Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TAJUK 4: PRA NIKAH - Coggle Diagram
TAJUK 4: PRA NIKAH
Permasalahan Peminangan
3- Cadangan wali kepada bakal suami
Wali disunatkan untuk mencadangkanwanita didalam jagaannya agar berkahwin dengan seseorang yang soleh dan bertaqwa. Sebagaimana Nabi Syuiab AS mencadangkan kepada Nabi Musa agar mengahwini anaknya.
2- Memberi pandangan tentang calon suami/isteri
Sekiranya diajukan pandangan tentang seseorang bagi tujuan perkahwinan. Harus menjawab dengan sejujurnya. Tindakan tersebut tidak dikira sebagai mengumpat, tetapi sebagai nasihat yang berguna.
4- Khutbah/ucapan sebelum bertunang
Adalah disunatkan memulakan majlis bertunang dengan ucapan puji-pujian kepada Allah dan selawat dan salam kepada Rasulullah SAW yang terkandung di dalam ucapan atau khutbah.
Sumber hukum: Sabda Rasulullah SAW: «كل أمر ذى بال لا يبدأ فيه بالحمد فهو أقطع»
Bermaksud: Setiap perkara yang pening sekiranya tidak dimulakan dengan pujian kepada Allah, maka terputus keberkataannya.
1- Pinangan atas pinangan
Haram meminang wanita yang telah diketahui telah dipinang oleh orang lain, selagimana tidak diberi jawapan. Namun telah ditolak pinangan tersebut, hukumnya adalah harus.
5- Pembatalan Pertunangan
Pembatalan peminangan adalah diharuskan, namun begitu ulama’ berselisih pendapat berkaitan dengan pampasan.
i- Dr Mustafa al-Siba’ie-
Wajib dibayar pampasan kerana mendatangkan mudhrat maddi dan ma’nawi.
ii- Syeikh Mahmud Syaltut-
Harus diberi pampasan, natijah daripada kegagalan perkahwinan.
iii- Syeikh Muhammad Abu Zahrah-
Tidak harus sebarang pampasan/gantian. Namun harus pampasan sekiranya terdapat penipuan dari pihak lelaki.
-