Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TAMADUN - Coggle Diagram
TAMADUN
TAMADUN ISLAM
-
Pelbagai definasi tamadun yang telah diutarakan oleh sarjana dan para pengkaji tamadun Islam
. Di antaranya ialah:
Ibn Khaldun menghuraikan maksud peradaban atau tamadun Islam sebagai pencapaian manusia
yang sudah melebehi keperluan asas kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran
dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni. Tamadun Islam ialah
satu tamadun yang didirikan oleh masyarakat yang mengelarkan diri mereka Muslim.
Muhammad Asad mensifatkan tamadun Islam sebagai satu tamadun yang bersifat ideologi.
Beliau menyatakan, tamadun kita adalah tamadun yang berideologi, al-Quran adalah sumber
ideologi tersebut dan lebih dari itu sebagai justifikasinya yang unggul dan proses pembentukannya
adalah berdasarkan syariah.
Al-Syahid Syed Qutb dalam bukunya ”Ma’alim fi at-Tariq” telah membicarakan tentang masyarakat Islam. Menurut beliau,, masyarakat Islam ialah masyarakat yang bertamadun. Masyarakat Islam ialah masyarakat yang di dalamnya dilaksanakan Islam dari sudut akidah, ibadah, undang-undang, akhlak dan cara hidup.
Manakala Profesor Ismail al-Faruqi dalam kertas kerjanya yang
bertajuk ”Islam: The Civilization Force”, menyatakan bahawa tauhid merupakan inti dasar kepada
tamadun Islam kini merupakan idea yang bertemakan kenyataan yang menggambarkan peranan manusia
masa kini dan masa lampau. Ilmu tauhid juga memberi gambaran dan membentuk cara berfikir
dan tingkahlaku umat Islam ke jalan yang diredhai oleh Allah. Ilmu tauhid merupakan sumber penggerak
yang penting dalam membentuk identiti dan kebudayaan dan tamadun Islam.
Prof. Syed Naquib Al-Attas telah memberi satu takrifan mengenai tamadun Islam sebagai keadaan kehidupan
insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.
TAMADUN BARAT
-
Konsep dan pengertian tamadun Barat boleh dilihat melalui
huraian yang diutarakan oleh tokoh-tokoh Barat berikut;
“Tamadun ialah satu sistem
masyarakat yang dapat membantu manusia menambahkan hasil
pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen
iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni”.
-
“Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan lain perkataan, proses masyarakat terhadap material dengan menjadikan barang baru bagi keperluan tertentu. Di samping world view masyarakat itu sendiri berubah oleh benda-benda itu, ataupun daya usaha manusia itu dan kesannya ke atas nilai manusia itu”.
-
”Tamadun ialah peraturan masyarakat
yang dapat membantu meningkatkan
pengeluaran kebudayaan dan ia
merangkumi empat elemen iaitu ekonomi,
sistem politik, tradisi moral dan kesenian”.
DEFINISI TAMADUN
-
Mengikut Kamus Dewan, perkataan tamadun bererti kebudayaan, peradaban dan kemajuan. Kemajuan meliputi dari sudut rohani (spiritual) dan jasmani (fizikal) sesuatu bangsa atau masyarakat. Pengertian ini menepati makna tamadun dari kacamata Islam.
-
Dalam bahasa Melayu/Indonesia perkataan peradaban adalah
sinonim dengan tamadun. Beradab bererti bersopan, terhormat,
hidup diatur oleh hukum, mempunyai tingkat kebudayaan (cara hidup)
yang lebih tinggi daripada orang lain (biadab). Dari segi penggunaan,
istilah tamadun lebih menyeluruh daripada istilah peradaban.
Dalam bahasa Inggeris pula perkataan
yang sama pengertiannya dengan tamadun ialah ”civilization”
. Perkataan ini diambil daripada bahasa Latin iaitu ”civitas” yang
membawa maksud kota atau city dalam bahasa Inggeris. Penggunaan perkatan in
i mula digunakan dan terjelma dalam buku-buku Inggeris pada kurun ke-19 Masih
KESIMPULAN
Jelaslah di sini menampakkan bahawa tamadun Islam itu merupakan sebuah tamadun yang bebas dari mana-mana pengaruh asing. Ia bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah Nabi Muhammad s.a.
Akhirnya, orang Barat mula menerokai bidang sains khususnya sains fizik dengan membelakangkan falsafah agama yang berbentuk spritual. Bermula pemisahan keilmuan di antara kehidupan dan beragama dalam masyarakat Barat. Agama menjadi sesuatu yang asing dan terpencil, gereja ditinggalkan oleh manusia Barat dan kehidupan seharian terpisah dari ajaran agama. Kemudian timbul pula teori-teori falsafah dan pemikiran seperti teori evolusi dipelopori oleh Darwin pada tahun 1959, teori kesatuan kebudayaan oleh Oswald Spengler, teori nasionalisme dan lain-lain. Daripada pemikiran dan falsafah inilah yang membentuk kerangka kehidupan masyarakat moden sekarang.