Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
LEADERSHIP IN EDUCATION - Coggle Diagram
LEADERSHIP IN EDUCATION
PENGENALAN DAN KONSEP
Menurut Yaakob (2006) kepimpinan perlu melibatkan orang lain. Dalam erti kata lain subordinat atau pengikut. Ini berikutan kesediaan subordinat menerima arahan dari pemimpin, para kumpulan membantu dalam mewujudkan status pemimpin dan menjadikan proses kepimpinan dapat diwujudkan.
Kepimpinan juga akan melibatkan pembahagian kuasa yang tidak sama di kalangan para pemimpin dan juga anggota kumpulan. Ini bermaksud bahawa pemimpin mempunyai autoriti untuk mengarah anggota kumpulannya. Ketiga, kepimpinan boleh didefinisikan dalam pendidikan sebagai keupayaan mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku subordinat seperti guru, staf dan pelajar supaya melaksanakan aktiviti atau program yang telah ditetapkan bagi mencapai matlamat sekolah (Yahya Don, 2005).
kepimpinan tidak dapat dipisahkan daripada subordinat dan pandangan subordinat perlu dilihat dan dinilai untuk mendapatkan keputusan yang menyeluruh dan berkesan. Secara amnya, pemimpin lebih dikenali apabila mempunyai pengikut mahupun penyokong kepada usaha atau rancangan dan gerakannya. Proses ini akan memperlihatkan adakah seseorang mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi orang lain yang disalurkan melalui perkataan (komunikasi) untuk mencapai matlamat sebenar yang ingin dicapai.
GAYA KEPIMPINAN
Tradisional: Menunjukkan ciri-ciri pentadbiran yang autokratik. Gaya ini dikaitkan juga dengan berpusatkan tugas, berpusatkan pengeluaran, pencapaian matlamat, pengenalan struktur, kepimpinan paksaan, Teori X dan juga kepimpinan paksaan.
Birokratik: Berdasarkan barisan autoriti di mana tanggnugjawab dan peranan telah dijelaskan oleh pihak ketua
Krismatik: Ada unsur-unsur yang mengagumkan. Kepimpinan jenis ini juga disebut sebagai keunggulan gelagat.
-
-
PERANAN PEMIMPIN
Sebagai Pemimpin Di Sekolah: Mc Pherson dan Crowson (1987) menyatakan peranan seorang pengetua bertindan-tindih sebagai seorang guru, pengurus dan pemimpin.
Sebagai Pemimpin Pentadbiran: Barrow (1977) menyatakan kepimpinan pentadbiran ialah pola-pola tingkahlaku (secara relatif) yang bersekutu dengan kedudukan seseorang itu sebagai seorang pemimpin. Tingkahlaku ini adalah bertujuan untuk mempengaruhi atau mengarah individu atau kumpulan bagi mencapai tugasan dan objektif yang ditetapkan terlebih dahulu untuk organisasi.
-
Sebagai Pemimpin Pengajaran: Glasman (1984) dalam Hussein Mahmood (1993) menghuraikan kepimpinan pengajaran sebagai tingkahlaku pengetua yang mendorong pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan matlamat akhirnya untuk mempertingkatkan prestasi akademik murid.