Cinta Kepada Allah. Apabila manusia benar-benar takut kepada Allah Taala, maka takwanya akan tumbuh hidup subur, yakni kepatuhannya terhadap perintah-perintah Allah dan kejauhannya dari larangan-larangan Allah akan jelas kelihatan dalam semua gerak-gerinya. Ketika itu hatinya akan sentiasa ingat kepada Allah dan cinta kepadaNya. Ada pun keharusan untuk mencintai Allah itu adalah disebabkan oleh hal-hal yang berikut: a) Agama Islam memang mengajar kita semua mencintai Allah bahkan juga mencintai RasulNya. b) Kita tidak mungkin mengakui beragama Islam dengan baik dan sempurna kalau Allah dan RasulNya tidak kita cintai dan kita sayangi. c) Selain itu Allah memang Maha Pengasih Maha Penyayang, bagaimana pula kita sampai tidak mencintaiNya. Tentu itu adalah pelik sekali. Imam Ghazali pula menerangkan, bahawa tanda-tanda orang yang mencintai Allah ialah: a) Orang yang selalu ingat akan mati, kerana hanya dengan mati si pencinta akan dapat bertemu dengan siapa yang dicintaiNya. b) Orang yang selalu bersedia untuk berqurban kerana Allah, dan ingin mendekatkan dirinya Kepada Allah. c) Orang yang selalu ingat kepada Tuhan, kerana mengingati Tuhan itu akan menyedari jiwanya. d) Orang yang sentiasa mencintai kepada firman-firman Allah, yakni selalu membaca Al-Quran dan mengambil pengiktibaran daripadanya. e) Orang yang sentiasa mencintai Nabi Muhammad s.a.w. dan mengikut akhlak serta kelakuan beliau. f) Orang yang suka beribadah kepada Allah, dan merasa ringan bila berbuat sesuatu ibadah kepadaNya. g) Orang yang suka berbakti pada jalan Allah, dan membenci kaum kafir dan munafik