Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENCAPAIAN TAMADUN CINA - Coggle Diagram
PENCAPAIAN TAMADUN CINA
KESENIAN CINA
(i) Muzik Klasik
Muzik Cina Klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang dalam dunia ini.
Bentuk muzik Cina yang wujud tidak terbilang jumlahnya dan aktiviti penciptaan muzik Cina yang awal melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama.
-Alat-alat muzik Cina dikategorikan mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara sesuatu alat itu dimainkan dan dibuatkan dengan bahan-bahan seperti logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu, dan buluh.
Tokoh-tokoh seperti Konfusius juga mempunyai minat terhadap muzik dan menimbulkan teori muzik yang lebih khusus serta prinsip estetik terhadap muzik.
KALIGRAFI
Kaligrafi diberi penghormatan yang paling tinggi di negara China.
Dianggao mempunyai keunikan dalam membayangkan kemurnian dan kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti.
Menikmati seni ini juga memerlukan kualiti seseorang yang tinggi dan murni serta sensitiviti estetik yang luar biasa.
SENI LUKISAN
Lukisan mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan juga puisi.
Su Dongpo (1037-1101), Dinasti Song, pelukis bukan sahaja mahir melukis, tetapi juga merupakan sarjana dan pakar kaligrafi.
Sebuah lukisan Cina merupakan kombinasi seni puisi, kaligrafi, lukisan dan juga seni ukir cap.
Dibahagikan kepada dua kategori:-
xieyi (bebas tangan)
gonghi (menggunakan garis halus dan teliti dengan memberi perhatian kepada butir-butir)
Teori estetok xieyi menitikberatkan sentimen dan mengabaikan realisme.
SENI PEMBINAAN
tembok kota
-Tembok Besar China (Wan Li Chang Chen), dibina bukan sahaja untuk megelilingi kota, tetapi juga untuk memagari kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman.
Tinggalan binaan dan tembok dari zaman dahulu yang masih wujud sehingga sangat berkurangan disebabkan sebahagian bahan-bahan yang digunakan, iaitu kayu, tidak dapat bertahan lama kerana pengaruh iklim dan cuaca.
Ciri utama binaan Cina ialah keinginan membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta.
Kepercayaan fengshui, iaitu lokasi dan susunan dalam sesebuah rumah atau kubur selalunya ditetapkan dengan panduan teon fengshui.
Tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana semua kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan.
-Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu dan ditutup pada waktu malam.
KEPELBAGAIAN GENRE SASTERA CINA KLASIK
puisi
Antologi puisi Cina terawal, Shijing (Klasik Puisi)
-Mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan nyanyian rakyat yang wujud pada tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke-11 SM - 771 SM) hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh (770 SM - 476 SM).
Shijing, bersama dengan empat puisi klasik lain, Yijing (Klasik Perubahan), Shujing (Klasik Sejarah), Liji (Rekod Ritual), Chun Qiu (Klasik Musim Bunga dan Musim Luruh), dikenali sebagai Wujing (Lima Klasik).
Keadaan politik dan ekonomi yang stabil khasnya pada tahap permulaan zaman ini menggalakkan perkembangan puisi Cina klasik mencapai tahap keemasan.
Quan Tangshi (Koleksi Lengkap Puisi Tang), mengumpulkan jumlah puisi lebih kurang 50,000 buah, hasil ciptaan dari 2,000 atau lebih orang penyajak, termasuk penyajak aguang seperti Li Bai, Du Fu, dan Bai Juyi.
prosa
Prosa klasik (guwen), adalah dominan dalam sastera Cina klasik.
Prosa vernakular (haihuawen), ditulis dalam bahasa pertuturan.
Prosa klasik berdasarkan standard dan stail karya pakar zaman purba.
Bahasa klasik telah menjadi medium bag hampir semua penulisan prosa disebabkan ia adalah bahasa yang dikhaskan dalam peperiksaan rasmi dan juga kerana penghormatan tradisional yang ada pada pencapaian budaya zaman dahulu.
DRAMA
Pada Dinasti Yuan, prestij tradisi lama menjadi merost dan kawasan utara China, menjadi satu persekitaran yang unik dengan aktiviti sastera yang bukan konvensional.
Drama Cina jenis Zaju, sejenis bentuk sastera berbentuk puisi yang digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan.
