Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
(BAB 4) KEPENGGUNAAN DALAM ISLAM, MUHAMMAD AFIQ BIN ABDUL HALIM…
(BAB 4) KEPENGGUNAAN DALAM ISLAM
1. PRINSIP-PRINSIP KEPENGGUNAAN
Keberanian: memiliki barang yang halal sahaja. Bukan arak, barang curi dan patung.
Kerohanian dan akhlak
Sederhana: sekadar penuhi keperluan hidup. Tidak boros dan kedekut.
Suci: bukan najis, bukan makanan basi atau makanan yang sudah tamat tempoh
2. FALSAFAH KEPENGGUNAAN
Kemaslahatan: Barang dimiliki mampu dijaga dengan sebaiknya
Pengabdian atau amanah: setiap harta yang digunakan ditanya dari mana diperoleh?
Nyawa
Agama
Akal
Harta
Keturunan
Pemilikan: Hanya boleh digunakan selepas memiliki. Sudah jadi hak milik persendirian.
4. WASIAT
Perkara kebaikan: pesanan kepada seseorang untuk melaksanakan urusan semasa hidup atau selepas kematian.
Manfaat Tanah dan Bangunan
Nasihat
Harta mudah alih
7. KRITERIA BAIK SESUATU BARANG MENURUT SYARIAT
Tidak mendatangkan bahaya dann mudarat.
Tidak sumberkan babi dan sebagainya.
Tidak bersumberkan darah yang mengalir.
Tidak mengandungi sesuatu yang memabukkan.
Tidak bersumberkan bangkai.
Tidak bersumberkan usaha yang haram.
Bukan bersumberkan manusia.
3. KONSEP SYARIAH DALAM PERBANKAN ISLAM
Perbankan Islam ialah perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam (Syariah), iaitu fiqh muamalat (peraturan Islam dalam transaksi).
3.1: Wadi'ah (Simpanan)
Wadi'ah bermaksud kontrak menyimpan sesuatu barang atau harta sebagai amanah. Di dalam kontrak ini, pelanggan akan mendepositkan wang tunai atau aset lain sebagai simpanan di bank.
Bank akan menjamin keselamatan barang yang disimpan oleh pelangganya. Mekanisme operasi Wadi'ah ialah pendeposit wang di bank akan dijamin wang tersebut akan dipulangkan semula.
Pendeposit boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa. Bank akan mengenakan fi sebagai caj menjaga deposit pelanggan dan pelanggan dan membayar hibah (hadiah) jika perlu.
Konsep ini lazimnya diguna pakai dalam urusan penyimpanan deposit, khidmat pemegang amanah dan peti simpanan deposit.
3.2: Mudarabah ialah suatu kontrak perkongsian
Keuntungan antara dua pihak, iaitu pemilik modal dan pengusaha. Pemilik modal akan menyediakan dana bagi pengusaha untuk menjalankan usaha niaga dan mendapat pulangan hasil daripada jumlah dana yang dilaburkan dalam usaha niaga tersebut berdasarkan nisbah perkongsian untung yang telah dipersetujui.
Boleh digunakan dalam operasi perbankan Islam dalam dua cara iaitu antara bank (sebagai pengusaha) dan pemilik modal dan antara bank (sebagai pemilik modal) dan pengusaha.
Kerugian yang dialami akan ditanggung oleh pemilik modal. B. Mudarabah (Perkongsian keuntungan)
3.3: Bai’ Bithaman Ajil (Penjualan dengan harga tertangguh)
Merujuk kepada jualan barangan di mana penjual membayar kepada pembeli harga jualan secara tangguh berserta dengan suatu margin keuntungan yang dipersetujui, sama ada secara sekali gus atau secara ansuran.
3.4: Murabahah (Kos tambah)
Seperti mana BBA, transaksi Murabahah melibatkan penjualan barangan di antara penjual dan pembeli pada harga jualan yang telah termasuk margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Penjual mesti memaklumkan kepada pembeli kos sebenar aset dan margin keuntungan semasa perjanjian jualan dibuat.
3.5: Musyarakah (Usaha sama)
Dalam konteks perniagaan dan perdagangan, merujuk pada perkongsian atau usaha sama perniagaan untuk mendapatkan keuntungan.
Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi oleh rakan kongsi berdasarkan nisbah yang dipersetujui yang mungkin tidak sama nisbahnya dengan jumlah pelaburan yang dibuat oleh rakan kongsi.
