Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TAJUK 6: MAHAR - Coggle Diagram
TAJUK 6: MAHAR
PERSOALAN TENTANG MAHAR
1- Hukum menyebut mahar pada waktu akad adalah sunat.
Rasulullah SAW menyebut setiap kali berkahwin. Namun begitu tidaklah menjadi kewajipan untuk menyebutnya.
2- Pemilikan mahar
Adalah hak mutlak isteri. Wali atau suami tidak berhak menerimanya tanpa keizinan pemiliknya.
Berdasarkan Firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 20,
«فلا تأخذوا منه شيئا ,اتأخذونه بهتنا وإثما مبينا»
Bermaksud: Maka jangan kamu mengambil sedikitpun dari harta itu. Apakah kamu akan mengambilnya kembali dengan jalan tuduhan yang dusta dan dengan dosa yang nyata?
3- Kadar dan bentuk mahar
Tidak ditetapkan dalam Islam. Namun ianya mestilah bernilai samada wang, harta benda atau sesuatu yang bermanfaat. Termasuk juga dalam bentuk pengajaran dan latihan kemahiran.
Bentuk Mahar ini berdasarkan hadith:
«أعطها ولو خاتما من حديد»
Bermaksud: “ Berikanlah kepadanya (isteri) walaupun sebentuk cincin besi”
4- Masa pemberian mahar.
Mahar tidak disyaratkan dengan segera. Boleh ditangguhkan dengan izin isteri. Isteri juga boleh mengguhkan persetubuhan selagimana tidak ditunaikan mahar.
5- Mahar berdasarkan contoh yang bersesuaian
(Mahar Mithil)
Mahar sewajarnya berdasarkan contoh keluarga terdekat isteri atau kelaziman setempat. Begitu juga berdasarkan umur, akal, cantik, status sosial dsb.
Sekiranya berlaku perselisihan kadar mahar, wajib menuruti mahar mithil.
ii- Mendapat setengah bahagian mahar yang dilafazkan:
Isteri yang diceraikan sebelum bersetubuh. Berdasarkan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 237:
وَإِنْ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِنْ قَبْلِ أَنْ تَمَسُّوهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ فَرِيضَةً فَنِصْفُ مَا فَرَضْتُمْ Bermaksud: “Jika kamu menceraikan isteri-isterimu sebelum kamu menyetubuhinya, Sedangkan kamu sudah menentukan maharnya. Maka bayarlah separuh daripada mahar tersebut”
iii- Mahar gugur kesemuanya.
Apabila isteri meninggalkan suami sebelum persetubuhan yang berpunca daripada isteri seperti murtad atau fasakh disebabkan keaiban isteri/suami.
i- Mendapat semua mahar yang dilafazkan:
Apabila suami menyetubuhi isterinya setelah dinikahkan.
Berdasarkan firman Allah dalam surah al-Nisa’, ayat 24:
فَمَا اسْتَمْتَعْتُمْ بِهِ مِنْهُنَّ فَـَاتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً
Bermaksud; Maka isteri-isteri yang telah kamu menikmati (setubuh) di antara mereka, berikanlah kepada mereka mahar sebagai satu kewajipan.
Mahar (Mas Kahwin)
Mahar dari sudut bahasa bermaksud mas kahwin. Mahar juga dikenali sebagai al-saddaq yang bermaksud benar.
-
Hukum Mahar adalah wajib berdasarkan:
Firman Allah dalam surah al-Nisa’, ayat 4,
«وءاتوا النسآء صدقاتهنّ نحلة»
Bermaksud: Berikanlah kepada kepada wanita (yang kamu nikahi) satu pemberian nihlah (mas kahwin).
-