Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 1
AMALAN ISLAM - Coggle Diagram
BAB 1
AMALAN ISLAM
-
Penciptaan Manusia Menurut Al QuranPenciptaan Manusia Pertama
- Terdapat banyak surah dalam Al-Quran yang menerangkan tentang penciptaan manusia dari tanah(turab)
Pertama:Peringkat Sari Pati Tanah
- Pada peringkat ini didapati bahawa Allah S.W.T melakukan beberapa penyaringan debu tanah. Firman Allah: “ Kemudian Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati(berasal) dari tanah”Surah al-Mu’minun (23): 12
- Proses ini bertujuan untuk mendapatkan saripati tanah (sulālat min ţīn) yang bersih dan amat sesuai untuk dijadikan bahan sebagai salah satu unsur daripada penciptaan manusia.
- Ini menunjukkan bahawa tanah yang digunakan ini telah melalui proses penyaringan dan bukan daripada tanah biasa sebagaimana yang manausia pada hari ini fikirkan. Ini amat bersesuaian dengan kemuliaan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada manusia.
- Dari aspek lain dipaparkan juga adalah kebesaran Allah S.W.T dalam penciptaan makhluqnya dan Dia sebagai Khāliqnya.
- Dr. Maurice Bucaille menghuraikan dengan merujuk kepada Surah al-Furqan: 54 bahawa keturunan manusia juga berasal daripada air iaitu saripati sperma.
- Oleh itu beliau melihat saripati tanah yang dikemukakan di atas hendaklah dirujuk bersama pelbagai kompenen lain yang merangkumi saripati tanah dan saripati air yang menjadi elemen terpenting dalam penciptaan manusia
Kedua : Peringkat Tanah Melekat
- Pada peringkat ini dikenali sebagai peringkat tanah melekat. Sebagaimana firman Allah: …Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari tanah liat”Surah As-Shaffat (37): 11
- Sebagaimana diketahui tanah liat pada dasarnya mempunyai sifat melekat. Al-Qurtubiyy menghuraikan bahawa pada peringkat ini keadaan tanah melekat atau menempel di antara satu sama lain. Manalaka selepas itu tanah ini akan menjadi tanah yang keras .
- Pada peringkat ini Al-Qurtubiyy juga menerangkan di dalam tafsirnya bahawa manusia pertama iaitu yang dikaitkan dengan Adam dikatakan kekal sebagai satu lembaga yang berbentuk tanah liat. Selain itu tempuh ia berada dalam keadaan ini adalah selama empat puluh tahun sehingga sifat fizikalnya berubah menjadi keras dan kering .
Ketiga : Peringkat Tanah Berbau
- Peringkat ini adalah dengan merujuk kepada firman Allah yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering(yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk”Surah al-Hijr (15): 26
- Mengikut tafsiran Dr. Maurice Bucaille, ianya juga dimaksudkan sebagai lumpur atau tanah berorganik dan tidak tertumpu kepada pengertian lain seperti lumpur yang berubah-ubah yang berwarna hitam serta mempunyai bau tersendiri . Ini adalah disebabkan proses penyebatian di anatara tanah dan air telah berlaku.
Keempat : Peringkat Tanah Keras
- Perkataan ini tidak sempurna jika perumpamaannya tidak dijelaskan bersama iaitu كاالفخار yang membawa erti seperti tembikar. Maka jelas bahawa pada peringkat ini dari aspek fizikalnya manusia yang ingin diciptakan oleh Allah S.W.T berada dalam keadaan yang keras seperti sifat tembikar. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dia mencipta manusia dari tanah kering seperti tembikar” Surah Ar-Rahman (55): 14
- Manakala Abū Hasan al-Tibrisī menerangkan bahawa dengan fizikal yang keras, ia dapat mengeluarkan dentingan bunyi yang gemerincing serta berulang-ulang di udara seperti suara besi yang dipukul angin . Pada peringkat ini menunjukkan bahawa masa untuk Adam menjadi lembaga manusia yang lengkap sudah tiba. Pada peringkat ini juga ianya dilihat sebagai peringkat terakhir penciptaan manusia dari aspek fizikalnya termasuk tiga peringkat yang terawal sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.
Kejadian Pasangan Nabi Adam : Hawa
- Hawa ialah pasangan Nabi Adam yang tercipta daripada Nabi Adam dengan menggunakan bahagian tulang rusuk
- Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang disebelah kiri pada waktu baginda masih tidur sehingga ketika baginda terjaga, baginda melihat Hawa sudah berada di sisinya
- diciptakanlah Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya, menghilangkan rasa kesepiannya dan melengkapi keperluan fitrahnya untuk mengembangkan keturunannya.
-
-
Definisi Agama
- Ketaatan dan kepatuhan kepada Tuhan
- Syariat atau undang udang Tuhan
- Kekuasaan tertinggi @ kuasa pemutus
- Ganjaran Tuhan yang memiliki kuasa tertinggi
Jenis Jenis Agama
Agama Samawi
- Ditentukan kelahirannya,bukan tumbuh dalam masyarakat
- Ajaran Universal, sesuai prinsip kemanusian/ tafsirannya
- Boleh berubah mengikut kesesuian zaman
- Disampaikan oleh manusia yang telah dilantik oleh Allah sebagai seorang utusan
- Memiliki kitab suci yang terjamin kerasliannya
Agama Ardhi
- Tumbuh secara evolusi dalam kalangan masyarakat
- Disampaikan manusia biasa
- Kandungan kitab berubah
- Ajaran berubah mengikut perubahan akal dan budaya
Ciri ciri Agama
- Adanya kepercayaan sesuatu mempunyai kuasa ghaib
- Adanya hubungan dengan yang kudus melalui upcara penyembahan dan permohonan
- Adanya ajaran yang membimbing kepercayaan dan hubungan tersebut
- Adanya sikap keagamaan yang membentuk pandangan terhadap dunia
Keperluan Manusia pada Agama
- Tahu Hakikat Alam
- Menepati fitrah manusia untuk mengagungkan sesuatu yang tinggi
- Kenal hakikat Allah dan Rasul
- Pelihara fitrah manusia daripada menyeleweng
- Jelaskan peraturan hidup dan kenal tujuan hidup