Kerugian yang dialami akan dikongsi berdasarkan nisbah dana yang dilabur oleh setiap rakan kongsi.
3.6: Ijarah Thumma Bai’ (Sewa beli)
Digunakan dalam membiayai barangan pengguna terutamanya pembiayaan kenderaan. - Terdapat dua kontrak berasingan yang terlibat: kontrak Ijarah (pajakan/penyewaan) dan kontrak Bai’ (jual beli).
Contohnya: Bayar kereta selama 9 tahun habis bayar baru dianggap kita telah membeli kereta tersebut.
3.7: Wakalah (Agensi)
Satu kontrak di mana seseorang (prinsipal) melantik pihak lain bagi bertindak mewakili dirinya (sebagai ejen) untuk melaksanakan tugas-tugas khusus.
Seorang pelanggan meminta bank membuat pembayaran kepada pihak lain di bawah syarat-syarat tertentu.
Dalam hal ini, bank ialah ejen yang diberikan kuasa untuk melaksanakan transaksi kewangan bagi pihak pelanggan dan bank akan dibayar fi atas perkhidmatannya.
3.8: Qard (Kontrak hutang)
Pinjaman diberi untuk satu tempoh yang tetap atas semangat ihsan dan peminjam hanya perlu membayar balik jumlah pinjaman yang sebenar sahaja.
Contohnya pemberi pinjaman meminjamkan sebanyak RM5,000 kepada peminjam berdasarkan Qard akan mengharapkan peminjam memulangkan sebanyak RM5,000 kepadanya kelak pada masa yang dipersetujui.
1 more item...
6. HALAL
6.1: Maksud
Tidak mengandungi najis
Syariah: perkara yang diizinkan
Industri : Produk bersih, suci, berkhasiat (nutrisi, menjadi marketing social media dan additional value).
Bahasa: Perkara yang dibenarkan diharuskan diizinkan).
Standard halal: Tidak mengandungi binatang yang haram memakannya atau binatang yang tidak disembelihkan.
Tidak diproses, dikilangkan dan disimpan pada tempat yang bersentuhan dengan najis.
6.2: Prinsip Halal
Asal sesuatu adalah harus (halal),melahirkan ada dari yang mengharamkan.
Contohnya: ayam hutan, ikan keli, belangkas adalah halal dimakan walaupun tidak disebautkan di dalam al-Quran dan Hadith.
Daging babbi, daging anjing, haiwan buas berbulu dan bertaring, haiwan ganas, haiwan dua alam, arakjudi, zina diharamkan kerana jelas dalil daripada al-Quran dan hadis Nabi SAW.
Prinsip 2: Halal dan haram ditentukan Allah SWT.
Prinsip 3: Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram boleh jatuh syirik.
Prinsip 4: Pengharaman membawa keburukkan dan bahaya.
Prinsip 5: Perkara halal menafikan keperluan yang haram.
Prinsip 6: Sesuatu yang membawa kepada haram hukumnya haram.
Prinsip 7: Helah untuk melakukan yang haram adalah haram.
Prinsip 8: Niat baik tidak menghalalkan yang haram.
Prinsip 9: Hindari subahat supaya tak jatuh ke perkara haram.
Prinsip 10: Halal dan haram bersifat universal.
Prinsip 11: Darurat membolehkan yang haram.
5. WAKAF
5.1: Bermaksud menghentikan.
Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.T
5.2: Rukun wakaf
Pewakaf (wakif)
Harta yang diwakafkan (mauquf)
Penerima wakaf (mauquf alaih)
Lafaz wakaf (sighah)
5.3: Wakaf Khas
Pewakaf mewakafkan hartanya untuk tjuan tertentu seperti membina masjid, sekolah agama dan sebagainya.
Wakaf Am
Pewakaf mewakafkan harta untuk tujuan kebajikan Islam semata-mata tanpa ditentukan tujuan yang khusus.
5.4: Wakaf Ahli (wakaf keluarga)
Wakaf ini dikhususkan manfaatnya kepada ahli keluarga yang telah ditentukan oleh pewakaf.
Wakaf Khairi
Wakaf ini terbahagi kepada wakaf am dan wakaf khas.
MUHAMMAD AFIQ BIN ABDUL HALIM 57212119292 BIL 18/2