Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KURIKULUM - Coggle Diagram
KURIKULUM
Kurikulum didefinasikan sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengadungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati. (Ornstein dan Hakins 1993, 98)
Kurikulum ditakrifkan sebagai dokumen yang mengandungi rancangan P&P yang mempunyai objektif psikomotor,efektif dan kognitif bagi satu subjek.
Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan unutk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu.(MOHD DAUD 1995)
Kurikulum juga didefinisikan sebagai satu rancangan pendidikan yang mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan daripada generasi ke generasi yang lain.
KONSEP KURIKULUM
Kurikulum menjadi dokumentasi khas dan panduan. Kurikulum terdiri daripada cadangan-cadangan berhubung dengan matlamat, objektif, ciri- ciri pelajar, pengalaman pembelajaran, isi kandungan pelajaran, kaedah, bahan dan cara penilaian.
Kurikulum perlu memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian yang lebih menarik. Ini membantu pelajar menguasai kemahiran dan isi kandungan dengan berkesan.
Kurikulum merupakan program pengajian yang merujuk kepada subjek yang diajar mengikut aliran atau jurusan yang ditetapkan.
Kurikulum membentuk pengalaman pembelajaran yang terancang. Ia bukan sahaja membolehkan pelajar menimba ilmu, tetapi juga mencari dan mendapat pengalaman.
Selain itu, ia juga mempunyai konsep tersirat. Semasa pelajar melalui pembelajaran terancang, pelajar akan memperolehi nilai-nilai sampingan. CTH: interaksi dan komunikasi. Ia membolehkan kanak-kanak menjadi lebih matang dan dewasa serta mempelajari nilai dan etika dalam kehidupan masyarakat.
-
HALA TUJU KURIKULUM
Kurikulum di Malaysia bertujuan membangunkan modal insan yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik.
Kurikulum yang dibina perlu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi.
Kurikulum dibina perlu memberi penekanan kpd perkembangan kemahiran belajar dan genetik. Pendekatan ini melahirkan masyarakat yang mampu mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan sentiasa berkebolehan mengikuti pelajaran. Aspek ini penting kerana proses pendidikan berlangsung secara berterusan ke arah melahirkan insan yang dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan yang mencabar seperti keadaan ekonomi dan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi
Aspek pembangunan intelek tidak mencukupi, kurikulum perlu menekankan aspek jasmani, rohani dan emosi, pengajaran Pendidikan Jasmani, pelaksanaan kokurikulum, penerapan nilai-nilai agama dan moral kepada semua peringkat perlu diperkukuhkan.
Pembangunan tenaga manusia menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang terampil tetapi aspek melahirkan usaha yang berwibawa, terancang dan ketahanan diri yang tinggi juga diberi perhatian.
Kurikulum perlu besifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia.