidang penyiraman tanaman pertanian, dimana pemilik ladang memberikan hak pengelolaan ladang kepada pihak lain untuk melakukan penyiraman dan pemeliharaan tanaman. Keuntungan yang diperolehi dibahagi bersama mengikut perjanjian.
8) Sukuk Muzara'ah
Muzara'ah adalah kerjasama dibidang pertanian dimana pemilik ladang memberi hak pelaksanaan kepada pihak lain iaitu petani manakala keuntungan dibahagi mengikut perjanjian
-
Pengertian
Sukuk ialah kata jama' dalam bahasa Arab "sukk" yang bererti dokumen, sijil atau instrumen bertulis mengenai pemilikan secara undang-undang
Sukuk ialah sijil bernilai yang merupakan bukti pemilikan terhadap suatu aset yang tidak dibahagikan, hak manfaat atau pemilikan ke atas projek atau kegiatan pelaburan tertentu
-