-Terdapat penulis-penulis yang menghasilkan karya dan menggunakankarya mereka sebagai saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati atau sebagai alat kritikan..
Bukan sahaja memberi hiburan, tetapi juga berperanan sebagai pengkritik sosial yang berjaya mendapat konsensus dan simpati penonton.
Secara keseluruhannya, drama Cina lebih cenderung menekankan nilai-nilai etika berbanding agama.
Bertujuan mendukung kelakuan baik dan memberi amaran atau waspada terhadap perbuatan-perbuatan jahat.
FIKSYEN
Xiaoshuo, percakapan kecil, dan percakapan sia-sia.
Berperanan sebagai pendukung prinsip-prinsip moral etika dan juga sebagai alat politik.
Kadangkala digunakan sebagai alat untuk menggambarkan dunia utopia dan menyokong perubahan.
Terdapat fiksyen mengenai keghaiban sperti Xijouji (Perjalanan ke Barat), dan ada juga yang merupakan mengenai pornografi seperti Jing Pingmei (Emas Vas Plum).
Fiksyen China berkembang di atas dasar tradisi mencerita zaman lebih awal, iaitu penglipur lara.
BAHASA DAN KESUSASTERAAN CINA KLASIK
Bermula sekurang-kurangnya seawal kurun ke-14 SM dan perkembangannya berterusan lebih daripada 3,000 tahun.
Bahasa Cina telah mengekalkan identitinya dari segi lisan dan tulisan (walaupun China pernah diperintah oleh puak asing seperti orang Mongol (Dinasti Yuan 1279-1368), orang Manchu (Dinasti Qing 1644-1911).
Tulisan Cina pada dasarnya bersifat grafik.
Sifat Bahasa Cina yang bukan berabjad-fonetik (alphabetic-phonetic) bermakna huruf-hurufnya tidak menunjukkan bunyi sebutan dan boleh disebut dalam kelainan cara dari segi folonogi mengikut tempat atau mengikut kesesuaian selaras dengan perubahan zaman-zaman dalam sejarah China.
Maksud sesuatu huruf tetap sama tidak kira dalam dialek apapun ia disebutkan atau dipertuturkan.
Sifat bahasa Cina ini mengekalkan kesinambungan budaya Cina dan membolehkan kesusasteraan Cina klasik terus menjadi aset budaya masyarakat Cina yang amat bernilai.
SAINS DAN TEKNOLOGI CINA
Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11 SM. Teknologi kejuruteraan hidraulik yang mengawal banjir Sungai Kuning (Hwang Ho) menunjukkan kejayaan dan sumbangan Cina dalam aspek kejuruteraan.
(i) Bidang Astronomi
-Pada zaman Dinasti Zhou, orang Cina mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet.
Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaran rekod astronomi yang sempurna, tepat dan sempurna.
Sistem kalendar Cina juga salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat.
(ii) Bidang Matematik
Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue.
Sempoa (abacus)
Jiuzhang Suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang, mencatat catatan mengenai kuantiti negatif.
Mengenal pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan.
BIDANG PERUBATAN
Bersifat kepurbaan dan bebas daripada pengaruh asing.
Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik, yin dan yang dan juga lima elemen.
Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru, dan ginjal.
Teonjing (saluran) dan Luo (kolateral), asas bagi rawatan terapeutik seprti akupuntur dan moxibustion (membakar daun moxa).
Akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum logam yang telah disteril.
Buku-buku mengenai perubatan dan farmakologi Cina tradisional:-
Huangdi Nejing (Klasik Perubatan Maharaja Kuning)
Bencao Gangmu (Farmakopeia Agung), Li Shizhen (1518-1593)
BIDANG KOMPAS
Semasa Dinasti Han, sifat-sifat magnet sudah diketahui di negara China dan orang Cina menemui pengetahuan tentang gejala kemagnetan aruhan (induced magnetism) pada kurun ke-6, dan menjelang kurun ke-8 dan ke-9, ilmu pengherotan (declination) dan kekutuban magnet (polarity).
Dengan segala pengetahuan ini, orang Cina telah menghasilkan kompas, yang pada mulanya digunakan di atas kapal.
BAHAN LETUPAN
Dicipta oleh ahli-ahli alkimia Daois.
Menjelang kurun ke-7, orang Cina sudah menggunakan bahan letupan untuk membuat bunga api.
-Digunakan dalam bidang militari pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang (618-906).