Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
EDUCATION IN MALAYSIA - Coggle Diagram
EDUCATION IN MALAYSIA
Jenis sekolah rendah dan menengah
Sekolah Agama Islam:
Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan bentuk sekolah asal di Malaysia. Keputusan pelajaran di sekolah-sekolah ini diterima oleh kebanyakan universiti di Malaysia dengan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM),dan kebanyakan pelajar ini melanjutkan pelajaran ke kawasan seperti Pakistan atau Mesir.
Sekolah Mubaligh:
Terdapat juga beberapa Sekolah Kebangsaan Methodist, Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Sekolah Kebangsaan La Salle, Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Sekolah Kebangsaan Convent, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent dan banyak lagi sekolah mubaligh Kristian.
Sekolah Wawasan:
Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum.
Sekolah Jenis Kebangsaan:
Bahasa Cina atau Bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar.
Sekolah Bestari:
Cuba menerapkan komputer dan teknologi dalam kaedah pembelajaran.
Sekolah Kluster:
Satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia
Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional:
memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara. Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional atau profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.
Sekolah Kebangasaan
: Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah.
Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat.
Pendidikan menengah
: a) Para pelajar perlu belajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. b) Menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada tingkatan 3. c) Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tingkatan 5.
Pendidikan Pra-Universiti
: a) Pelajaran dalam Tingkatan Enam, mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). b) Tingkatan 6 terdiri daripada Tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 Atas mengambil masa selama dua tahun.
Pengajian tinggi
: Pemohon memerlukan kelayakan STPM, matrikulasi atau diploma yang diiktiraf, serta kelulusan-kelulusan lain yang setara yang diiktiraf Kerajaan. Keputusan yang baik dalam peperiksaan tidak menjamin kemasukan universiti awam. Ini adalah kerana tempat pengajian bagi sesetengah program adalah terhad.
Pendidikan rendah
: a) Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun. b) ujian awam diadakan bagi menilai prestasi murid-murid, ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). c) Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.
Prasekolah
: Sekolah tadika (prasekolah) menerima kemasukan kanak-kanak daripada 4-6 tahun. Pengajian tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan Malaysia.
Ujian Awam
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
diadakan semasa tingkatan 5 sekolah menengah.
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
diadakan semasa tingkatan 6 sekolah menengah.
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
diadakan semasa tingkatan 3 sekolah menengah.
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
diadakan semasa tingkatan 6 sekolah menengah agama.
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
diadakan semasa tahun 6 sekolah rendah.